About

Tuesday, November 19, 2013

detik waktu sekarang

untuk detik ini..
apa yang paling indah
adalah membenam kaki di lumpur selut
bermain baling selipar sama jiran-jiran kiri kanan;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan.









untuk waktu ini..
apa yang paling megah
adalah darah-darah kering di siku lutut
bersama pedih tergesel batu di tapak tangan;
dan tak hilang selagi belum seminggu di badan

untuk sekarang ini..
yang teramat rugi cumalah
anak-anak kita nanti yang tak kenal bau maung tanah sendiri.

kita sudah terlalu MODEN untuk kembali ke dulu.
persamaan kita bukan lagi darah menyagat luka,
pedih menghambat rasa,
lumba dalam ketawa.

apa yang paling indah dan megah;
adalah Melayu saling BERTELAGAH












-Puisi Tepi Jalan

Thursday, October 10, 2013

Erti Sebuah Persahabatan


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.   Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.



"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."


psstt..maaf kerana lama tak menulis, aku sibuk mencari damai..

Friday, August 30, 2013

31 Ogos Datang Lagi..

Dari anak tangga aku perhatikan sekumpulan anak-anak kecil sedang berlarian sesama mereka sambil memegang kayu berbentuk senapang. Jelas terpancar keriangan diwajah-wajah mereka. Ada yang menembak dan ada yang ditembak. Aku tersenyum…

Aku toleh pula kearah jalan. Kelihatan beberapa anak muda gah bersama motorsikal-motorsikal mereka. Ada yang sedang mengelap, malah ada pula yang melakukan aksi bahaya bermotorsikal semata-mata untuk menunjuk kebodohan sendiri. Aku menggeleng…

Aku mengusap tangan yang semakin berkedut dimamah usia. Tangan inilah yang memacu senjata 60 tahun yang lalu. Tangan ini jugalah diantara ribuan tangan yang telah berjuang memerdekakan Tanah Melayu. Perkataan merdeka itu sendiri membuatkan jiwa aku bersemangat walau jasmani aku tidak mengizinkan. Aku masih ingat ribuan yang membanjiri Stadium Merdeka menitiskan airmata kesyukuran tatkala Tuanku Abdul Rahman melaungkan perkataan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Perjuangan terdahulu telah membuahkan hasil yang lumayan buat kehidupan anak-anak kita hari ini. Tapi sayang..sejauh manakah pengertian ‘MERDEKA’ membawa makna dalam kehidupan mereka. Aku khuatir sikap acuh tak acuh ini jika berterusan, ianya bisa melenyapkan pengorbanan orang-orang yang terdahulu. Aku tak mungkin dapat menyaksikan keruntuhan bangsa Melayu tetapi bibit-bibit kehancuran itu sudah ada dan ianya sungguh pahit..


Kini 31 Ogos datang lagi membawa suatu pengertian. Tarikh keramat buat seluruh rakyat. Satu bukti sahih Malaysia ini adalah negara berdaulat. Andai dipinta sekali lagi untuk ke hadapan demi mempertahankan bumi bertuah ini, aku rela walaupun bercerai nyawa dan badan..




Wednesday, May 8, 2013

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN NADI RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
1.         Saya Mohd Rafi Awg Kechik selaku Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA, sebuah NGO yang mempunyai keahlian di seluruh Malaysia hari ini, bersama rakan-rakan ahli, pengamal2 media sosial yang lain dan orang perseorangan yang memahami denyut nadi rakyat, secara bersama tampil mebuat laporan polis terhadap individu2 yang secara sengaja mengambil kesempatan di atas suasana keputusan pilihan raya untuk membangkitkan sentimen perkauman dalam usaha ingin menggugat kestabilan Negara dan perpaduan rakyat.
 
2.         Pihak NADI RAKYAT, sudah cukup lama bersabar dengan sentimen chauvinist yang dibangkitkan secara berterusan sejak 2008. Kita kesal kerana pihak berkuasa seakan-akan mendiamkan diri dan tidak bertindak tegas dari awal membendung virus ini.  Tetapi apabila individu yang dikatakan PAPAGOMO melalui twitter menulis perkara yang pada tafsiran NADI RAKYAT, tidak  seteruk kenyataan2,tulisan2 dan perbuatan2 yang dilakukan secara provokasi dan bertentangan dengan prinsip perlembagaan,hanya dengan 1 laporan polis, individu yang dikatakan PAPAGOMO telah ditahan pihak polis dan direman.
 
3.         NADI RAKYAT dan rakan2 yang ada pada hari ini menyokong penuh tindakan pihak polis di dalam membendung aktiviti2 yang bertentangan dengan undang2. Namun pihak polis perlu bersikap adil terhadap semua. Kenapa ribuan laporan polis sebelum ini kepada penganjur BERSIH AMBIGA,HIMPUNAN HIJAU,NAMAWEE, TIAN CHUA,NIZAR JAMALUDDIN dan ramai lagi, kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan yang sama. Bahkan banyak lagi artikel2 di dalam laman sosial dan akhbar2 Cina yang secara jelas membangkitkan isu perkauman tidak di ambil tindakan sewajarnya.
 
4.         Hari ini NADI RAKYAT bersama rakan2 yang faham  tentang kepentingan kontak sosial yang telah terjalin sekian lama dan diterima oleh semua, mengambil ketetapan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana2 individu atau kumpulan atau parti politik yang cuba menimbulkan ketegangan sama ada melalui tulisan,perkataan dan perbuatan. Pihak polis juga harus bertindak tegas terhadap pihak2 tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan dengan menganjurkan aktiviti seperti 'silent walk',perhimpunan2 yg bertujuan membantah keputusan PRU 13, menyebarkan khabar angin akan berlaku lompat parti  dan sebagainya. Semua aktiviti2 ini boleh menjurus kepada ketidakstabilan dan ketakutan kepada rakyat malah akan memberi kesan kepada  ekonomi.
 
