About

Tuesday, November 9, 2010

INFO - Ceramah Gelombang Kedua SSDE Di Kelana Jaya !!


salam seDunia..


08.11.2010 - Kelana Jaya


Blogmaster berkesempatan untuk menghadiri satu mesyuarat Zon Penaga awal malam tadi. Di dalam mesyuarat itu, jawatankuasa Penaga telah memaklumkan bahawa pada 12hb. November 2010 nanti, satu Ceramah UMUM SSDE akan diadakan di kawasan Penaga. Berikut adalah detail mengenai Ceramah tersebut:-


CERAMAH GELOMBANG KEDUA 
SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH: 12HB. NOVEMBER 2010
MASA: 8.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN UMNO TAMAN DESARIA FASA 5A
PENCERAMAH: DATO SATIM, ZAHID MAT ARIP, USTAZ UMAR SULAIMAN

Jadi bagi warga Kelana Jaya..tak kira peringkat umurnya atau bangsanya..muda atau tua, lelaki atau perempuan, SEMUA dijemput hadir !! Sila panjang-panjangkan jemputan ini yer !

Blogmaster merasakan kita perlu turun bagi mendapatkan cerita kedua belah pihak..baik dari pihak UMNO mahupun pihak Pembangkang..sebagai pengundi, kita berhak mendalami permasalahan yang ada dan semoga dengan Ceramah SSDE ini, para pengundi khususnya dalam Parlimen Kelana Jaya dapat menilai sendiri siapa di pihak yang benar..

Nota Kaki: bagi yang reti nak meng'kondem'kan Umno Kelana Jaya dan sayap-sayapnya tu..bawak-bawaklah hadir yer..jangan dok kata sembarangan tapi program langsung tak nampak muka..dah sampai masanya kita semua bersatu bergerak meneruskan perjuangan yang belum selesai...tolak tepi ego, tolak tepi personal interest..yang penting BN dapat Selangor kembali !!


PAS itu Melayu
UMNO itu Melayu
MELAYU itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


- k u n t a u  -

No comments:

Post a Comment