About

Monday, November 22, 2010

Ceramah SSDE di Taman Mahkota Cheras

SSDE Mahkota Cheras - 22.10.2010



Blogmaster tiba agat lewat sedikit ke lokasi ceramah dan pada masa Blogmaster sampai sekitar jam 9.30 malam, kelihatan Ketua Pemuda MCA sedang memberikan ucapan beliau. Dari pengamatan Blogmaster, kehadiran pada ceramah kali ini dimonopoli oleh masyarakat Cina & Melayu sekitar dalam 300-400 orang.


Penceramah yang tampil untuk berceramah pada malam tadi merupakan wakil-wakil dari MCA dan ceramah mereka disampaikan dalam bahasa ibunda mereka. Sayang kerana tatkala mereka menyampaikan ceramah, kelihatan hadirin Melayu seperti endah tak endah..mungkin kerana mereka tidak memahami. (Blogmaster syorkan agar Melayu pelajarilah bahasa ibunda bangsa lain)


Blogmaster berasa tak sabar untuk mendengar penjelasan dari YB. Noh Omar mengenai isu-isu Selangor. Selang beberapa jam kemudian sekitar jam 11.20 malam, dentuman gendang naga berbunyi bertalu-talu menandakan ketibaan YB. Noh Omar. Keadaan hadirin yang tadinya menguap-nguap menahan mengantuk sudah mula membeliakkan mata mereka. Kelakar juga kalau diperhatikan..hehe...


(Maaf..mutu kamera blackberuk Blogmaster amat sedih)

Ketibaan YB. Noh Omar telah disambut oleh YB. Johari dan Pemimpin-pemimpin MCA kawasan. Tanpa membuang masa YB. Noh Omar terus ke pentas bagi menyampaikan sepatah dua kata beliau. YB. Noh Omar meminta maaf kepada hadirin yang telah menunggu sekian lama atas kelewatan beliau. YB. Noh memaklumkan yang beliau baru pulang dari Kedah atas urusan penyerahan bantuan mangsa banjir di Kedah.


YB. Noh memulakan ucapan beliau dengan memperjelaskan isu banjir di Kedah. Beliau memberitahu hadirin bahawa Kerajaan PASola di Kedah tidak prihatin atas musibah yang melanda mangsa banjir. Kerajaan Pusat selaku pentadbir negara Malaysia pula yang terpaksa menutup KEBANGANGAN pimpinan Kerajaan Pasola di Kedah untuk membantu mangsa banjir. 


YB. Noh Omar juga mempertikaikan mengenai perubahan. Perubahan yang dimaksudkan beliau  adalah perubahan yang kononnya akan dibuat oleh Pakatan Rakyat sewaktu kempen PRU 12 yang lepas. Tidak ada satu pun perubahan yang berjaya dilakukan oleh Pakatan Rakyat melainkan hanyalah menipu rakyat khususnya di Kedah & Selangor.


Mengenai isu-isu di Selangor, PKNS dan Yayasan Selangor yang sebelumnya dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional, telah diburukkan oleh Pakatan Rakyat dengan fitnah dan tohmahan mengatakan Kerajaan BN tidak mengikut peraturan malah menggunakan duit sewenang-wenangnya. Namun takdir Ilahi telah membuktikan bahawa merekalah yang sebenarnya yang sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat. Seperti contoh:- Yayasan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM800 ribu bagi Program Sambutan Ulangtahun Yayasan Selangor yang ke 40. Kemana perginya wang RM800 ribu itu? Insyallah, Blogmaster akan memperincikan dalam pendedahan akan datang.


Seterusnya mengenai situasi sekarang dimana Pemilihan berlaku di dalam PKR. Belum pernah ada dalam sejarah dimana protes cabang-cabang berlaku dengan sebegitu riuh dan kerap. Dulu masa Kerajaan BN, ada juga protes namun protes dijalankan secara aman dan bertatasusila. Ini sampai bergaduh sana sini, berpuak-puak! YB. Noh Omar melabelkan Parti PKR sebagai parti yang cakap tak serupa bikin!


Isu Air Selangor
YB. Noh Omar memperjelaskan mengenai isu air Selangor iaitu projek Loji Langat 2. Beliau memberitahu hadirin bahawa, dengan pembangunan pesat tanpa strategik keseluruhan di Selangor telah membuatkan Selangor di dalam bahaya dimana, simpanan air bersih di Selangor tidak mampu untuk menampung pembangunan pesat sebegini. Perancangan bandar yang betul haruslah mengambil kemungkinan-kemungkinan yang sepatutnya tapi Kerajaan Selangor kini langsung tidak mengendahkan. Maka dengan ini, Selangor bakal menghadapi masalah air. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM 4 bilion bagi menyelesaikan masalah yang dicipta oleh Kerajaan Selangor pimpinan PR. Namun Kerajaan Pusat menghadapi masalah kawasan dimana beberapa status tanah di Selangor adalah milik Kerajaan Negeri. MB Khalid Gagap telah membidas kenyataan Yb. Noh Omar dengan mengatakan Selangor tidak akan mempunyai masalah air sehingga 2019. YB. Noh Omar telah bertanya secara direct kepada MB Khalid Gagap dalam satu sidang majlis Air Selangor yang lepas. Beliau bertanya pada MB Khalid Gagap, "Konsultan mana yang MB gunakan bagi mendalami masalah air di Selangor sehinggakan Konsultan tersebut telah menyatakan Selangor tidak akan ada masalah air sehingga 2019?". Seperti biasa, Khalid Gagap membisu sehinggalah ke hari ini...


YB. Noh Omar menjelaskan bahawa strategi MB Khalid Gagap hanyalah menyalahkan BN mengenai isu air di Selangor. Pada masa yang sama, MB Khalid Gagap akan muncul disaat dan ketika yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah air Selangor, terus akan dianggap sebagai HERO dikalangan rakyat Selangor. Inilah taktik 'survival politic' MB Gagap. 


YB. Noh Omar menjelaskan pula mengenai isu pasir di Selangor beberapa bulan yang lepas. Isu pasir pun MB Khalid Gagap diam membisu sehinggalah ke hari ini. Berbalik kepada isu PKNS & Yayasan Selangor, MB Khalid Gagap merupakan Pengerusi bagi 2 badan Kerajaan Selangor itu. Apakah MB Khalid begitu buta sehingga tidak nampak penyelewengan atau kepincangan yang dilakukan dalam pentadbiran beliau? atau mungkin MB Khalid tahu tapi diam kerana masyukkk....


Akhir ucapan YB. Noh Omar, beliau menyeru semua kaum baik Melayu, Cina & India supaya bersatu. Melayu tidak boleh menang tanpa bantuan kaum Cina & India dan begitu juga sebaliknya. Beliau menyeru agar semua bersatu seperti kita pernah bersatu dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Keadaaan Selangor yang dulunya sangat aman & membangun adalah dari tindakan kaum-kaum di Selangor yang bermuafakat dalam membangunkan negari Selangor. PR telah mencemar keadaan aman itu dengan pimpinan yang negatif. Bersatulah rakyat Selangor dan kita buktikan pada PR yang kita (Melayu, Cina, India) sayangkan perpaduan kaum yang harmoni, aman dan damai...


Sejurus setelah selesai ucapan YB. Noh Omar, barisan NGO-NGO dalam kawasan telah menyerahkan borang keahlian BN & UMNO sebanyak 205 keahlian pada YB.Noh Omar tanda mereka telah MENYAMPAH akan Kerajaan Selangor sekarang.




ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT!

- a s a m - 

No comments:

Post a Comment