About

Wednesday, December 8, 2010

GEMPAR - Nik Ajis Tenat ! Oyehh !!!!

Petikan Malaysian Instinct


Ini satu berita gempar yang Farah terima tengah malam ini...dimaklumkan seorang rakan dari Kelantan bahawa Nik Aziz sakit tenat malam ini dan terpaksa dibawa ke hospital.



Punca dikatakan kerana sesak nafas.
Nik Aziz dikatakan dibawa menggunakan ambulan malam tadi.


Setakat ini tidak banyak maklumat yang diperoleh namun keadaan beliau dikatakan tenat dan beliau ditempat di wad rawatan rapi Hospital


Sakit beliau ini dikatakan ada berhubung kait dengan sakit dialami ketika mengerjakan haji tahun ini. Beliau dikatakan gagal menyempurnakan ibadah berkenaan dan terpaksa membayar Dam (denda).


Nampaknya sakit mengikut beliau sehingga ke negara ini...Walaupun mungkin berlainan haluan politik, mari bersamalah kita mendoakan kesejahteraan beliau.


Info Ringkas Tok Guru:
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Ulasan:
Mungkin ini merupakan berita yang sangat gembira bagi Barisan Nasional. Tidak kurang juga ada yang mungkin mengatakan "sudah sampai masanya untuk Nik Najis..", "Nik Ajis kena bala dari perbuatannya", "Sapa suruh tarik Darjat Ku Li..kan dah mendapat!" dan sebagainya..malah ada kawan-kawan blogger Blogmaster sudah bersiap sedia untuk PRK ! haha...dasatlah lu orang nih!


Bagi Blogmaster, walaupun memang terlintas untuk 'tambah garam' pada komen-komen seperti di atas namun, jauh di sudut hati Blogmaster masih tersirat satu perasaan gundah. Nik Ajis masih berketurunan Melayu dan masih beragama ISLAM..jadi adalah wajib bagi saudara se-ISLAM bagi mendoakan kesejahteraan kepada saudara se-ISLAM yang lain.


Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan kita dengan ajaran ISLAM yang benar lagi tulen. Walaupun Baginda pernah dihina, dimaki dan dicerca namun Baginda masih mendoakan agar ALLAH s.w.t. memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka yang saban hari menghina Baginda. Justeru itu, Blogmaster berpendapat adalah lebih baik jika kita mencontohi sikap Nabi Junjungan kita. Andai kata mungkin sampai ajal Nik Ajis..kita tak boleh buat apa-apa..sudah ketentuan Ilahi..


Walaupun Berlainan Ideologi
Melayu tetap Melayu
ISLAM tetap ISLAM

- a s a m - 

2 comments:

  1. menarik la bang...syg dah link kan blog abg kat blog sy...link kan la blog sy pula di blog abang..

    http://malaydelima.blogspot.com/

    terima kasih...

    ReplyDelete
  2. salam..

    blog anda telah saya link kan.

    ReplyDelete