Saya juga mengarahkan semua Pengerusi NADI RAKYAT di seluruh negara agar turut membuat laporan polis yang sama di setiap negeri dan menyeru semua NGO dan orang perseorangan di seluruh negara agar turut tampil membuat laporan polis jika mempunyai bukti ada artikel, sebarang tulisan dan perbuatan yang juga mempunyai niat yang sama yang kami NADI RAKYAT terlepas pandang.
 
5.         Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita berdiri teguh di belakang YAB PM di dalam menghadapi cabaran2 semasa dan percayalah YAB PM mempunyai kebijaksanaan di dalam menyelesaikan apa juga isu dengan penuh hikmah.
 
 
 
SEKIAN WASALAM
 
MOHAMAD RAFI AWANG KECHIK
PRESIDEN PERTUBUHAN NADI RAKYAT MALAYSIA
8HB MEI 2013

Saturday, May 4, 2013

Isi hati seorang pemimpin..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hanya tinggal kurang dari 30 minit sahaja lagi untuk tamat tempoh berkempen bagi PRU13. Begitu cepat terasa masa itu berlalu..Sejak dari hari penamaan calon sehinggalah artikel ini ditulis saya merasakan tempoh bagi saya bersama jentera Barisan Nasional N.32 Dun Seri Setia berkempen begitu pantas berlalu..

Walaupun saya pada mulanya bukanlah calon yang diumumkan untuk bertanding, namun atas dasar sokongan padu dari jentera Seri Setia, maka calon yang asal Tengku Rithwan telah memberikan kerusi Seri Setia kepada saya, terima kasih saya ucapkan..

Pada minit-minit terakhir malam ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, andai selama kami berkempen kami ada terkasar bahasa, terkasar perbuatan mahupun terlepas pandang pada anda semua..saya mengharapkan agar saudara dan saudari dapat memaafkan kami. Sesungguhnya kami begitu serius untuk memenangi Seri Setia. Saya tidak mahu Seri Setia dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak tahu buat kerja seorang pemimpin. Saya tidak mahu pemimpin yang hanya tau sekadar menuding kesalahan pada orang lain..
Selama sepenggal kita ber'YB'kan pemimpin dari parti pembangkang..tak perlulah saya ulaskan setiap butiran mengenai yang telah dia lakukan selama sepenggal ini kerana tiada apa-apa kemajuan dan kenikmatan pun yang kita nikmati dibawah pemerintahan pembangkang. Mereka menabur janji demi janji hanya untuk meraih simpati kita..dan kini mereka datang lagi menabur janji setinggi langit untuk kekal berkuasa di kampung kita..

Kini peluang untuk memilih semula siapa yang layak mengemudi Seri Setia dan Selangor terbuka luas. Saya amat-amat mengharapkan agar saudara, saudari, abang-abang serta kakak-kakak dan juga adik-adik sekalian untuk berfikir..berfikir siapakah yang layak untuk diberi mandat memimpin rakyat Seri Setia..fikirkan masa hadapan anak-anak kita..tatkala saudara-saudari mahu memangkah, fikirkan sejenak selama mereka memerintah, bagaimana kehidupan kita..kesengsaraan kita..janji manis yang ditipu mereka..
Jangan kita ulangi kesilapan memangkah undi mengikut perasaan, fikirkan yang terbaik untuk masa hadapan kita, masa hadapan anak-anak kita, kestabilan, kemakmuran, kemajuan dan yang penting keamanan semua..

Saya Abdul Halim Samad, calon Barisan Nasional N.32 DUN Seri Setia mengucapkan selamat membuang undi esok.. :)

BN Menepati Janji, Membawa Harapan

Assalamualaikum wbt.
Abdul Halim Samad 







Nik Nazmi Penipu Rakyat

The Oppositions people are not all angels

Ini adalah video+audio original. Durasi asal terlalu panjang, jadi telah diringkaskan. Buat apa nak tipu, bukan dapat apa pun, dapat dosa sahaja.

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.
Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

Credit to: TheRakyatMarhaen

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

UNTUK TONTONAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA



SEBARKAN VIDEO INI

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Friday, May 3, 2013

PRU13: Selangor milik siapa..

Assalamualaikum & salam 1Malaysia..
Apa khabar rakyat Selangor? Semoga semuanya berkeadaan sihat walafiat hendaknya. Kini tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi untuk kita berkempen. Setelah hampir 5 tahun kita digelar pembangkang di Selangor, pelbagai kekecewaan telah kita rasai. Bumi Selangor yang kita sayangi telah diperkosa oleh Kerajaan Khalid Ibrahim dengan begitu rakusnya. 

Kita berasa tertipu bilamana manifesto yang dijaja mereka pada PRU12 dahulu langsung tidak ditepati. Ditambah pula dengan kenyataan MB Selangor paling bangang dalam sejarah "Manifesto Itu Bukan Janji", sedangkan manifesto itulah yang dijaja bagi meraih undi ketika PRU12. Pasir di Selangor dicuri secara terang, janji untuk membantu ibu tunggal langsung tiada. Tiada elaun surirumah, bantuan pada anak kelahiran Selangor dan pelbagai lagi janji-janji manis langsung tidak ditunaikan. Tidak mengapa, barangkali mereka berasakan mereka kekal memerintah Selangor.
Kini mereka datang lagi membawa janji setinggi langit. Bermacam janji manis ditaburi, dijaja, malah dijamin akan ditunaikan jika mereka menang di Selangor. Kita selaku rakyat yang tertindas lagi teraniaya tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Mahukah kita ditipu buat kali kedua? Mahukah kita membiarkan mereka menggadai Selangor sewenang-wenangnya?
Harapan kita agar bumi Selangor kembali diperintah oleh Kerajaan yang mampu membawa kemakmuran, kemajuan, kestabilan Selangor kembali pada yang asal. Disamping itu juga kebajikan rakyat tetap terus terbela. Rakyat Selangor mempunyai masa kurang dari 48 jam untuk menilai mana yang baik untuk Selangor. Aku mengharapkan agar rakyat Selangor tidak mengundi berdasarkan perasaan marah, geram ataupun benci. Setiap perbuatan kita yang berdasarkan 3 sifat ini bakal mengundang sengsara 5 tahun lagi. Tatkala kita hendak memangkah, berfikirlah sejenak untuk memilih parti yang mana mampu menjamin masa hadapan kita dan masa hadapan anak cucu kita..
Demi kestabilan, kemajuan, kemakmuran, keamanan..kita undi Barisan Nasional :)

