Pada hari Selasa, 9 november lalu..Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor turut membangkitkan isu harga dan kualiti padi yang rendah. Bagi saya adalah tidak adil perkara itu di bawa ke Sidang DUN dan dijawab oleh Exco Pertanian Negeri Selangor yang tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan dan membidas saya. Saya sedia bertemu dan berdailog secara terbuka dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi memperjelaskan isu berkenaan termasuklah insiden ADUN Sekincan dipukul. Maka dengan itu saya telah menulis surat kepada Y.A.B Menteri Besar untuk menentukan tarikh dan tempat dengan notis dua minggu untuk perjumpaan tersebut. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani saya bertanggungjawab terhadap isu tersebut dan bersedia untuk bersemuka dengan ADUN Selangor semua. Berikan saya peluang itu daripada membidas saya secara melulu.
Dalam isu kualiti padi angin, saya ingin bertanya mengapa 80 peratus pesawah dapat capai hasil 8 tan sehektar dengan potongan di bawah 20 peratus sahaja. Daripada rekod kementerian Cuma seorang sahaja yang dikenakan potongan 30 peratus dan seorang 36 peratus. Jangan hanya kerana dua tiga orang, hasil padi di Barat Laut dikira tidak berkualiti.Semak fakta jangan main hentam. Ingin saya jelaskan bahawa padi angin bukan kerana masalah benih padi tetapi cara pengurusan sawah yang tidak betul.
Masalah harga padi yang tidak menentu bukan soal kementerian.Kementerian cuma meletakkan syarat harga minima. Apa yang berlaku adalah berdasarkan kehendak pasaran namun saya sedia memberi lesen kepada mana-mana syarikat yang sanggup beli padi dengan harga RM2,000 satu tan.
Pena Noh Omar
Ulasan:
Datuk Seri Noh Omar dah menjual...Khalid Gagap tanak beli ker?????
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!
- a s a m -
No comments:
Post a Comment