Lumrah MELAYU - dimana ada kejayaan disitu ada PHd. !
- selagi tak buang EGO..selagi itulah takkan bersatu!
Perselisihan faham berlaku diantara bloggers elitis dan bloggers nyamuk telah sekian lamanya. Ada bloggers yang berfikiran jika 'daily hits' mereka mencecah ribuan pengunjung maka mereka layak digelar blogger elitis. Ditambah pula dengan layout yang kononnya gempak lagi canggih, maka ini membuatkan blogger elitis merasa gah di persada dunia blogging. Susulan dari itu, jika ada majlis-majlis suaikenal atau perbincangan antara bloggers, mereka PASTI akan duduk diantara mereka dan bloggers nyamuk ini PASTI akan duduk celah-celah bedah aje. Sehinggalah, andai ada segelintir budiman hendak memberi bantuan bagi membantu bloggers yang Pro Kerajaan pun hendak di sapu oleh blogger elitis ini. Blogger elitis mengakui bahawa dengan bantuan ini, mereka pasti akan dapat meletup-letupkan dunia blog. Aduhh..awat jadi lagu ni??
Ini jawapan Blogmaster pada mereka, "kalau nak menyamun pun..agak-agak laa..".
1. Tolong jangan pandang enteng pada bloggers nyamuk ini. Tanpa mereka, kadang-kadang bloggers elitis pun takda apa nak di tulis. Etika penulisan, jika hendak re-publish posting, sertakanlah source posting itu atau memberi ucapan credit pada post creator. Ini dah la korang copy posting dia, tak bagi credit pun..bagi pembaca blog dah tentu mati-mati ingat blogger elitis tu yang tulis artikel..Ceh..kalau camtu, nenek Zabedah pun boleh buat bro !
2. Kami bloggers nyamuk ni, tak peduli pun akan dunia glamor blogging tu..apa yang penting hanyalah perjuangan bagi menyelamatkan bumi MELAYU dari jatuh ke tangan PEMBANGKANG.
3. Tak guna kita men'double standard'kan sesama kita. Tiada faedahnya! Kami berjuang bukan atas mengharapkan 'kepala agong' sebagai balasan. Kami berjuang kerana fisabilillah! Apa yang kami harapkan cuma agar kami dapat berkongsi bersama kenikmatan, kemahiran, kepakaran dalam dunia blogging. Hormatilah kami sebagaimana kami menghormati anda-anda sebagai senior. Ada benda yang kami tak tahu mungkin kami boleh belajar dari yang senior. Sama juga dengan bloggers senior, kami tahu ada blogger senior yang kurang mahir mengenai beberapa perkara. Jadi tak perlu kita nak PALAM sesama kita. Dari kita dok palam sesama kita, ADALAH SEJUTA LEBIH BAIK kalau kita berganding kepakaran dan kebolehan dalam MENJAHANAMKAN pembangkang ni!!
Rumusan dari semua ini, bagi blogger elitis yang rasa dirinya elitis tu, hentikanlah kesombongan anda. Perjuangan yang mengharapkan 'kepala agong' pasti tidak akan bertahan selamanya. Kami menulis demi Agama, demi Bangsa, demi Negara..apa-apa pun,
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!
p/s: ada yang telah berjuang sejak dari zaman teLnet, MiRc, Yahoo Chat dan hari ini Blog..masih maintain low profile..kan molek lagu tu..
- a s a m -
Betul tu .... yg dah senior janganlah ego ... sayangi dan ajar adik2 ni ... adik2 pulak kenalah hormat pd abang2 tu ... kan elok jadi macam "Wonder pets" tu ... jangan biarkan blogger seberang jalan bertepuk tangan melihat gelagat kita....
ReplyDelete