Wednesday, May 1, 2013

Malaysian Spring..sebuah skrip rahsia

Dalam menyusuri hari-hari akhir berkempen, aku imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang dari tahun 2008 sehinggalah hari ini. Bagaimana sebuah negara Malaysia yang dahulunya aman damai, bertukar sedikit demi sedikit menjadi negara yang hampir musnah dengan tercetusnya beberapa siri demonstrasi bangang dinamakan Bersih. Artikel ini berasaskan dari pengalaman, pemantauan dan pembacaan yang teliti baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. 

Sejarah - 13 Mei adalah titik hitam negara Malaysia. Rusuhan kaum diantara kaum Cina dengan Melayu telah mengorbankan banyak nyawa kedua-dua kaum. Ini mungkin terjadi sekali lagi..

Pembangkang sejak dari tahun 2008 telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. Macam-macam isu mereka korek, mereka fitnah, mereka war-warkan dengan niat menabur persepsi buruk pada rakyat terhadap Kerajaan. Antara banyak isu yang terjadi, antara yang aku nampak adalah demo Bersih. Cuba kira lapangkan fikiran..dan cuba fahamkan apa yang aku ulaskan disini..

Putrajaya At All Cost!

Itu adalah kenyataan Anwar pada penyokong-penyokong beliau yang terdiri dari DAP & PAS. Niat Anwar ini diibaratkan sebagai 'bulan jatuh ke riba' pada DAP yang sejak dari azali lagi amat memusuhi Melayu & Kerajaan. Apa sahaja pembangunan, kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan ada sahaja yang tidak kena. Manakala PAS pula kenyataan ini mendatangkan imaginasi melampau pada penyokongnya dimana mereka membayangkan idola mereka iaitu Nik Aziz  & Hadi Awang duduk di kerusi empuk Putrajaya. 'At All Cost' membawa maksud, Anwar harus dapat Putrajaya tak kira apa cara sekalipun. Ini termasuk dengan menjadikan Malaysia kecoh seperti Arab Spring & Thailand. Ini yang merisaukan aku sebenarnya..risau kerana Melayu sekali lagi digunakan sebagai ejen perusuh dalam demo-demo Bersih.

Satu skrip panjang pengambil-alihan negara Malaysia telah dirangka oleh dua pihak diantara Anwar & DAP.  Di dalam skrip itu telah tersusun dengan rapinya perancangan sekiranya pembangkang tewas dalam PRU13 ini iaitu 'Malaysian Spring'. Bumi Malaysia akan berubah dimana akan terjadi rusuhan kaum, kerosakan harta-benda yang maksimum yang akan berlanjutan sehingga beberapa bulan lamanya. Kita dapat melihat beberapa negara telah pun terjadi insiden Spring ini dan sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

Berbalik pada skrip tadi, pembahagian tugas adalah seperti berikut. PKR - Mengepalai beberapa kumpulan dengan tugas menimbulkan kekecohan bersiri. DAP - membantu dari segi kewangan demonstrasi-demonstrasi. PAS - jentera demonstrasi radikal. Kita tahu yang mereka telah melatih beberapa kumpulan bagi menimbulkan insiden-insiden sepanjang demonstrasi seperti 'lakonan mati' dan sebagainya. Sedar atau tidak, Bersih itu adalah latihan praktikal kepada Malaysian Spring yang mungkin akan berlaku sejurus selepas keputusan PRU13 nanti. 

Bersih 1.0 - menguji sistem keselamatan negara dengan menghimpun rakyat tanpa permit dan cuba menimbulkan kekecohan tapi tidak berapa menjadi. Pesalah-pesalah Bersih hanya dikenakan denda sahaja. Mereka memprotes mengapa tahanan-tahanan ini dilayan begitu teruk sepanjang penahanan mereka. Kita telah mengambil pendekatan untuk bertahan dalam Bersih 1.0.

Bersih 2.0 - sekali lagi mereka menguji sistem keselamatan negara dengan tetap melakukan himpunan haram, rusuhan, vandalisma harta-benda awam malah kali ini mereka memukul anggota keselamatan sehingga koma. Tahanan Bersih 2.0 telah dilayan seperti 'banduan kaya'. Mana ada OKT dapat makan nasi tomato dalam tahanan? Gila punya hospitality..kita masih lagi boleh berlembut dengan mereka ni..

Bersih 3.0 - kali ini mereka diberi permit dan kali ini aman sedikit dimana tiada anggota polis dicederakan.

Realitinya mereka telah menguji sistem keselamatan dalam negara ini dari pelbagai sudut. Jika mereka pukul polis, ini akibatnya..jika mereka berhimpun tanpa permit, ini akibatnya..jika mereka itu ini, ini akibatnya. Golongan mana yang paling menyerlah dalam demo Bersih kalau bukan Melayu dalam PAS. Sanggup mengheret anak bini dalam himpunan yang disangkakan aman. Kononnya jihad tapi realitinya mereka dipergunakan! Akibat taksub pada amanat pemimpin mereka, maka mereka sanggup berjihad menentang saudara seISLAM..

