About

Saturday, December 4, 2010

30 Perkara Penyelewengan Kerajaan Pimpinan Khalid Gagap



salam seDunia..


Atas permintaan beberapa viewers yang skodeng facebook yang disiarkan artikel mengenai GAPS, maka Blogmaster mengambil keputusan untuk mendedahkan sebahagian dari 30 penyelewengan tersebut..


1. Kerajaan Negeri membazir wang rakyat apabila ia membeli hutang Syarikat Korporat Talam Corporation bernilai RM392 Juta dengan menggunakan wang rakyat Selangor.


2. Kerajaan Negeri telah gagal untuk mengeluarkan kertas hitam putih mengenai kedudukan hutang Taman Corporation seperti yang dijanjikan oleh Khalid Gagap dalam sidang DUN.


3. Kerajaan Negeri membatalkan pembinaan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor.


4. Kerajaan Negeri merampas tanah rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Hulu Selangor.


5. Kerajaan Negeri telah menutup institusi latihan kemahiran untuk BUMIPUTERA Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS).


6. Kerajaan Negeri gagal mentadbir Universiti Selangor (UNISEL) dengan baik sehinggakan UNISEL telah mengalami kerugian yang besar dan pengurangan kemasukan pelajar baru yang amat ketara.


7. Kerajaan Negeri telah membazirkan wang rakyat Selangor dengan membelanjakan RM800,000 dalam program sambutan Harijadi Yayasan Selangor.


8. Kerajaan Negeri menipu DYMM Tuanku Sultan Selangor dan rakyat Selangor apabila gagal mengutip RM150 juta hasil dari pasir setiap tahun seperti yang DIJANJIKAN oleh Khalid Gagap dalam sidang DUN.


9. Kerajaan Negeri gagal dalam mengurus kewangan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dengan telus dan cermat sehinggakan telah memberi bonus melampau yang tidak munasabah kepada kakitangan Syarikat tersebut.


10. Kerajaan Negeri telah GAGAL mentadbir PKNS dengan baik sehinggakan ia telah menggadaikan semua hartanah PKNS kepada REIT, yang telah mengakibatkan PKNS sekarang tidak lagi mempunyai premis sendiri dan terpaksa menyewa bangunan bagi tujuan operasi.


tengok sususan Barisan Exco pun dah tau..5 dibawah tu ibarat kerbau dicucuk hidung jer..
sumber gambar Exco: dicilok dari DET


Ulasan:
Cukup laa kot 10 dulu...itu la, bila ada sessi penyerahan memorandum baru-baru ni, korang tanak 'join'. Jangan cakap kami bloggers tidak buat pemberitahuan. Kami bloggers dah 'cemuih' dah habaq kat hangpa semua...sapa suruh tak mai ? Turut sama ler bro...kami bukan memperjuangkan tin sardin cap ayam! Kami memperjuangkan Hak Rakyat Selangor dan Hak Melayu ! Ini bukan perjuangan main-main..ini betol-betol !!!


PAS itu Melayu
UMNO itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!

- a s a m - 

No comments:

Post a Comment