About

Wednesday, December 22, 2010

NADI RAKYAT: Brader Azmy Awang Kelana Jaya Terima Ugutan Bunuh!!

Kelana Jaya
22.12.2010


salam seDunia..


Dunia Facebook telah kecoh dengan pendedahan mengenai ADUN PAS Selising Ditangkap Berzina. Pendedahan ini telah dibuat oeh satu kumpulan yang bernama Nadi Rakyat. Nadi Rakyat telah mengupas isu berkaitan dengan penuh terperinci sekali berdasarkan bukti-bukti yang ada.


Akibat dari pendedahan ini, salah seorang dari ahli Nadi Rakyat iaitu Sdr. Azmy Awang Kelana Jaya atau lebih dikenali di dalam dunia FB sebagai AAKJ telah menerima satu panggilan berbaur ancaman dan ugutan. Mengikut makluman yang diterima, AAKJ telah menerima panggilan telefon itu sekitar jam 5.40 petang tadi. Tambah beliau, dalam percakapan telefon itu, beliau telah dimaki, dihina malah dicadangkan supaya 'pergi mati' oleh si pemanggil. 

Susulan dari itu AAKJ telah dinasihatkan untuk membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan dan beliau dalam perjalanan ke Bukit Aman bagi mengecam tuan empunya nombor telefon berkenaan. Difahamkan bahawa group Nadi Rakyat telah mewar-warkan berita mengenai ancaman kepada AAKJ ini di dalam wall FB. Nombor telefon si pengugut itu bermula dengan 014.....


Ulasan:
Fuhhh...dasat! dasat! nampak gayanyer pembangkang sudah main kasar! Terjahan demi terjahan yang dibuat oleh Nadi Rakyat berserta bukti telah membuatkan penyokong tegar pembangkang kepanasan punggung dan 'mati idea'. Malah ada pembangkang yang telah mengambil pendekatan  EMOSIONAL melebihi RASIONAL dengan menelefon 'direct' pada AAKJ dan memaki beliau. Sungguh 'bodoh' pembangkang ni...apa dia lupa yang nombor anda boleh di trace oleh pihak polis? ishh..ishh.. ngaji tak abis betol!


Buat Nadi Rakyat, teruskan membuat pendedahan! Perjuangan ikhlas menegakkan kebenaran pasti mendapat perlindungan dari ALLAH s.w.t.. Rakyat marhein seharusnya sedar bahawa perjuangan PASola selama ini telah jauh menyimpang dari ajaran ISLAM yang sebenar. Jika pendedahan yang dibuat tidak benar,  maka pembangkang boleh saman Nadi Rakyat atau orang di dalam klip video dibawah..

p/s: agaknya sapa laa yang menjadi 'gunting dalam lipatan' dalam NR yang sanggup beri nombor telefon AAKJ pada pembangkang tu yer...hmmm
Akibat dari pendedahan ini akaun FB AAKJ telah di'bom' oleh pembangkang, tapi takper..AAKJ telah membuka akaun yang baru..KLIK SINI


PAS hanya PARTI POLITIK
TAK RUGI keluar PAS
SYURGA BUKAN DI BAWAH TAPAK KAKI NIK AJIS

Tuesday, December 21, 2010

Wajib Baca: Peringatan Buat UMNO !!

“Jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh. Semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Natijahnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.” 
 Perdana Menteri Malaysia 

salam seDunia..

Perdana Menteri kita telah bersuara sekian lamanya mengenai kehebatan media baru sebagai medium penyebar maklumat. Telah berkali-kali PM menyuarakan bahawa kita perlu faham akan kesan pengaruh media baru ini. Alhamdulillah, cabaran PM ini telah disahut oleh orang-orang Melayu yang telah mula sedar akan kehebatan media baru ini. Maka pelbagai medium-medium maya ini dibangunkan bagi menyebarkan isu-isu semasa dan politik mengenai Kerajaan Barisan Nasional dan juga menangkis serangan persepsi dari pihak pembangkang.  
Namun masih ada juga dikalangan UMNO itu sendiri yang masih tidak sedar. Ada yang berpendapat kerja media baru ini kerja orang muda kerana komitmen yang diberikan bagi melakukan kerja-kerja media baru ini 24 jam sehari. Itu pendapat segelintir orang-orang lama. Ada juga segelintir yang 'hangat-hangat tahi ayam' dimana, bersemangat pada mulanya tapi selepas beberapa ketika, semua medium yang dibangunkan terbiar begitu sahaja. Kenapa boleh jadi begini? Adakah mungkin kerana tiada peruntukan dari pihak atasan? Atau mungkin UMNO telah biasa dengan amalan "ada Agong..kerja baru jalan"? Atau mereka masih tidak faham akan selok-belok media baru ini? Atau mereka mula akan rajin bila PM mula berdehem mengenai tarikh PRU akan datang?. Jangan bagi alasan itu-ini..kerjasama dari semua pihak DIPERLUKAN jika UMNO benar mahu menang!!
Fakta:
Terdapat seramai hampir 7 juta pengguna Internet di Malaysia. Separuh dari jumlah itu merupakan pelayar muda. Kita sedia maklum yang pada PRU akan datang, seramai 6 juta pengundi muda bakal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Apakah UMNO sedar akan jumlah ini?. Survey rambang telah dilakukan ke atas orang-orang muda dimana mereka telah disoal mengenai isu semasa dan rata-rata jawapan mereka adalah, mereka memperolehi maklumat mengenai isu-isu semasa di dalam internet! Sedangkan pembangkang telah memonopoli medium internet ini hampir 10 tahun. UMNO tidak sedarkah akan fakta ini?
Kita berbicara yang kita mahu rampas kembali beberapa negeri yang kita telah kalah pada PRU yang lepas. Asam tidak nafikan memang UMNO ada membuat pelbagai program berkonsep kemasyarakatan namun usaha sebegitu masih tidak mencukupi bagi meraih perhatian pengundi muda ini. Usaha kita seharusnya 'full-swing' jika kita mahu menang kembali. Usahasama diantara program 'turun padang' dan media baru sepatutnya berjalan seiring. Maka dengan itu barulah gerak kerja kita teratur dan efisyen.

Andaikata..
Jika keputusan PRU akan datang memihak kepada pembangkang, apakah UMNO rasa masih ada peluang untuk Melayu berdiri gah di bumi sendiri? jawapannya TIDAK!. Malaysia bakal menjadi Singapura seperti suatu masa dahulu. Kaum Melayu akan jadi kelas ketiga di bumi sendiri. Apakah UMNO mahu senario sebegitu melanda bumi Malaysia? Sedarlah wahai UMNO..sesungguhnya kita sudah tiada masa lagi..sedarlah dari lamunan...HENTIKAN dahulu persengketaan dalaman, HENTIKAN angan-angan nak jadi wakil rakyat, HENTIKAN sifat hasad dengki sesama sendiri..BERSATULAH untuk MENANG !

Ulasan:
Undang-undang Tubuh Negeri telah menetapkan syarat bagi melantik MB adalah orang Melayu. DAPig telah merancang untuk meletakkan calon Melayu sebagai wakil parti mereka di PRU akan datang. Calon Melayu ini akan diletakkan di kawasan yang DAPig yakin akan menang 300%. Andaikata Selangor kalah di tangan pembangkang di PRU akan datang, tidak mustahil bagi Menteri Besar itu adalah terdiri dari orang Melayu DAPig. Anda fikirkanlah! 

Lagi Keluh Kesah: Gelombang Wangsa Maju
NAK MENANG BUAT CARA NAK MENANG!


PANAS 18SX: Bukti Video ADUN PAS Berzina !!!! Sebarkan !!!

Serambi Masjid Putrajaya
20.12.2010


Bukti yang dinanti-nantikan telah tiba!! Anda nilaikan sendiri KETOKOHAN Nik Najis yang selama ni puak-puak PASola tu puja..sungguh tinggi makrifatnya sampai boleh berbicara dengan ALLAH s.w.t. secara direct! Lebih mengagumkan bila Nik Najis bisa mendapat wahyu dari Tuhan mengatakan dosa berzina MANGKUK HAYUN di atas telah dimaafkan oleh Tuhan..
Nadi Rakyat mendesak agar ADUN Cilako ni letakkan jawatan sekiranya masih mempunyai harga diri. Andai berdegil, maka akan terkeluar lagi bukti-bukti lain...Oh ya! ADUN Perupok, jaga-jaga yer..lepas ni giliran anda pula!


PAS hanya PARTI POLITIK
TAK RUGI keluar PAS
SYURGA BUKAN DIBAWAH TAPAK KAKI NIK NAJIS




Sunday, December 19, 2010

Shamsul "Kencing Dalam Seluar" Hina UMNO

salam seDunia...


Shamsul Ketot menyalak bukit lagi kononnya UMNO dengan biadap telah menyalahgunakan kuasa dengan mempolitikkan Masjid.
Baca seterusnya di sini: MalaysiaKini


Ulasan:
oi aram!! apa punya sengkek la idea otak ko ni ketot..dah takda modal dah ker? apakah ini mentaliti Ketua AMK PKR? kah! kah! kah! memandangkan mentaliti si ketot ni paras buku lali, maka asam beri fakta yang taraf lebih kurang jugak lah..


Fakta:
apa ko lupa Xavier beri tazkirah kat masjid?

apa ko lupa DAP beri tazkirah politik dalam surau ?


Yang diatas tu pun korang membisu macam anjing takda gigi... lagi nak menyalak bukit! 
get a life ketot !

Saturday, December 18, 2010

Peringatan Dato' Noh Omar kepada Kerajaan Khalid Gagap!

Semalam saya telah menerima jemputan daripada UMNO Bahagian PJS supaya hadir ke demonstrasi secara aman mereka untuk menerima memorandum kepada YAB Perdana Menteri supaya kerajaan Barisan Nasional menghapuskan Tol NPE PJS2 yang didakwa membebankan penduduk setempat.


Saya telah memaklumkan perkara ini di mesyuarat kabinet hari ini dan terpulang kepada pihak kerajaan untuk menimbangkan memorandum tersebut.Sebarang keputusan sudah tentu akan membabitkan  perjanjian konsesi yang  telah dipersetujui.


Saya juga ingin mengingatkan rakyat bahawa bidang kuasa tol ini adalah bidang kuasa kerajaan pusat dan bukannya bidang tugas kerajaan negeri. Sebarang janji-janji yang dilontarkan oleh kerajaan negeri berkenaan kadar tol boleh dikategorikan sebagai janji-janji kosong sahaja.


Noh Omar 
Bagi yang tak tau punca sebab artikel dikeluarkan, boleh rujuk SINI


Ulasan:
Tegas benar Dato' Noh Omar!. Beginilah pemimpin yang kita mahu!. Bukan saja selalu turun padang malah bekerja dengan pantas tanpa menabur janji itu-ini. Asam amat tertarik dengan perenggan terakhir ucapan Dato' Noh Omar, "bidang kuasa tol ini adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat dan BUKANNYA bidang tugas Kerajaan Negeri. Sebarang janji-janji yang dilontarkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan kadar tol boleh dikategorikan sebagai janji-janji kosong sahaja".


Buat Pakatan Hanjing, peringatan dah diberi yer..jangan pulak memandai buat konar baring tau! Oh..lupa pulak, korang kan tengah busy bersilat pasal WikiLeaks dan penggantungan Anuar Al-Juburi..kah! kah! kah!

Nasihat: Nik Najis..Undur Ler Sebelum Kene Lempang Ngan Malaikat Maut!