DAP tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama ketika 13 Mei, jika dahulu mereka berdepan dengan Melayu, kini mereka mempergunakan rakan sekutu mereka PAS untuk menjadi perisai rusuhan Malaysian Spring. Manakala PKR hanya mengikut sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Siapa yang bakal untung jika terjadi Malaysian Spring ini? 

                                    Melayu PAS + PKR vs. Melayu BN = DAP yang untung!

tanya diri sendiri..sanggupkah PAS membunuh saudara seAgama anda nanti? sanggupkah PAS memenggal leher Melayu BN seperti di Tak Bhai demi Putrajaya? sanggupkah PAS melihat anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, hanya dek kerana mahu mendapatkan Putrajaya? sanggup PAS menjawap kami membunuh kerana mahukan Putrajaya di padang mahsyar nanti? 

Jika sanggup, fikirkan ini pula..sanggupkah kamu mati kerana Putrajaya? sanggupkah kamu melihat anak-anak kecil kamu membesar tanpa ayah? sanggupkah kamu menolak tangan saudara seISLAM hanya dek kerana memuaskan dendam seorang manusia bernama Anwar? 

Musuh kita adalah kafir harbi, musuh kita adalah mereka yang menolak agama ISLAM, musuh sebenar kita adalah DAP. 

aku harapkan ini semua tidak terjadi. Andai ini terjadi, maka aku mendoakan keselamatan buat semua yang mempertahankan negara ini demi agama, bangsa & negara..amin 




Cubaan sabotaj hari-hari akhir kempen BN


Lebih kurang jam 2.00 petang siang tadi, jentera keselamatan BN DUN Seri Setia telah menjumpai beberapa plastik berisi molotov cocktail di kawasan berhampiran Command Centre BN DUN Seri Setia. beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak BN dan penduduk bagi menyiasat dalang sebenar barangan plastik ini. 


p/s: dah ujung-ujung ni..makin terserlah plak perangai SIAL pihak lawan. Lu orang jangan sampai kena tangkap. tu aje pesan gua..

Friday, April 26, 2013

Pemimpin Yang Amanah..


Salam Jumaat..

Pemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 yang bermaksud;

“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.


Islam memandang isu kepimpinan suatu perkara yang amat besar. Beberapa nota penting yang perlu kita ketahui berkaitan kepimpinan iaitu :

  1. Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin sama ada pemimpin masyarakat, persatuan dan sebagainya.
  2. Sesungguhnya melantik pemimpin adalah tuntutan syariat. Islam menyarankan bagi perkumpulan manusia yang berjumlah tiga orang dan lebih agar memilih salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Jelas kepada kita keutamaan melantik ketua dan membentuk organisasi dalam perkumpulan manusia yang ramai adalah penting.
  3. Hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang jujur dan amanah.
Sesungguhnya tidak akan terlaksana pergerakan sesebuah kumpulan atau organisasi kecuali dengan adanya pemimpin dan pengikutnya yang taat.

Kepimpinan Islam dalam semua peringkat organisasi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang ikhlas dan bertawakkal kepada Allah. Pemimpin sanggup turun padang bertemu rakyat, melihat sendiri penderitaan, kemiskinan, kesakitan mereka sambil membantu dengan penuh keikhlasan.
Ulasan:
Apa yang tidak dilaksanakan Barisan Nasional selama menerajui Malaysia? Agama Islam dibela, pusat-pusat pendidikan Islam dibangunkan di serata tempat, Pusat Zakat ditubuhkan disetiap negeri bagi membantu golongan-golongan yang layak menerima. Sejajar dengan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum serta kepercayaan agama-agama lain, bantuan juga dihulurkan tanpa ada diskriminasi agama.

Pelbagai perancangan untuk memajukan rakyat, menaikkan taraf kehidupan rakyat, membela rakyat telah disusunatur dengan sebaik-baiknya oleh Perdana Menteri Najib selaku pemegang amanah sebagai pemimpin negara Malaysia. Apa yang boleh diperbaiki sedang diperbaiki malah sistem-sistem yang ada ketika ini sudah diiktiraf diantara sistem yang terbaik di dunia oleh pemerhati-pemerhati antarabangsa baik dari segi ekonomi mahupun perhubungan sesama kaum di Malaysia.
Bagi warga Kelana Jaya khususnya DUN Seri Setia, perancangan yang baik ini diamanahkan kepada Datuk Abdul Halim Samad selaku calon BN N.32 DUN Seri Setia dengan syarat, haruslah mendapat mandat dari undi saudara dan saudari. Menang atau tidak, tiada siapa yang tahu. Apa yang berlegar di kotak pemikiran Datuk Abdul Halim Samad cuma mahu merealisasikan amanah yang dipikul ini agar menepati ciri-ciri pemimpin yang amanah.

Beliau tidak menjanjikan setinggi langit. Hasil dari track record Barisan Nasional selama ini, ternyata lagi terbukti rakyat Malaysia kini telah banyak kemajuan. Ratusan ribu generasi muda kini bergelar golongan professional di pelbagai lapangan dibawah bantuan BN. Kestabilan hidup kini dikecapi oleh semua rakyat tanpa mengira kaum malah kestabilan ini bakal ditambah dengan bantuan Perumahan 1Malaysia bagi yang mahu memiliki rumah dengan harga yang jauh lebih murah dari harga mampu milik RM600,000 kondominium pembangkang.

Keamanan..

Kita tidak dihujani butiran peluru sesat. Tika malam, kita tidur nyenyak tanpa gangguan bunyi jet pejuang berlegar-legar di ruang udara kita. Tiada rusuhan kaum mahupun gerila mengganas di Malaysia. Lahad Datu sudah pulih sepenuhnya. Begitu teliti struktur keselamatan yang dibina oleh Barisan Nasional bagi mendapatkan keamanan total. Memang ada cubaan pembangkang bagi menimbulkan suasana huru-hara dalam siri-siri demonstrasi
mereka seperti Bersih. Adakah dengan terpekik-terlolong, memukul anggota polis, memecahkan harta-benda awam, memaki sana-sini dan pelbagai lagi kemusnahan atas nama keadilan rakyat boleh mencapai keamanan? Anggota polis itu juga rakyat! Peniaga yang terpaksa tutup kedai itu juga rakyat! Pendek kata, pembangkang memilih keganasan untuk keadilan yang secara terangnya berbeza dengan cara Barisan Nasional yang memilih perundingan untuk keamanan.

