About

Sunday, November 21, 2010

Kisah Malam Anwar Al-Juburi dipecat dari UMNO & Kabinet



Pada malam itu Che Det yang mempengerusikan mesyuarat kelihatan tenang. Bercakap pun dengan nada perlahan. Beliau menyatakan tujuan mesyuarat MT malam itu adalah untuk membincangkan mengenai Anwar Bin Ibrahim. Che Det pun menceritakan serba ringkas mengenai kisah kemasukan Anwar ke dalam UMNO.


Che Det memberi alasan mengapa beliau sanggup memberi laluan dan menonjolkan Anwar dalam Umno dan kerajaan kerana berharap Anwar akan mengambil alih pemerintahan negara ini daripada dia. Che Det memaklumkan bahawa semenjak kebelakangan ini dia sedar bahawa antara dia dengan Anwar sudah tidak 'ngam' lagi. Banyak perkara yang beliau tidak sekata, baik dalam perihal ekonomi mahupun politik.


Kemudian Che Det memaklumkan bahawa dia mendapat tahu berkenaan hasrat Anwar untuk mencabarnya bagi jawatan Presiden pada pemilihan akan datang. Namun Che Det menegaskan dia bersedia bertanding dengan Anwar pada bila-bila masa kerana yakin dapat mempertahankan dirinya.


Selesai Che Det bercerita tentang semua itu, dia beralih ke bab moral pula. Sedang Che Det bercakap berkenaan peribadi Anwar, tiba-tiba Anwar bangun dan meminta untuk membela diri. Suara Anwar pada masa itu cukup tinggi dan sesekali berdiri sambil menepuk meja.


Seorang Ahli MT juga bangun menempelak sambil menepuk meja dan meminta Anwar menghormati Presiden dan keadaan mesyuarat yang sedang berlangsung. Ahli MT itu mempertikaikan, "Inikah akhlak seorang pemimpin yang hendak menjadi Perdana Menteri?"


Namun Che Det dengan tenang telah membiarkan Anwar bercakap untuk membela dirinya sambil bertanya, "Adakah Datuk Seri ada skandal seks luar tabii dan terlibat dengan pelacur?"


Anwar Bin Ibrahim pada masa itu tidak menafikan sekeras-kerasnya tentang skandal seks luar tabii yang membabitkan dirinya tetapi sebaliknya berkata bahawa semua orang mempunyai hubungan seks. Pada malam itu Ahli MT beranggapan bahawa Anwar akan bersumpah untuk menafikan tuduhan terhadapnya, namun anggapan mereka meleset kerana sehingga selesai mesyuarat Anwar Bin Ibrahim langsung tidak bersumpah untuk menafikan semua tuduhan itu.


Sebaliknya Anwar Bin Ibrahim menegaskan bahawa dia mempunyai pita, dokumen dan sebagainya yang dapat membuktikan bahawa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Semasa menghadiri mesyuarat MT, sememangnya kelihatan Anwar membawa beberapa dokumen. Namun sehingga mesyuarat selesai, satu hapah pun bukti tidak ditunjukkan Anwar kepada Ahli MT untuk membela diri. Jadi bagaimanalah Ahli MT yang lain nak yakin dengan Anwar. Maka Ahli MT telah membuat keputusan bahawa mereka tidak memerlukan seorang pemimpin seperti Anwar Bin Ibrahim.


Pada malam itu, hampir kesemua Ahli MT bersetuju memecat Anwar kecuali 2 orang yang mahukan keahlian Anwar digantung sehingga kes tersebut dibicarakan di mahkamah. Namun bantahan 2 orang Ahli MT itu ditolak oleh yang lain kerana mereka tidak mahu seorang yang rendah moralnya menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri.


Apabila Anwar Bin Ibrahim melihat bahawa Ahli MT tidak menyokongnya, maka dia bangun meninggalkan mesyuarat sebelum Che Det sempat menggulungnya. Ramai yang tidak tahu bahawa perbuatan memecat Anwar ini bukanlah suatu perkara yang mudah kerana Che Det terpaksa mengambil risiko yang tinggi untuk memecatnya.


Seorang bekas menteri pernah mengatakan, "Mahathir memang terlalu sayangkan Anwar. Jadi apabila Mahathir terpaksa mengambil tindakan sebegitu bermakna dia ada sebab yang cukup kukuh dan kuat".


Credit to: panehmiang & unspinners


Ulasan:

Kita semua terhutang budi kepada ayahanda Tun Mahathir kerana sedia menjadi 'lilin' untuk menyelamat kan negara dari sang peliwat. Walau apa pun keburukan peliwat tegar ini di ketahui umum, pengikut nya terutama DAP dan non-bumi akan tetap menyokong kerana Anwar berjaya memecah kan perpaduan dan undi melayu. Apabila mereka berjaya meruntuhkan kerajaan pimpinan Melayu, Anwar akan dibuang seperti anjing oleh mereka..

Wahai Melayu, itulah sejarah hitam dalam politik tanah air kita. Aku sendiri melalui saat yg paling getir dalam persahabatan apabila hampir semua rakan-rakan aku tidak mahu bersua muka kerana aku mempertahankan tindakan Tun Mahathir memecat Anwar. Apa pun hujah yang diberikan, mereka lebih mempercayai serangan Anwar, memang serangan Anwar begitu hebat, sehingga begitu ramai cerdik pandai menyebelahi dia. Sesungguh Tun adalah seorang insan yang begitu hebat satu dalam sejuta, tidak semua yang Tun lakukan betul, tapi memecat Anwar adalah sesuatu yang sangat tepat. Syabas kepada mereka-mereka yang sentiasa dibelakang Tun...


PAS itu Melayu
Segelintir PKR itu Melayu
UMNO itu Melayu
Melayu itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!

- a s a m - 

No comments:

Post a Comment