Tok Guru Nik Aziz, kesihatannya tidak begitu baik, pergerakannya terbatas. Doktor menasihatkannya tidur terlentang tetapi masih bertegas tidak mahu berundur atas alasan mentadbir negeri bukan pakai  tubuh-badan melainkan hanya pakai fikiran menerusi dewan harian dan mesyuarat Exco. Orang Pas meminta beliau kekal. Jika mereka minta beliau berhenti, petang ini juga dia letak jawatan, katanya.


(UtusanOnline, Dec17,2010)


salam seDunia..


Salah satu ciri-ciri kepimpinan yang baik adalah tahu bila masanya dia patut berhenti. Kedua, sepanjang kepimpinannya disediakan pengganti yang terbaik (grooming). Ketiga, percaya bahawa pengganti itu mampu menjalankan tugas dengan baik kerana dia dilatih begitu lama dan terpilih.


Baca seterusnya: Suara Majlis


Ulasan:
Hadoii...asam malas nak terbitkan artikel pasal orang tua ni..dah melalut jauh dah dia ni..begitulah jika dapat memegang tampuk kekuasaan sekian lama, jiwa pasti liat untuk melepaskan nikmatnya..apa dia ingat tadbir negeri zaman sekarang macam zaman Caesar ker? Arah pastu ada orang selesaikan..zaman dah maju ler Ajis..kah! kah! kah!


Dengan kesihatan yang tidak begitu baik, ditambah pula dengan pakej sakit tua..disarankan adalah lebih jika Nik Ajis berundur..main cak! cak! pong! ngan cucu ker..berehat sambil belajar Tai-Chi kat laman rumah pagi-pagi ker lagi bagus! 


Statement Nik Najis diatas menunjukkan yang beilau masih tidak mahu melepaskan jawatannya. Ok..fine! Jangan cakap rakyat marhein tak nasihat, jangan mati 'keras' kat dalam Pejabat  Menteri Besar udah ler..baru jentik aje tu, dah hospital..good luck Ajis!

Thursday, December 16, 2010

Tempatan: Demonstrasi Aman Bantahan Tol PJS 2



Petaling Jaya
16.12.2010


Pada jam 4.30 petang tadi, satu demonstrasi aman telah diadakan di Lebuhraya NPE berdekatan dengan Plaza Tol PJS 2. Demonstrasi ini diadakan oleh penduduk setempat bersama badan-badan NGO dalam usaha mereka memansuhkan Plaza Tol PJS 2. Dalam bantahan aman ini, penduduk telah meyuarakan rasa tidak puas hati mereka atas pembinaan tol ini dimana telah mendatangkan kesusahan serta beban kepada penduduk kawasan.
Untuk makluman, penduduk di kawasan tersebut perlu membayar tol sebanyak RM1.60 jika mereka mahu susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan. Walaupun hanya RM1.60, namun jika perlu dilalui setiap hari, maka ini akan sudah tentu mendatangkan beban terhadap pengguna lebuhraya itu. Memang ada beberapa jalan lain tapi jalan lain itu kebiasaannya sesak dan mereka terpaksa pusing jauh untuk ke Lebuhraya Persekutuan.




Demonstrasi ini turut disertai oleh Dato' Noh Omar, Majlis Belia Selangor, UMNO Petaling Jaya Selatan, Pemuda Umno Kelana Jaya, Perkasa dan beberapa badan NGO lain. Dato' Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, sendiri mendengar rintihan penduduk kawasan dan beliau serius untuk membawa perkara ini ke pihak yang sepatutnya. Juga satu memorandum telah diserahkan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan kepada wakil NPE.
Ulasan:
Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan merupakan golongan pertengahan ke bawah. Jika RM1.60 x 30 hari maka ini sudah tentu akan membebankan pengguna lebuhraya berkenaan.  

"Rakyat diutamakan, Pencapaian Diutamakan".