Kini cuma tinggal 10 hari sahaja lagi untuk anda mengundi. Fikirlah samada anda mahukan kemajuan, kestabilan & keamanan yang kita kecapi selama ini kekal untuk kita dan anak-anak kita ataupun anda mahu merampas itu semua demi menurut nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim dan rakan-rakan Israelnya...walla'hualam

BN Menepati Janji Membawa Harapan
Pembangkang Memungkiri Janji Membawa Kehancuran
#BNBagus #GE13 #BNSelangor








Monday, April 22, 2013

Walkabout BN Dato' Halim luar jangkaan!

Isnin: 22 April 2013

Sedang berlaku ketika ini, calon Barisan Nasional N.32 DUN Seri Setia Dato' Halim Abd. Samad sedang beramah mesra bersama rakyat di sekitar Kg. Lindungan. Asam sempat menjengah program walkabout BN sebentar tadi, kelihatan Dato' Halim sedang dikerumuni oleh penduduk setempat malah oleh para peniaga di kawasan pasar malam Kg. Lindungan.

Siapa sangka program walkabout ini ibarat pertemuan lama diantara Dato' Halim bersama rakan-rakan peniaga pasar malam. Dan lebih mengejutkan Dato' Halim dahulu pernah berniaga pasar malam!. Seolah-olah perjumpaan ini memang dinanti-nantikan oleh para peniaga untuk menyuarakan bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan pembangkang selama 5 tahun ini. Kelibat Nik Nazmi langsung tidak kelihatan selama beliau menjadi YB. kawasan. 

Dengan kehadiran Dato' Halim, ditambah pula dengan sifat mudah mesra dan peramah dato', telah membuatkan para peniaga berasa bebas untuk meminta bantuan pengurusan pasar malam yang selama ini caca merba diuruskan oleh pembangkang. Lebih manis bila Dato' Halim berjanji akan membantu menyelesaikan masalah peniaga pasar malam Kg. Lindungan andai beliau menang mahupun tidak bertanding di Seri Setia In Sya Allah..

Dijangkakan selepas walkabout ini, calon BN N.32 DUN Seri Setia akan menemui rakyat di sekitar kawasan Kg. Lindungan.



PRU13 - Sekali ditipu tak mengapa, kedua kali ditipu bodoh namanya..

Salam Rakyat Malaysia..

Kini kita disajikan dengan situasi berpilihanraya. Calon-calon baik dari Barisan Nasional, pembangkang malah calon bebas kini sedang sibuk ke hulu-hilir meraih hati pengundi. Bagi rakyat, inilah masanya permasalahan kita akan didengari, permintaan kita mungkin akan ditunaikan tanpa perlu prosedur, waimah apa sahaja yang kita cakap sudah pasti calon-calon akan tumpukan pendengaran dan penglihatan bagi membuktikan keprihatinan mereka atas alasan merekalah pembela rakyat yang sebenar..

Kali ini In Sya Allah dengan izinNya, asam bakal mengundi buat kali ke-4. Asam tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa dalam nak memangkah siapa pada hari mengundi nanti cuma ingin meluahkan sedikit pandangan yang bermain-main dalam kotak fikiran..
Lahad Datu..

Bumi Lahad Datu seawal bulan Febuari 2013 telah tercalar dengan pencerobohan tentera Sulu. Boleh dikatakan dari kaca televisyen hinggalah ke dada-dada akhbar baik akhbar konvensional ataupun akhbar digital sarat dengan maklumat kemaskini mengenai pencerobohan Lahad Datu. Peristiwa berdarah selama hampir sebulan ini telah meragut nyawa 10 orang wira negara dalam mempertahankan institusi keselamatan negara. Sedangkan kita di semenanjung pun terasa kesedihan, kerisauan, kemarahan..apatah lagi mereka yang bermastautin di sana. Rumah mereka hancur musnah, ternakan mereka habis disembelih, ladang mereka terbakar akibat dari pertempuran diantara penceroboh Sulu dan anggota keselamatan..
Kelihatan penduduk Kampung Tanjung Labian berjalan kaki keluar dari kampung mereka pada hari keenam Op Daulat di sini, hari ini. Tidakkah jika ini berlaku kepada kaum keluarga kita, apa perasaan dan tindakan kita? Semua keperluan sekeluarga termasuk barang berharga disumbat dalam kereta sorong sambil ditindih dek anak yang menyusu keletihan..rumah yang sekian lamanya diduduki terpaksa ditinggalkan atas sebab keselamatan..
Ada yang mengatakan ini semua adalah sandiwara pihak tertentu. Malah ada pula yang mengatakan ini strategi Pilihanraya ke-13. Malah dakwaan ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan juga pentas-pentas ceramah memburuk-burukkan kerajaan & anggota keselamatan. "Ini konspirasi Umno! Ini taktik Barisan Nasional!", kata mereka. kedua-dua pihak cuba mengaitkan siapa dalang sebenar dalam insiden pencerobohan ini. Pembangkang menuduh bahawa PM Najib adalah dalangnya dengan mengemukakan gambar salah seorang pemimpin Filipina hadir dalam majlis keramaian PM Najib. Apabila diselidik rupanya pemimpin itu adalah bukan pemimpin Sulu. Kenapa harus dicipta fitnah sebegini?
Penyokong kerajaan pula mengemukakan bukti-bukti dari posting portal antarabangsa mengatakan hasil risikan antarabangsa, Anwar telah berjumpa dengan Misuari (pemimpin Sulu yang sebenar) beberapa bulan sebelum tragedi Lahad Datu. Malah Anwar siap bernyanyi di pentas-pentas ceramah dengan lirik "kenapa Najib goyang, Sabah nak hilang". Begitu banyak fakta bertulis, risikan antarabangsa membuktikan ada tangan ghaib yang membiayai tentera Sulu ini sehinggakan keluarga Kiram yang dahulunya kelihatan daif, sudah mampu menyewa jet peribadi bagi hadir untuk persidangan media yang diadakan. Dari mana datangnya 'kewangan' itu?

