KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti. "Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanita ke-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun. Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. - BERNAMA
Zuraidah Kamaruddin
Ulasan:
Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR..wow! kromosom Ketua Wanita PKR ni mesti bagus kan? kah kah kah !
Apakah ini akhlak wanita yang digembar-gemburkan dalam PKR yang kononnya mahu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam negara ini? kah kah kah lagi..
Beliau ni sangat sempurna sifatnya sehinggakan beliau sanggup melabelkan sesiapa yang keluar atau melompat dari PKR adalah 'anak-anak yang sindrom down atau cacat'..ini termasuk Zaid Botol ! kah kah kah!! Zaid sindrom down? kah kah kah !! (gelak guling-guling)
Persoalan:
Kalau iyer pun nak melabelkan mereka, apa tidak ada perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan selain sindrom down..apakah di mata kepala Zuraidah ni, anak-anak sindrom down ni terlalu hina sehinggakan dipandang begitu enteng sekali?
Mungkin beliau tidak pernah mengalami pengalaman mempunyai atau membesarkan anak-anak sindrom down, jadi beliau tidak tahu bagaimana perasaan ibubapa yang mempunyai anak sindrom down..(baka baik la konon) kah kah kah !!!
Mungkin Zuraidah tidak diuji oleh Allah dengan kelahiran anak yang mengalami sindrom down namun demikian, itu bukan tiket untuk beliau menghina dan mencaci orang lain dengan menggunakan analogi penyakit tersebut. Ia perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Jika inilah jenis manusia yang dipilih oleh penduduk Ampang untuk mewakili kawasan mereka, maka tunggulah kehancurannya. Apakah kita masih tidak mahu insaf dengan menyokong Anwar Al-Juburi dan PKR lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal !!
PAS itu Melayu
Segelintir PKR itu Melayu
UMNO itu Melayu
Melayu itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!
- a s a m -
No comments:
Post a Comment