About

Thursday, December 16, 2010

Tempatan: Demonstrasi Aman Bantahan Tol PJS 2



Petaling Jaya
16.12.2010


Pada jam 4.30 petang tadi, satu demonstrasi aman telah diadakan di Lebuhraya NPE berdekatan dengan Plaza Tol PJS 2. Demonstrasi ini diadakan oleh penduduk setempat bersama badan-badan NGO dalam usaha mereka memansuhkan Plaza Tol PJS 2. Dalam bantahan aman ini, penduduk telah meyuarakan rasa tidak puas hati mereka atas pembinaan tol ini dimana telah mendatangkan kesusahan serta beban kepada penduduk kawasan.
Untuk makluman, penduduk di kawasan tersebut perlu membayar tol sebanyak RM1.60 jika mereka mahu susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan. Walaupun hanya RM1.60, namun jika perlu dilalui setiap hari, maka ini akan sudah tentu mendatangkan beban terhadap pengguna lebuhraya itu. Memang ada beberapa jalan lain tapi jalan lain itu kebiasaannya sesak dan mereka terpaksa pusing jauh untuk ke Lebuhraya Persekutuan.




Demonstrasi ini turut disertai oleh Dato' Noh Omar, Majlis Belia Selangor, UMNO Petaling Jaya Selatan, Pemuda Umno Kelana Jaya, Perkasa dan beberapa badan NGO lain. Dato' Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, sendiri mendengar rintihan penduduk kawasan dan beliau serius untuk membawa perkara ini ke pihak yang sepatutnya. Juga satu memorandum telah diserahkan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan kepada wakil NPE.
Ulasan:
Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan merupakan golongan pertengahan ke bawah. Jika RM1.60 x 30 hari maka ini sudah tentu akan membebankan pengguna lebuhraya berkenaan.  

"Rakyat diutamakan, Pencapaian Diutamakan".

No comments:

Post a Comment