Banyak lagi yang hendak ditaip mengenai Lahad Datu ini namun bukan itu yang asam nak ketengahkan disini. Apa yang hendak dikaitkan disini adalah, 10 anggota keselamatan negara kita telah pergi buat selama-lamanya..anak sudah kehilangan bapa, isteri telah kehilangan suami tercinta, ibubapa telah kehilangan anak tersayang..masihkah ada sekelumit dalam akal kita untuk berfikir, bagaimana perasaan mereka kini? bagaimana mereka meneruskan hidup tanpa orang tersayang mereka? Ya, kita berasakan merekalah wira negara tapi sejauh mana kita menyanjungi pengorbanan mereka..
Kini, kedua-dua pihak yang saling menuduh satu sama lain sebagai dalang insiden Lahad Datu sedang berusaha meraih undi anda semua..mereka datang membawa pelbagai janji serta manifesto mereka. Didalam manifesto itulah janji setinggi langit ditulis semata-mata untuk mendapat undi anda semua..pelik! Manifesto 2008 tidak tertunai malah dinyatakan "Manifesto bukan Janji" oleh orang mereka sendiri. Kini mereka hadir menabur lagi Manifesto baru untuk 2013 pada rakyat yang telah ditipu hidup-hidup mereka selama 5 tahun.
Asam yakin sudah ada diantara kita tidak lagi teringat butiran mengenai Lahad Datu. Malah ada yang lemas dalam janji-janji manis Manifesto Bukan Janji itu. Cuma..berfikirlah, berfikirlah secara tenang dan waras, jika ada dikalangan ahli keluarga kita yang terkorban dalam tragedi sebegini..

mahukah anda memilih parti yang hanya pandai menuding jari kesalahan pada orang lain untuk melepaskan tengkuk sendiri? 
mahukah kita mempercayai kata-kata parti yang 2008 sudah menipu kita bulat-bulat dalam hal kebajikan rakyat? 
mahukah kita merisikokan kehidupan anak-anak kita dengan parti yang penuh dengan masalah moral untuk memerintah negara? 
mahukah kita campurtangan asing dalam kehidupan kita di Malaysia yang penuh dengan sopan dan kesusilaan? 
mahukah kita sebagai Melayu yang beragama Islam berkongsi kalimah Allah dengan penganut agama yang lain?
mahukah kita melihat kalimah ALLAH terpampang didalam kitab-kitab agama selain agama Islam?
mahukah kita menggadaikan keselamatan negara kita ke tangan parti yang membiayai pencerobohan Lahad Datu?
mahukah kita selaku ibubapa akur dengan arahan parti yang mahu kebebasan beragama pada anak-anak kita?

Fikirkan, renungkan, takrifkan..kuasa penentu ditangan kita wahai rakyat Malaysia. 2008 kita tersilap tidak mengapa kerana kita mahu mencuba dan kita sudah ketahui kemampuan mereka memerintah hanya setakat air liur dan tiada pembaharuan..jangan kita ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua kerana hanya orang yang bodoh mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali..negara Malaysia sudah sedia aman dan harmoni, kenapa perlu diUBAH?





Monday, February 4, 2013

Kronologi TALAM 2: Khalid The Corrupted MB


Khalid Ibrahim urus Selangor macam urus syarikat. Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat disia-siakan begitu sahaja. Lupa Sultan lupa rakyat tapi DAP dia ingat. Tindakan Khalid untuk memberikan talian hayat kepada Talam dalam menyelesaikan isu hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor telah memberikan cahaya dan hayat baru kepada Talam yang merupakan syarikat pemaju perumahan yang membina rumah berkualiti seperti rumah haram pada harga yang mahal.

Talam yang telah menukar namanya kepada Trinity Corporation Berhad selepas transaksi penyelesaian hutang ditandatangani teah melangkah dengan gah dan melepaskan diri dari hutang yang membelenggunya sekian lama dan diklasifikasikan sebagai syarikat yang hampir bankrupt.

KHSB yang merupakan syarikat pemaju tersenarai milik kerajaan negeri semakin musnah dan bertambah parah keadaannya, kerajaan pimipinan menteri besar businessman telah mengambil tanah KHSB seperti di Selayang dan beberapa lagi aset yang amat penting, seterusnya meletakkan KHSB di dalam keadaan tertekan dan sukar untuk membiayai gaji kakitangan yang 99% beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Menteri Besar Businessman tidak mempedulikan kepentingan pemegang saham yang merupakan rakyat jelata dan bertindak sesuka hati bagi memenuhi impiannya untuk menyelamatkan sahabat baiknya Tan Sri Chan Ah Chye dan membantu mengembangkan agama Kristian yang dianuti oleh 99% kakitangan Talam. Untung Talam di SELAMATKAN MENTERI BESAR BUSINESSMAN walau nak bankrap tak pasal-pasal dibantu. Berapa banyak DANA RAKYAT yang digunakan untuk bantu TALAM boleh digunakan untuk membantu RAKYAT???

Dalam mesyuarat pada 13 Oktober 2012, lembaga pengarah KHSB sendiri telah mengarahkan juruaudit luaran untuk menyiasat tindakan Menteri Besar Businessman semasa transaksi hutang Talam dan memberikan laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan juga Bursa Malaysia.

