About

Showing posts with label Phuckatan Riot. Show all posts
Showing posts with label Phuckatan Riot. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Perutusan Khas Anwar Sempena Deepavali!

Happy Deepavali! 


Pagi ini masyarakat India seluruh Malaysia akan membanjiri Batu Caves dan kuil-kuil hindu mereka. Perayaan Deepavali atau lebih dikenali dengan Perayaan Cahaya kembali lagi menggamit suasana meriah kaum India. Perayaan Deepavali ini secara tidak langsung mewarnai kemeriahan perayaan-perayaan di Malaysia. Dengan sempena itu kepada warga Hindu yang menyambut Deepavali, asam mengucapkan Selamat Hari Deepavali! 


Perutusan Khas Anwar Sempena Deepavali 2011





Janji Pakatan Rakyat Untuk Membela Rakyat.


Kg. Buah Pala. Apakah rakyat Malaysia yang beragama Hindu masih teringat akan kekecohan sekitar tahun 2009 - 2010 mengenai Kg. Buah Pala? Anwar Al-Juburi dalam satu temubual telah berjanji kepada penduduk Kg. Buah Pala bahawa dalam tempoh 2 minggu, isu Kg. Buah Pala akan selesai dan jika ianya tidak selesai, maka jangan panggil dia "Anwar".


Sehingga ke hari ini Pakatan Rakyat masih bersilat mempertahankan bahawa merekalah parti yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat..?? anda rasa bagaimana? 

Anwar Ibrahim Putar Alam No. 1 !!
Kronologi Kg. Buah Pala: KLIK SINI

Saturday, July 9, 2011

BERSHIT UPDATE - PERARAKAN SUDAH BERMULA! TIAN CHUA KENA TANGKAP!

TIAN CHUA DITANGKAP!

PERARAKAN DEMO BANGANG SUDAH BERMULA

PDRM TIADA KOMPROMI
TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP!

Wednesday, June 15, 2011

Bersih 2.0..Dalangnya & Game Sebenar!

salam seDunia..


Pembangkang telah mewar-warkan pada dunia bahawa mereka akan mengadakan satu perhimpunan jalanan (BERSIH 2.0) pada 9hb. Julai ini. Hampir segala medium yang ada di Internet telah digunapakai oleh anjing-anjing siber Pembangkang dan tidak kurang juga mereka menyalak seperti ANJING di pentas-pentas ceramah mereka bagi menarik minat rakyat untuk turun padang menyokong BERSIH 2.0. Kononnya perhimpunan jalanan ini adalah untuk menuntut agar SPR memberi UNDI OTOMATIK bagi setiap individu yang berumur 21 tahun ke atas.


Pada perhimpunan BERSIH 1.0 yang lepas, Pembangkang telah menggunapakai parti politik sebagai PENGGERAK namun pada kali ini khidmat parti politik tidak digunapakai lagi. Cabaran mengepalai perhimpunan Bersih 2.0 kali ini telah diserahkan pada seseorang yang bernama Ambiga Sreevenasan.
Dalang BERSIH 2.0
Ambiga Sreevenasan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam dan Ambiga terkenal dengan fahaman pluralisme di Malaysia. Beliau pernah mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam Artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy. Ambiga adalah Penggerak dan Pendokong Interfaith Commission (IFC) iaitu badan yang memperjuangkan penghapusan keistimewaan ISLAM dan MELAYU di bumi Malaysia. Ambiga dan Majlis Peguam mempunyai agenda tersendiri dimana agenda mereka sangat jelas iaitu benci pada ISLAM. Mereka sangat benci kepada pemerintahan yang hendak mempertahankan agama ISLAM. Di dalam kempen Pembangkang di PRU Sarawak yang lepas, Ambiga pernah menyuarakan yang beliau hendak perhimpunan ala Mesir!. Ini bererti RUSUHAN! Bayangkan impak yang Ambiga mahu cetuskan di BERSIH 2.0 kali ini dan peluang itu telah diberi oleh Ketua Umum PKR Anwar Al-Juburi!


Anwar Al-Juburi telah menyatakan bahawa dia akan turun pada BERSIH 2.0 ini. Anwar Al-Juburi kini telah tersepit dengan kes perbicaraan liwatnya dan kini telah sampai ke peringkat BELA DIRI. Dalam proses perundangan, BELA DIRI membawa maksud Anwar Al-Juburi harus memberi keterangan dan dia seharusnya memberi keterangan pada 6hb. Jun lepas tetapi seperti biasa Anwar Al-Juburi telah meminta tangguh atas sebab Hakim tidak layak untuk pembelaan!. Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan ke 16hb. Julai 2011. 


