Perdana Menteri Malaysia
salam seDunia..
Perdana Menteri kita telah bersuara sekian lamanya mengenai kehebatan media baru sebagai medium penyebar maklumat. Telah berkali-kali PM menyuarakan bahawa kita perlu faham akan kesan pengaruh media baru ini. Alhamdulillah, cabaran PM ini telah disahut oleh orang-orang Melayu yang telah mula sedar akan kehebatan media baru ini. Maka pelbagai medium-medium maya ini dibangunkan bagi menyebarkan isu-isu semasa dan politik mengenai Kerajaan Barisan Nasional dan juga menangkis serangan persepsi dari pihak pembangkang.
Namun masih ada juga dikalangan UMNO itu sendiri yang masih tidak sedar. Ada yang berpendapat kerja media baru ini kerja orang muda kerana komitmen yang diberikan bagi melakukan kerja-kerja media baru ini 24 jam sehari. Itu pendapat segelintir orang-orang lama. Ada juga segelintir yang 'hangat-hangat tahi ayam' dimana, bersemangat pada mulanya tapi selepas beberapa ketika, semua medium yang dibangunkan terbiar begitu sahaja. Kenapa boleh jadi begini? Adakah mungkin kerana tiada peruntukan dari pihak atasan? Atau mungkin UMNO telah biasa dengan amalan "ada Agong..kerja baru jalan"? Atau mereka masih tidak faham akan selok-belok media baru ini? Atau mereka mula akan rajin bila PM mula berdehem mengenai tarikh PRU akan datang?. Jangan bagi alasan itu-ini..kerjasama dari semua pihak DIPERLUKAN jika UMNO benar mahu menang!!
Fakta:
Terdapat seramai hampir 7 juta pengguna Internet di Malaysia. Separuh dari jumlah itu merupakan pelayar muda. Kita sedia maklum yang pada PRU akan datang, seramai 6 juta pengundi muda bakal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Apakah UMNO sedar akan jumlah ini?. Survey rambang telah dilakukan ke atas orang-orang muda dimana mereka telah disoal mengenai isu semasa dan rata-rata jawapan mereka adalah, mereka memperolehi maklumat mengenai isu-isu semasa di dalam internet! Sedangkan pembangkang telah memonopoli medium internet ini hampir 10 tahun. UMNO tidak sedarkah akan fakta ini?
Kita berbicara yang kita mahu rampas kembali beberapa negeri yang kita telah kalah pada PRU yang lepas. Asam tidak nafikan memang UMNO ada membuat pelbagai program berkonsep kemasyarakatan namun usaha sebegitu masih tidak mencukupi bagi meraih perhatian pengundi muda ini. Usaha kita seharusnya 'full-swing' jika kita mahu menang kembali. Usahasama diantara program 'turun padang' dan media baru sepatutnya berjalan seiring. Maka dengan itu barulah gerak kerja kita teratur dan efisyen.
Andaikata..
Jika keputusan PRU akan datang memihak kepada pembangkang, apakah UMNO rasa masih ada peluang untuk Melayu berdiri gah di bumi sendiri? jawapannya TIDAK!. Malaysia bakal menjadi Singapura seperti suatu masa dahulu. Kaum Melayu akan jadi kelas ketiga di bumi sendiri. Apakah UMNO mahu senario sebegitu melanda bumi Malaysia? Sedarlah wahai UMNO..sesungguhnya kita sudah tiada masa lagi..sedarlah dari lamunan...HENTIKAN dahulu persengketaan dalaman, HENTIKAN angan-angan nak jadi wakil rakyat, HENTIKAN sifat hasad dengki sesama sendiri..BERSATULAH untuk MENANG !
Ulasan:
Undang-undang Tubuh Negeri telah menetapkan syarat bagi melantik MB adalah orang Melayu. DAPig telah merancang untuk meletakkan calon Melayu sebagai wakil parti mereka di PRU akan datang. Calon Melayu ini akan diletakkan di kawasan yang DAPig yakin akan menang 300%. Andaikata Selangor kalah di tangan pembangkang di PRU akan datang, tidak mustahil bagi Menteri Besar itu adalah terdiri dari orang Melayu DAPig. Anda fikirkanlah!
Lagi Keluh Kesah: Gelombang Wangsa Maju
NAK MENANG BUAT CARA NAK MENANG!
Letih la bang tengok blog & portal UMNO. hidup segan mati tak mau!
ReplyDelete