Geran yang dijanji akan diberi oleh Menteri Besar Businessman kepada KHSB sebanyak RM115 juta hanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dan melindungi dirinya dari di siasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia terhadap penipuan dan PENYALAHGUNAAN KUASANYA sebagai menteri besar lantikan SULTAN SELANGOR…

Kronologi TALAM: Rakyat Selangor Berhak Bertanya !


Penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid semasa pembentangan kertas putih berkaitan transaksi penyelesaian hutang Talam akhirnya dibongkar dan didedahkan oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, anak syarikat tersenarai negeri Selangor sendiri.

Kertas putih yang dibentang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memerangkan dan membuka pintu untuk siasatan lanjut yang boleh meletakkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam keadaan yang serius berikutan dari penyalahgunaan kuasa beliau sebagai menteri besar di dalam penyelesaian isu hutang Talam yang melibatkan aset dan wang milik kerajaan negeri (WANG RAKYAT) berjumlah lebih daripada RM600 juta.
Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih penyelesaian hutang Talam ini disahkan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, syarikat tersenarai Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kepada Bursa Saham pada 28 November 2012.

Pengumuman kepada bursa saham oleh anak syarikat milik negeri Selangor jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri tidak dapat menanggung dosa dan bersekongkol dengan menteri besar dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi harta serta wang rakyat Selangor.
Kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh menteri besar businessman ini tidak lagi dapat dirahsiakan lagi oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan mengumumkan penyiasatan awal kepada bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB.

Kumpulan hartanah Selangor telahpun melantik juruaudit bebas kononya AKN Arif yang merupakan sabahat kepada Raja Idris dan penyokong kuat PAS untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Businessman. Daripada siasatan awal juruaudit bebas dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdapat banyak keraguan dan pelanggaran undang-undang dalam transaksi tersebut. Lebih memeranjatkan, laporan juruaudit AKN Arif adalah bertentangan dengan pengesahan dan endorsement oleh KPMG yang dilantik oleh Menteri Besar Businessman sendiri untuk mengaburi mata rakyat Selangor yang kini didapati menyesal menukar kerajaan pada tahun 2008 di dalam penyalahgunaan kuasa beliau di dalam penyelesaian isu hutang Talam ini.

Rumusan daripada laporan yang bertentangan dengan juruaudit bebas yang diantik oleh KHSB, Menteri Besar Businessman serta juruaidt KHSB iaitu Ernst & Young, pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan SPRM telah memulakan siasatan menyeluruh untuk mendapatkan fakta dan bukti-bukti sahih bagi mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta dan wang rakyat Selangor yang melebihi RM 600 juta.

Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka oleh banyak pihak bagi melindungi PENYALAHGUNAAN KUASA beliau sebagai Menteri Besar Businessman dalam isu penyelesaian hutang Talam ini tetapi lebih memeranjatkan, fakta siasatan awal AKN Arif yang mengesahkan penipuan dan penyalahgunaan kuasa beliau di dalam transaksi ini diumumkan untuk pengetahuan rakyat oleh KHSB sendiri. Mereka telah memanipulasikan elemen teknikal dan perakaunan bagi mengelirukan rakyat.

Kebodohan Menteri Besar Businessman semakin terserlah, walaupun kertas putih tersebut adalah sampah Menteri Besar Businessman tetap membentangkan sampah kepada rakyat bagi membodohkan rakyat. Timbul persoalan di sini sama ada Menteri Besar Businessman itu faham isi kandungan kertas putih tersebut ataupun sebaliknya. Mungkin juga Menteri Besar Businessman dipaksa untuk membaca dan membentangkan kertas putih tersebut oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan mungkin PAS mungkin DAP? Siapa sabotaj Menteri Besar Businessman ini? Tunggu pendedahan seterusnya ..

p/s: Manifesto bukan Janji...manifesto abah dia! 

Monday, January 14, 2013

Terimalah Hakikat Wahai Anwar Ibrahim.. :)



Beberapa kesimpulan dapat dirumus daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' anjuran parti-parti pembangkang Sabtu lepas.

Pertama, sekalung tahniah kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengotakan janji untuk mempastikan perhimpunan tersebut dijamin aman dan tidak berlaku sebarang rusuhan atau kekacauan seperti pengalaman lalu.

Kemenangan besar dan hakiki pada hari Sabtu lalu bukan kepada pembangkang tetapi kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional.

Kewujudan Akta Perhimpunan Aman 2012 telah meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan apabila rakyat mengetahui keselamatan terjamin serta kehidupan mereka tidak lagi terganggu bilamana pembangkang mahu mengadakan sebarang demonstrasi di masa depan.

Ini adalah satu pendekatan inklusif oleh pihak polis yang patut diberi pujian dan penghargaan termasuk pihak pembangkang sendiri.

Sikap keterbukaan Perdana Menteri yang berkata kerajaan pimpinannya sanggup dikritik dan ditegur adalah satu cerminan dasar yang mengutamankan hak dan kebajikan rakyat dan pada masa yang masa menghormati nilai-nilai sistem demokrasi negara ini.

Kedua, perhimpunan yang diuruskan dengan begitu baik oleh PDRM telah menggagalkan sebarang percubaan pihak pembangkang untuk menimbulkan huru hara di jalanan sebagaimana ang mereka telah lakukan pada perhimpunan Bersih 3.0.

Sudah tentunya individu yang paling kecewa ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengharapkan penyokong-penyokong pembangkang dapat digerakkan sekali lagi untuk merusuh dan menimbulkan suasana tegang.

Strategi Anwar supaya berlaku kakacauan ialah supaya media antarabangsa yang membuat liputan berita akan menyebarluaskan gambaran bahawa kerajaan bertindak zalim, kuku besi, diktator dan sebagainya.

Malangnya perkara ini tidak terjadi dan perhimpunan yang diadakan tidak ubah seperti mana-mana ceramah politik pembangkang.

