About
Showing posts with label Kantoi. Show all posts
Showing posts with label Kantoi. Show all posts
Friday, December 23, 2011
Edisi Jumaat: Ahli PAS Hanyut Dilalaikan Sham Kamikaze dalam Masjid !
Muzik pada umumnya merupakan alat-alat tertentu yang timbul daripadanya alunan bunyi dan irama sama ada ia berbentuk yang dipukul atau dipalu seperti gendang, rebana dan lain-lain atau yang ditiup seperti seruling, serunai, trompet dan lain-lain atau yang dipetik seperti gambus, gitar, biola dan seumpamanya. Kedudukan hukum muzik ini bergantung kepada apa jenis alat dan penggunaannya kerana ada diantaranya yang diharamkan oleh syarak dan ada pula diharuskan. Oleh itu kedudukan hukum muzik itu sendiri akan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:
a) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram.
b) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.
Persoalan yang timbul sekarang ialah yang mana satukah alat muzik yang diharamkan oleh syarak dan mana satu yang diharuskan. Adakah semua alat muzik itu diharamkan atau semuanya diharuskan atau sebahagiannya diharamkan dan sebahagiannya pula diharuskan. Adakah pengharaman itu ke atas alat-alat muzik itu sendiri atau kerana faktor-faktor luar yang beserta dengan alat-alat muzik tersebut. Inilah yang akan kita bahaskan di dalam risalah yang kecil dan ringkas ini.
PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK
Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.
Golongan Ulamak Yang Pertama
Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:
a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:
Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )
Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:
Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).
Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram.
Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.
b) Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
Dikeluarkan oleh al Dailami
c) Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
Dikeluarkan oleh al Dailami
Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.
d) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.
Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).
e) Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)
Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).
Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:
ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.
Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )
Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.
Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:
ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.
Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.
Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.
Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.
Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.
Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:
Hiburan itu tiga keadaan:
a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.
b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.
c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.
Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.
Ulasan:
Jelas bukan?
Bagaimana pula dengan aksi Sham Kamikaze bermain gitar di dalam Masjid sewaktu berceramah?
Apa hukumnya bermain gitar di dalam Rumah Allah dan apa hukum pendengar yang mendengar petikan gitar Sham Kamikaze?
Bukankah kita digalakkan beriktikaf di dalam Masjid?
Tepuk dada..tanya IMAN..
Nota Kaki:
Semakin BINGAI puak-puak tohik ni..mudah benar hendak menipu penyokong PAS ni..Ust Zul tu takkan tak tahu hukum bermain gitar dalam Masjid? ke BINGAI jugak ...
Labels:
Islam,
Kantoi,
melayu,
Melayu Mudah Lupa,
Nadi Rakyat,
Pakatan Haram Jadah,
Pas bangang,
Prihatin,
Sham Kamikaze,
Sultan Melayu
Wednesday, July 6, 2011
ANWAR AL-JUBURI - LU CHECKMATE!
salam seDunia..
Bukti 1 Hingga 8 Bagaimana Kantoi nya Dato Seri Anwar Ibrahim dalam isu Video seks. Segala galanya terungkai di dalam Bukti yang di dedahkan di dalam Video ini
Bukti 1 Hingga 8 Bagaimana Kantoi nya Dato Seri Anwar Ibrahim dalam isu Video seks. Segala galanya terungkai di dalam Bukti yang di dedahkan di dalam Video ini
Selamat Menonton!
Sunday, May 15, 2011
Edisi Bingai: Syurga Dibawah Telapak Kaki Anu..war???
salam seDunia..
Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menegaskan bahawa setiap umat manusia yang telah mengaitkan video seks yang dikatakan mirip kepada seorang pemimpin pembangkang tidak akan dapat masuk syurga.
“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni,tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka. Walaupun orang itu termasuk menteri, tindakan mengaibkan itu tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan video tersebut ke seluruh dunia" .
“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya..tidak ampun dosa. Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf” katanya dalam kuliah mingguannya di Dataran Ilmu,Kota Bharu semalam.
Nik Aziz ketika ditanya pemberita di Kediaman Rasminya,di JKR 10 mengenai video itu pada April lalu, tidak percaya bahawa Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio Dato' T.
Ulasan:
Makin Tua Makin Bingai !
Mentang-mentang Anwar berjubor dengan China Doll, taknak tengok laa konon..
Cuba ada video Anwar kantoi berjubor dengan anak pompuan Nik Najis..tengok dia nak tengok ker idak video tu!
asam percaya ada di kalangan puak PAS sendiri yang telah menonton video seks tersebut dan mereka juga yakin bahawa pelaku di dalam video itu adalah Anwar AL-Juburi. Apakah mereka juga perlu 'jilat' kaki Anwar ?
