Difahamkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Hassan Ali sudah mengarahkan semua masjid masjid seluruh negeri Selangor untuk mengutip seberapa banyak tandatangan dari jemaah yang akan hadir bersolat Jumaat esok..!
Oleh itu, esok tengahari kita pasti akan melihat ramai petugas petugas Unit Amal berkeliaran di masjid-masjid “merayu” tandatangan daripada orang ramai, bagi memenuhi ‘impian’ Khalid Gagap mempersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong sebanyak 100,000 tandatangan sokongan…!
Informer yang menyampaikan berita memberitahu bahawa, Hassan Ali mengeluarkan arahan ini sewaktu pertemuan dengan para Nazir masjid seluruh Selangor pada hari Selasa yang lepas.
Satu lagi persoalan…, apakah isi kandungan khutbah Jumaat esok..? “Rakyat dizalimi kerana hak air mereka dirampas…?”
Ulasan:
Jika benar bagai dikata, maka benarlah PR telah menggunakan masjid sebagai medan untuk penyebaran dakyah politik demi survival perjuangan bangang mereka. Blogmaster menyeru kepada semua muslimin yang akan bersolat jumaat esok, agar sekiranya anda didatangi oleh pekerja Amal nanti, gunakan camera phone anda untuk ambil gambar mereka, surat petisyen mereka, rakam khutbah jumaat esok! kita buktikan bahawa PR semakin terdesak dalam meraih sokongan rakyat!!
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!
- a s a m -
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
ReplyDeleteBerdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!