About

Saturday, December 18, 2010

Peringatan Dato' Noh Omar kepada Kerajaan Khalid Gagap!

Semalam saya telah menerima jemputan daripada UMNO Bahagian PJS supaya hadir ke demonstrasi secara aman mereka untuk menerima memorandum kepada YAB Perdana Menteri supaya kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Tol NPE PJS2 yang didakwa membebankan penduduk setempat.


Saya telah memaklumkan perkara ini di mesyuarat kabinet hari ini dan terpulang kepada pihak kerajaan untuk menimbangkan memorandum tersebut.Sebarang keputusan sudah tentu akan membabitkan  perjanjian konsesi yang  telah dipersetujui.


Saya juga ingin mengingatkan rakyat bahawa bidang kuasa tol ini adalah bidang kuasa kerajaan pusat dan bukannya bidang tugas kerajaan negeri. Sebarang janji-janji yang dilontarkan oleh kerajaan negeri berkenaan kadar tol boleh dikategorikan sebagai janji-janji kosong sahaja.


Noh Omar 
Bagi yang tak tau punca sebab artikel dikeluarkan, boleh rujuk SINI


Ulasan:
Tegas benar Dato' Noh Omar!. Beginilah pemimpin yang kita mahu!. Bukan saja selalu turun padang malah bekerja dengan pantas tanpa menabur janji itu-ini. Asam amat tertarik dengan perenggan terakhir ucapan Dato' Noh Omar, "bidang kuasa tol ini adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan BUKANNYA bidang tugas Kerajaan Negeri. Sebarang janji-janji yang dilontarkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan kadar tol boleh dikategorikan sebagai janji-janji kosong sahaja".


Buat Pakatan Hanjing, peringatan dah diberi yer..jangan pulak memandai buat konar baring tau! Oh..lupa pulak, korang kan tengah busy bersilat pasal WikiLeaks dan penggantungan Anuar Al-Juburi..kah! kah! kah!

1 comment: