About

Saturday, November 27, 2010

Selangor tanpa air 2012, sapa suruh pangkah PR !


PETALING JAYA 26 Nov. – Selangor akan dilanda krisis air menjelang 2012 sekiranya pemegang kepentingan dalam pengurusan air di negeri ini gagal mencari penyelesaian segera mengenainya, kata Ketua pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ir Lee Miang Koi. 


Beliau berkata, sebagai negeri maju, permintaan air di Selangor meningkat tahun demi tahun.  Katanya, berdasarkan perkiraan Syabas, setiap isi rumah di negeri ini menggunakan 212 liter air sehari dan jumlah ini agak tinggi berbanding di negara lain.


"Di Singapura contohnya, setiap orang hanya menggunakan 156 liter air sehari,” katanya pada Forum Air Selangor bertajuk “Pengurusan dan Permintaan terhadap Air”, di sini hari ini.


Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu mengetepikan sentimen politik dalam mencari jalan untuk mengelak berlakunya krisis air pada masa akan datang.


"Ini berkaitan (menolong) manusia, bukan mengenai politik, jadi ketepikan perkara itu dan sama-samalah kita menolong orang ramai yang akhirnya mungkin menjadi mangsa,” katanya. – Bernama


Ulasan:
Haaa.. tu BERNAMA yang laporkan, bukan blogger-blogger nyamuk saja 'create' yer..kepada Phuckatan Riot Selangor, amanat rakyat Selangor dah diberi jadi laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pemerintah..jangan reti nak kondemkan Kerajaan Pusat aje..tak perlu nak tabur spekulasi mengatakan Kerajaan Pusat zalim. Tak perlu nak sewa billboard RM1,500 sehari untuk paparkan keprihatinan PALSU korang tu. RM1,500 sehari, kalau 10 hari dah RM15,000..tu duit rakyat Selangor gak tu!. 




Hasil dari pemerhatian blogger nyamuk, Phuckatan Riot cuba untuk bermain dengan persepsi rakyat Selangor dengan menabur fitnah keji terhadap Kerajaan Pusat. Kami blogger nyamuk akan cuba untuk mendedahkan setiap fakta sebenar mengenai Isu Air Selangor dari masa ke semasa..bagi yang ingin mengetahui, boleh rujuk pada GAP


p/s: bila AIR dah takda, agak-agak boleh tumpang mandi kat rumah Khalid Gagap tak? kah! kah! kah! sapa suruh pangkah PR..kan dah mendapat!




ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT!

- a s a m -  

1 comment:

  1. 1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.

    2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM - TENGAH blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

    3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.

    4. Jika tuan menggunakan 'Free Feedjit Live Traffic Feed' di blog tuan sila klik "Show where visitors came from:" pada settingnya bagi mengetahui dari blog mana pelawat itu datang ke blog tuan. Sila rujuk "Feedjit" di mulutmelayu-REALITI

    Sekian, semoga tuan sudi menyenaraikan blog ini di dalam blog tuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete