About

Saturday, November 13, 2010

ULASAN - Ceramah SSDE 2 Taman Desaria Fasa 5A & 5B

Sekitar gambar Program Ceramah SSDE




















Kelana Jaya
13.10.2010
3.00 pagi


Kita sedia maklum bahawa pada malam tadi, satu Ceramah Gelombang SSDE 2 diadakan di Dewan Umno Taman Desaria Fasa 5A & 5B. Kali ini penceramah yang dijemput adalah Dato' Satim, Zahid Md. Arip & Ustaz  Umar Sulaiman. Mungkin atas sebab teknikal, ceramah SSDE yang sama diadakan di PJS 2 pada tarikh dan waktu yang sama membuatkan pertukaran penceramah berlaku dan penyudahnya Ceramah SSDE di Penaga diwakili oleh penceramah yang tidak kurang hebatnya Sdr. Fairuz (Mantan Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang) & Ustaz Umar Sulaiman.


Ceramah dimulakan oleh Ustaz Umar yang telah mengupas dengan baik sekali mengenai perjuangan Pakatan Pembangkang khususnya PASola yang menggunakan isu agama untuk politik. Beliau menguraikan sebab-musabab kenapa tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi kaum bukan ISLAM berserta sejarah dari sirah Nabi beserta dengan nas-nas yang sahih. Ini bersambung pula dengan isu-isu agama yang lain seperti hubungan kekeluargaan, politik cara ISLAM dan lain-lain.


Program bertambah hangat dengan kehadiran Sdr. Fairuz yang mendedahkan sebab beliau ber'hijrah' keluar dari Pakatan Pembangkang. Satu-persatu kronologi pendedahan dibuat mengenai Kerajaan Pulau Pinang didedahkan. Sayang..penceramah tidak banyak mendedahkan mengenai isu-isu di Selangor sendiri. Namun begitu dari pemerhatian Blogmaster, rata-rata hadirin yang hadir tidak berganjak dari kerusi masing-masing sehinggalah ke penghabisan. Alhamdulillah !


Apa yang menarik disini untuk didedahkan ialah, semangat pengundi muda di Zon Penaga & Kelana Jaya. Blogmaster mendapati hampir keseluruhan 500 orang yang telah hadir dan pemuda sendiri terdiri lebih dari jumlah yang dinyatakan. Amat membanggakan! Ini membuktikan pengundi muda di Kelana Jaya telah mula membuka mata dan telinga. Ya..ya..mungkin ada diantara pembaca berkata Blogmaster saja mengipas PPUKJ. Rentikanlah sifat PHD tu yer! 


Pemuda PPUKJ telah hadir dan khusyuk mendengar pendedahan & penjelasan dari penceramah-penceramah. Ada yang bersorak, bertempik menyokong hujah-hujah yang disampaikan. Ini yang kita mahu! Pemuda harus berani bersuara! Mereka juga pengundi dan mereka mempunyai hak untuk menyuarakan suara mereka. Harapan Blogmaster, pada orang-orang Pakatan Rakyat yang mendengar dari celahan tingkap, di tangga, di dalam kereta..bukalah mata hati kamu! berfikirlah secara rasional dan bukan kerana ANWAR AL-JUBURI. Tidak guna jika kita mengeluh, mengadu domba mengenai kecacatan satu-satu kepimpinan itu. Ini bukan masanya untuk itu semua. Yang penting sekarang ialah untuk kita bersama berganding-bahu bagi menawan kembali DUN Seri Setia & PARLIMEN Kelana Jaya. Buanglah yang keruh..dan ambillah yang jernih sahabat..,tiada apa lagi yang Blogmaster hendak sampaikan lagi melainkan para pembaca tepuk dada dan tanyalah selera..


Nota Kaki: Andaikata kita gagal menawan Seri Setia, Kelana Jaya, Selangor pada PRU13 nanti, sudah terlambat untuk kita menyesali tindakan kita memboikot perjuangan sekarang..berjuanglah kerana AgamaMu..berjuanglah kerana BangsaMu..berjuanglah kerana TanahairMu...salam seMelayu!


PAS itu MELAYU
SEGELINTIR PKR itu MELAYU
UMNO itu MELAYU
MELAYU itu ISLAM
ANWAR Al-JUBURI HARUS BERTAUBAT!

BlogMaster

No comments:

Post a Comment