14.12.2010
Anda pernah melawat kawasan Rumah Pangsa? Jika anda biasa, pasti akan kelihatan pondok di sudut bawah blok Rumah Pangsa dipenuhi dengan penduduk tempatan. Mereka bersembang sambil menghirup kopi O dan yang pasti mereka akan bersembang mengenai apa sahaja.
Kesempatan ini telah diambil oleh Biro Penerangan (BP) PPUKJ dimana, BP telah membuka Kaunter Semakan Daftar Pemilih bagi penduduk tempatan menyemak status daftar pemilih mereka. Hasil dari lawatan Blogmaster, mereka menyediakan 2 buah komputer yang dilengkapi dengan Internet bagi tugas penyemakan. Sambil itu mereka berbual santai seperti biasa. Amat simple!
Blogmaster sempat menemuramah Ketua Penerangan PPUKJ Sdr. Rizal, beliau memberitahu program sebegini perlu diadakan bagi menghadapi cabaran PRU 13 akan datang. Tambah beliau, rata-rata penduduk di kawasan sebegini tidak tahu bagaimana untuk menyemak status daftar pengundi mereka. Jadi BP mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan kaunter santai sebegini untuk mereka. Lebih mudah untuk mereka menyemak dan mendapat informasi dimana mereka mengundi.
Ulasan:
Idea yang Menarik! Efektif! Murah!
Itu yang berlegar di fikiran Blogmaster apabila Blogmaster melawat ke pondok mereka sebentar tadi. Ada juga yang sudah mendaftar tapi tak pernah mengundi!. Blogmaster merasakan kaunter sebegini perlu diadakan di semua kawasan. Walaupun hanya semakan namun, program sebegini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan diantara UMNO dan penduduk tempatan. Syabas dan tahniah Blogmaster ucapkan!
Nak Menang Buat Cara Nak Menang!
No comments:
Post a Comment