'Game' Sebenar!
Untuk pengetahuan semua, pembelaan Anwar Al-Juburi adalah ALIBI iaitu 'beliau tiada di tempat kejadian pada masa liwat itu berlaku'. Kes meliwat Saiful kali ini berbeza dengan kes liwat yang pertama kerana kes dahulu kekurangan bukti. Dalam kes meliwat Saiful, Anwar Al-Juburi berdepan dengan bukti sahih iaitu rakaman CCTV dan DNA yang ditemui.  Pada 16hb. Julai nanti, Anwar Al-Juburi harus berdepan dengan bukti-bukti sahih rakaman CCTV, DNA yang dijumpai dalam 'karung kunyit' Saiful, 7 orang yang terdiri dari pakar kimia, dna, doktor dan forensik dan keterangan dari Ketua Staff Kondominium yang menyatakan ada kehadiran Anwar Al-Juburi ke tempat kejadian. Paling ditakuti Anwar dalam perbicaraan liwat kali ini ialah salah seorang alibi Anwar adalah isterinya sendiri! Kak Jijah sudah pasti akan menggelabah anjing bila ditanya  oleh peguam nanti!.


Atas sebab-sebab diatas sudah pasti Anwar Al-Juburi tidak berani untuk berdepan dengan kes perbicaraan meliwat Saiful ini dan salah satu jalan yang terbaik bagi mengelakkan diri dari kes ini adalah dengan melakukan rusuhan BERSIH 2.0!. Modus operandi mereka masih sama dengan BERSIH 1.0 iaitu mencetuskan rusuhan rakyat bagi mengelak berdepan dengan perbicaraan!. 


Ulasan:
Orang PAS sudah pasti akan turun tapi persoalannya disini, apakah mereka sedar bahawa mereka hanyalah barua-barua bagi Anwar?. Agenda Anwar adalah jelas iaitu hendak mengelak dari perbicaraan. Agenda Ambiga Sreevenasan bersama Majlis Peguam juga jelas iaitu mahu menghancurkan ISLAM dan pemerintahan  Kerajaan mempertahankan ISLAM. Agenda PAS? untuk BERSIHkan SPR? Fikir pakai otak ler PAS oi!


Pihak polis sudah memberi 'greenlight' supaya menganjurkan BERSIH 2.0 di dalam Stadium namun mereka berdegil  tetap hendak mengadakan perhimpunan di atas jalanraya. Niat kimak-kimak ini sudah jelas bahawa mereka hendak melakukan kekecohan ala Mesir!! Penyudahnya nanti, Melayu bertempur sesama Melayu..Cina dan India tersenyum dari jauh..fikirkanlah!
p/s: Sekiranya bumi Malaysia hancur..orang Cina boleh balik China, orang India boleh balik India, orang Melayu nak balik mana?? 



Friday, November 19, 2010

GEMPAR!! KETUA WANITA PKR MEROYAN..


KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti. "Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanita ke-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun. Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. - BERNAMA

Zuraidah Kamaruddin

Ulasan:
Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR..wow! kromosom Ketua Wanita PKR ni mesti bagus kan? kah kah kah !
Apakah ini akhlak wanita yang digembar-gemburkan dalam PKR yang kononnya mahu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam negara ini? kah kah kah lagi..
Beliau ni sangat sempurna sifatnya sehinggakan beliau sanggup melabelkan sesiapa yang keluar atau melompat dari PKR adalah 'anak-anak yang sindrom down atau cacat'..ini termasuk Zaid Botol ! kah kah kah!! Zaid sindrom down? kah kah kah !! (gelak guling-guling)

Persoalan:
Kalau iyer pun nak melabelkan mereka, apa tidak ada perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan selain sindrom down..apakah di mata kepala Zuraidah ni, anak-anak sindrom down ni terlalu hina sehinggakan dipandang begitu enteng sekali?
Mungkin beliau tidak pernah mengalami pengalaman mempunyai atau membesarkan anak-anak sindrom down, jadi beliau tidak tahu bagaimana perasaan ibubapa yang mempunyai anak sindrom down..(baka baik la konon) kah kah kah !!!
Mungkin Zuraidah tidak diuji oleh Allah dengan kelahiran anak yang mengalami sindrom down namun demikian, itu bukan tiket untuk beliau menghina dan mencaci orang lain dengan menggunakan analogi penyakit tersebut. Ia perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Jika inilah jenis manusia yang dipilih oleh penduduk Ampang untuk mewakili kawasan mereka, maka tunggulah kehancurannya. Apakah kita masih tidak mahu insaf dengan menyokong Anwar Al-Juburi dan PKR lagi? Renung-renungkan dan selamat beramal !!

PAS itu Melayu
Segelintir PKR itu Melayu
UMNO itu Melayu
Melayu itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!

- a s a m - 
  


Friday, October 29, 2010

Gempar!! : Sidang Media Pengumuman & Pendedahan Ng Lam Yong





29.10.2010 - MR1, Level 2, De Palma Ampang


Pengumuman !!


Ng Lam Yong..dikatakan salah seorang dari pengasas awal Parti KeAdilan Nasional. No. Keahlian: 0012 telah mengadakan satu sessi sidang media pada pagi tadi bertempat di De Palma Ampang.  


Tepat jam 11.30 pagi kelihatan Ng Lam Yong berjalan memasuki bilik MR1 dan beliau terus membuat pengumuman iaitu: Beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Ahli MPT PKR pada pemilihan PKR yang akan bermula pada Ahad ini. Beliau menyatakan hasrat untuk bertanding sehari selepas mendapat tahu yang beliau telah memenuhi syarat kelayakan bertanding selepas menerima 2 pencalonan dari Cabang Semporna & Kinowik.


Namun begitu beliau meNYATAkan kekesalan mengenai tindakan JPP dan Urusetia PKR yang langsung tidak memaklumkan kepadanya mengenai kelayakan itu. Ulas beliau, tindakan 'MENYEMBUNYIKAN DAN MENDIAMKAN LAYAK BERTANDING' Ahli MPT berkemungkinan dilakukan terhadapnya selepas beliau membuat pendedahan tentang Azmin Ali yang merancang dan menjalankan komplot menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid Gagap baru-baru ini. Ekoran dari pendedahan dan pertanyaan beliau, mana-mana ahli parti yang menegur Azmin Ali PASTI akan dilabel musuh kepada parti dan kepada Anwar Al-Juburi juga dan akibat daripada teguran itu, beliau merasakan seolah-olah beliau telah di anak tiri kan oleh Ibu pejabat Parti PKR.


Ng Lam Yong bersedih kerana PKR langsung tidak mengendahkan pendedahan beliau tempoh hari atau mengambil tindakan susulan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan dan penglibatan Azmin Ali dalam merancang menjatuhkan Khalid Gagap. Ini secara tegas menunjukkan bahawa parti PKR adalah hak milik Azmin Ali & Anwar Al-Juburi. Beliau turut menggelar Azmin Ali sebagai Anak Emas PKR.


Tambah beliau lagi, beliau merasa kecewa apabila tindakan PKR Pusat 'MENYEMBUNYI & MENDIAMKAN LAYAK BERTANDING' sebagai Ahli Majlis MPT yang dilakukan terhadapnya adalah sangat tidak adil memandangkan beliau merupakan salah seorang yang mengasaskan Parti ini dahulu..










Batu Sapi: Gambar diatas menunjukkan Calon PKR bagi PRK Batu Sapi telah terjatuh dari jambatan yang membuatkan beliau tersembam ke dalam laut..hahahaha (kat dunia dah kena balasan..belum akhirat lagi)


Pendedahan !!


Ng Lam Yong membuat pendedahan pada sidang media awal tadi bahawa Ansari BUKANLAH calon pilihan PKR Sabah malah keputusan untuk memilih Ansari dibuat oleh beberapa 'high ranker' di dalam PKR Pusat yang didalangi oleh Anak Emas PKR.


Malah lebih mengejutkan lagi, Jawatankuasa Negeri PKR Sabah telah mengambil keputusan untuk 'tidak turun padang berkempen' bagi membantu Ansari sebagai tanda protes kepada pucuk pimpinan PKR.


Beliau turut memberitahu Ansari dipilih oleh Azmin Ali dan bukan dari keputusan PKR Sabah. Malah pada minggu hadapan Ng Lam Yong akan mendedahkan lagi pendedahan mengenai ketidaksefahaman/diskriminasi dalaman PKR..


------------------------------------------------------------------------
Ulasan:


wow! kalau dah antara pengasas pun tak boleh 'makan' Azmin ni, apatah lagi cicak-cicak kobing dalam PKR..nampak gayanya makin kuatlah sangkaan rakyat bahawa PKR di kuasai oleh Azmin & Anwar..entahlah labu...slogan gempak! KeAdilan Untuk Semua tapi realitinya..hampehh!!!


- a s a m -