Kerajaan masih menunjukkan sikap prihatin dan berlembut walaupun pembangkang melanggaar beberapa syarat yang telah dipersetujui seperti menghadkan kehadiran peserta perhimpunan kepada 30,000 sahaja dan dilarang membawa bersama kanak-kanak.

Ketiga, ketiadaan Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang menimbulkan tanda tanya mengapa beliau tidak hadir pada perhimpunan terbesar pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke 13.

Pembangkang berkata dengan jumlah mereka yang berkerumun di Stadium Merdeka sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Mungkin penyokong pembangkang penuh yakin berdasarkan semangat membuak-buak mereka pada hari itu namun Kit Siang nampaknya tidak begitu menaruh harapan yang menggunung. 

Keempat, melihat kepada kerenah penyokong pembangkang yang mewakili pelbagai ideologi dan politik serta landasan perjuangan yang berbeza-beza menjadi satu persoalan adakah pemimpin dan penyokong mempunyai kesatuan fikrah dan pandangan politik yang sama untuk ke Putrajaya?

Pas dengan baju serba hijau yang gemar melaungkan takbir, kumpulan Bersih dan ant-Lynas pula dengan baju kuning mereka, dan PKR dengan baju biru muda masing-masing bersorak dengan sloganan tersendiri seolah-olah ia hanyalah satu perhimpunan carca marba atau 'motley crue'.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan serpihan yang menumpang sekaki untuk bersama perhimpunan itu seperti golongan LBGT, anti-Islam, anti-Melayu, pluralis dan liberalis, cauvinis dan rasis, anti-Raja, pendakwah Kristian dan sebagainya.

Semuanya juga mempunyai impian Anwar agar memenuhi agenda perjuangan kumpulan mereka jika berkuasa.

Malah jika dibilang dengan jari jumlah yang hadir jauh daripada 1 juta yang disasarkan sebelum ini.

Anggaran pihak polis hanya sekitar 40,000 orang yang hadir hanyalah empat peratus dan ini merupakan satu kegagalan besar pihak penganjur.

Di mana 300,000 penyokong yang hendak dikerah oleh Pakatan Rakyat Selangor?

Akhirnya yang datang adalah muka sama yang juga turut menyertai perhimpunan dan demonstrasi jalanan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0, Perhimpunan Anti -Isa, dan Perhimpunan Air Selangor sebelum ini. 

Kehadiran penyokong Cina juga amat hambar sekali dikatakan sekitar 8 peratus atau 3,000 sahaja manakala penyokong India kira-kira 2 peratus sahaja.

Ini jelas membuktikan orang Melayu telah dipergunakan oleh Dap untuk menjayakan agenda politik mereka.

Yang tidak faham politik adalah penyokong pembangkang dari kalangan orang Melayu dalam Pas dan PKR yang gagal mengerti bahawa mereka hanyalah keldai tunggangan Dap yang bersikap talam dua muka dan berpura-pura.

Mungkin ini menjadi penyebab mengapa Anwar hanya berucap setakat 20 minit sahaja kerana penyokong sudah meluat dan mula keluar stadium ketika beliau mula berceramah.

Himpunan Shamsidar juga tidak menjadi kerana penyokong Pas dan Dap tidak mahu terbabit menyokong isu peribadi dan moral buruk Anwar.

Hakikatnya 'kebangkitan' yang diharapkan menjelma menjadi kekecewaan yang amat menghampakan.

STADIUM FAILURE, PKR FOCUSES ON ARMED FORCES, FRASPIN FOR LAST BREATH


Figures do matters with Pakatan Rakyat (PR) given the situation the opposition alliance is in, the leaders need figures to convince the eroding influence and dwindling support.

No matter what the photographs showed, the opposition just could not rest until they win the debate that the People’s Uprising Rally (HKR) on Saturday at Stadium Merdeka was attended by around 150,000.
Forget their target of one million attendees, forget what PAS deputy president Mat Sabu said that some 500,000 were marching to the stadium the morning before the event and forget what others said.
Their point, and this is to convince the ‘unintelligent public’ who are voters, through their mathematical calculations – not based on real and true photos and other realistic and true means – that PR still has the support just like the 2008 tsunami.

Forget their performances in the states they won the past four years, forget the fierce disagreements and vicious verbal spats between the leaders of the three parties on majority or most of the issues which in reality split members of the different parties.

Forget all that because leaders of the three opposition parties are ‘convinced’ that they have the numbers, they have the succeeded in their cheats and lies that the voting public believed in them.
The stark reality that is very bitter which showed crystal clear on Saturday is not ‘true’ to them as they live in their ‘make-believe’ world, just like not believing that the sun will rise from the East.
Living in their dream world and still believing in numbers they wanted to believe, PKR deputy president Azmin Ali announced the party would be focusing on members of the Armed Forces which number some 250,000.

A desperate act and struggling to stay afloat in the fast flowing political undercurrent that is sweeping away their support and influence, the opposition particularly PKR is grasping at any floating branch or stick.
Unlike PAS which has got loyal followers the past four decades and DAP which has got the chauvinists support, PKR is an empty shell that has only the leaders, like generals without soldiers.
Save for Anwar Ibrahim who the DAP wants to keep as a stooge, PKR itself is hanging on a thin rope that would snap anytime with nothing to cushion when it falls.

Not trusted by DAP and viewed suspiciously by PAS, PKR is in a very ‘ugly’ position as the party is considered as the weakest in the opposition alliance and the coming general election, PKR is facing the hardest problem to stay alive.

The stadium event is a total failure that will have a long term effect on the three parties, particularly PKR.
Thus, in short, PKR days are numbered and they are now very desperate, lying and cheating no longer work where the party now is like a worm in a heaty hole…wriggling trying to get out.

Friday, January 11, 2013

HKR #KL112: Nantikan sahaja kemurkaan Allah S.W.T.


HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible
 Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai  wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.
Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.
 Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati  dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu  nanti  jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan  PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.