Tahap pemikiran Nik Najis semakin hari semakin parah ! Tolong Selamatkan Kelantan dari Nik Najis!
p/s: korang jugak yang solat hajat..ALLAH dah tunjukkan KEBENARAN..taknak terima pulak !
.
Labels:
Anwar Al-Juburi,
Fuckatan Riot,
Kantoi,
Pendedahan
Friday, March 18, 2011
Edisi Gombak: Jika Palsu - LAPOR POLIS..Jika Benar - LEPAS JAWATAN !
salam seDunia..
dunia maya telah dikejutkan dengan penyebaran gambar ‘panas’ Ketua Umno Bahagian Gombak bersama kekasih ‘mantap’nya. Gambar panas ini telah dikenalpasti mula dimuat naik dalam sebuah blog Pro-Pembangkang disini milosuam dan disebarkan melalui laman sosial facebook dari sebuah akaun hantu yang dikenali dengan nama Bumiputera Berjaya. Rangkaian laman sosial facebook sememangnya dikenali dunia sebagai salah satu medium penyebaran maklumat paling efektif buat masa ini. Pendedahan gambar panas ini telah membuatkan cybertroopers Pro-Umno jenuh untuk menangkis serangan yang bertubi-tubi dari pembangkang.
Artikel kali ni bukan untuk membela si tertuduh memandangkan si tertuduh adalah orang Umno, namun artikel kali ini lebih kepada menegakkan apa yang HAK dan dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Dari pengamatan asam terhadap gambar panas itu, sukar untuk meneka samada gambar tersebut adalah gambar yang ‘original’ ataupun ‘super-imposed’. Dengan kecanggihan teknologi editing pada zaman sekarang telah membuatkan seolah-olah gambar itu kelihatan sangat ‘original’. Asam bukan seorang pakar dalam peng’edit’an gambar jadi asam tidak dapat merungkaikan kesahihan gambar tersebut..
Langkah-langkah penyelesaian gambar ini boleh dibahagikan kepada dua:-
1. Jika gambar ini super-imposed..
KB Gombak seharusnya membuat LAPORAN POLIS terhadap penyebar fitnah ini supaya tindakan menghasut, memfitnah, mengaibkan diri KB Gombak ini dapat dihentikan serta-merta. KB Gombak juga harus mengeluarkan kenyataan akhbar, kenyataan video, PENJELASAN bagi membersihkan nama dan harga diri beliau sebagai seorang pemimpin Umno dari sebarang spekulasi/persepsi negatif yang telah dilakukan oleh penyebar terhadap beliau.
Upahlah mana-mana pakar dalam bidang peng’edit’an supaya dapat membuktikan bahawa gambar panas ini adalah satu penipuan. Ini soal harga diri dan maruah, gunakanlah keupayaan KB bagi membersihkan imej KB.
2. Jika gambar ini original..
KB Gombak harus melepaskan SEMUA JAWATAN yang dipegang dalam Umno supaya imej Umno yang dikenali sebagai Parti Melayu dapat dibersihkan dengan serta-merta. Sememangnya bila seorang yang berbangsa Melayu sudah pasti agamanya Islam dan Islam TIDAK PERNAH mengajar penganutnya melakukan perbuatan yang jijik sedemikian rupa!.
Rakyat Gombak TIDAK PERLU pemimpin yang kononnya berjuang mempertahankan institusi Melayu dan Islam tapi pada masa yang sama melakukan dosa yang terlarang disisi agama Islam. Asam yakin ramai lagi yang berkelayakan di Gombak untuk mengisi jawatan sebagai Ketua Bahagian Gombak.
Ulasan:
Asam dan rakan seperjuangan Bloggers Nyamuk bersependapat bahawa kami tidak akan melindungi pesalah jika cukup bukti menunjukkan mereka bersalah. Ini soal PRINSIP! Sifat keterbukaan ini perlu dalam setiap isu supaya kami tidak dipandang bloggers yang berat sebelah! Perlakuan panas seperti di dalam gambar (jika original) ini sudah cukup membuktikan bahawa ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa dan kami Bloggers Nyamuk tidak akan berkompromi dengan pesalah agama Islam. Perjuangan politik tetap perjuangan politik namun jika ia perjuangan menegakkan yang HAK, kami tidak akan sesekali bersekongkol dalam mendapat dosa kering anda.
Jadi kepada KB Gombak, anda harus berani menanggung apa juga natijah dari perbuatan anda sendiri..
p/s: berani buat berani tanggung beb!
BERANI KERANA BENAR!
DNA - Don't Need Anwar !
Labels:
Gombak,
Kantoi,
Nasihat,
Pandangan Peribadi,
Pendedahan,
Prihatin,
Selangor,
Skandal
Subscribe to:
Posts (Atom)







