About

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

UNTUK TONTONAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA



SEBARKAN VIDEO INI

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Wednesday, May 1, 2013

Malaysian Spring..sebuah skrip rahsia

Dalam menyusuri hari-hari akhir berkempen, aku imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang dari tahun 2008 sehinggalah hari ini. Bagaimana sebuah negara Malaysia yang dahulunya aman damai, bertukar sedikit demi sedikit menjadi negara yang hampir musnah dengan tercetusnya beberapa siri demonstrasi bangang dinamakan Bersih. Artikel ini berasaskan dari pengalaman, pemantauan dan pembacaan yang teliti baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. 

Sejarah - 13 Mei adalah titik hitam negara Malaysia. Rusuhan kaum diantara kaum Cina dengan Melayu telah mengorbankan banyak nyawa kedua-dua kaum. Ini mungkin terjadi sekali lagi..

Pembangkang sejak dari tahun 2008 telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. Macam-macam isu mereka korek, mereka fitnah, mereka war-warkan dengan niat menabur persepsi buruk pada rakyat terhadap Kerajaan. Antara banyak isu yang terjadi, antara yang aku nampak adalah demo Bersih. Cuba kira lapangkan fikiran..dan cuba fahamkan apa yang aku ulaskan disini..

Putrajaya At All Cost!

Itu adalah kenyataan Anwar pada penyokong-penyokong beliau yang terdiri dari DAP & PAS. Niat Anwar ini diibaratkan sebagai 'bulan jatuh ke riba' pada DAP yang sejak dari azali lagi amat memusuhi Melayu & Kerajaan. Apa sahaja pembangunan, kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan ada sahaja yang tidak kena. Manakala PAS pula kenyataan ini mendatangkan imaginasi melampau pada penyokongnya dimana mereka membayangkan idola mereka iaitu Nik Aziz  & Hadi Awang duduk di kerusi empuk Putrajaya. 'At All Cost' membawa maksud, Anwar harus dapat Putrajaya tak kira apa cara sekalipun. Ini termasuk dengan menjadikan Malaysia kecoh seperti Arab Spring & Thailand. Ini yang merisaukan aku sebenarnya..risau kerana Melayu sekali lagi digunakan sebagai ejen perusuh dalam demo-demo Bersih.

Satu skrip panjang pengambil-alihan negara Malaysia telah dirangka oleh dua pihak diantara Anwar & DAP.  Di dalam skrip itu telah tersusun dengan rapinya perancangan sekiranya pembangkang tewas dalam PRU13 ini iaitu 'Malaysian Spring'. Bumi Malaysia akan berubah dimana akan terjadi rusuhan kaum, kerosakan harta-benda yang maksimum yang akan berlanjutan sehingga beberapa bulan lamanya. Kita dapat melihat beberapa negara telah pun terjadi insiden Spring ini dan sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

Berbalik pada skrip tadi, pembahagian tugas adalah seperti berikut. PKR - Mengepalai beberapa kumpulan dengan tugas menimbulkan kekecohan bersiri. DAP - membantu dari segi kewangan demonstrasi-demonstrasi. PAS - jentera demonstrasi radikal. Kita tahu yang mereka telah melatih beberapa kumpulan bagi menimbulkan insiden-insiden sepanjang demonstrasi seperti 'lakonan mati' dan sebagainya. Sedar atau tidak, Bersih itu adalah latihan praktikal kepada Malaysian Spring yang mungkin akan berlaku sejurus selepas keputusan PRU13 nanti. 

Bersih 1.0 - menguji sistem keselamatan negara dengan menghimpun rakyat tanpa permit dan cuba menimbulkan kekecohan tapi tidak berapa menjadi. Pesalah-pesalah Bersih hanya dikenakan denda sahaja. Mereka memprotes mengapa tahanan-tahanan ini dilayan begitu teruk sepanjang penahanan mereka. Kita telah mengambil pendekatan untuk bertahan dalam Bersih 1.0.

Bersih 2.0 - sekali lagi mereka menguji sistem keselamatan negara dengan tetap melakukan himpunan haram, rusuhan, vandalisma harta-benda awam malah kali ini mereka memukul anggota keselamatan sehingga koma. Tahanan Bersih 2.0 telah dilayan seperti 'banduan kaya'. Mana ada OKT dapat makan nasi tomato dalam tahanan? Gila punya hospitality..kita masih lagi boleh berlembut dengan mereka ni..

Bersih 3.0 - kali ini mereka diberi permit dan kali ini aman sedikit dimana tiada anggota polis dicederakan.

Realitinya mereka telah menguji sistem keselamatan dalam negara ini dari pelbagai sudut. Jika mereka pukul polis, ini akibatnya..jika mereka berhimpun tanpa permit, ini akibatnya..jika mereka itu ini, ini akibatnya. Golongan mana yang paling menyerlah dalam demo Bersih kalau bukan Melayu dalam PAS. Sanggup mengheret anak bini dalam himpunan yang disangkakan aman. Kononnya jihad tapi realitinya mereka dipergunakan! Akibat taksub pada amanat pemimpin mereka, maka mereka sanggup berjihad menentang saudara seISLAM..

DAP tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama ketika 13 Mei, jika dahulu mereka berdepan dengan Melayu, kini mereka mempergunakan rakan sekutu mereka PAS untuk menjadi perisai rusuhan Malaysian Spring. Manakala PKR hanya mengikut sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Siapa yang bakal untung jika terjadi Malaysian Spring ini? 

                                    Melayu PAS + PKR vs. Melayu BN = DAP yang untung!

tanya diri sendiri..sanggupkah PAS membunuh saudara seAgama anda nanti? sanggupkah PAS memenggal leher Melayu BN seperti di Tak Bhai demi Putrajaya? sanggupkah PAS melihat anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, hanya dek kerana mahu mendapatkan Putrajaya? sanggup PAS menjawap kami membunuh kerana mahukan Putrajaya di padang mahsyar nanti? 

Jika sanggup, fikirkan ini pula..sanggupkah kamu mati kerana Putrajaya? sanggupkah kamu melihat anak-anak kecil kamu membesar tanpa ayah? sanggupkah kamu menolak tangan saudara seISLAM hanya dek kerana memuaskan dendam seorang manusia bernama Anwar? 

Musuh kita adalah kafir harbi, musuh kita adalah mereka yang menolak agama ISLAM, musuh sebenar kita adalah DAP. 

aku harapkan ini semua tidak terjadi. Andai ini terjadi, maka aku mendoakan keselamatan buat semua yang mempertahankan negara ini demi agama, bangsa & negara..amin 




Friday, January 11, 2013

HKR #KL112: Nantikan sahaja kemurkaan Allah S.W.T.


HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible
 Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai  wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.
Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.
 Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati  dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu  nanti  jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan  PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.

Thursday, December 13, 2012

Mereka bukan lawan anda. Stop #childabuse!


Tahukah anda bahawa kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat?

Statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak. Tambahan pula, angka ini mungkin hanya mendedahkan sekelumit daripada masalah yang lebih besar kerana banyak kes dipercayai tidak dilaporkan.Sesetengah kes pula mungkin telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tetapi tiada bukti yang mengesahkannya.

Pengabaian merupakan bentuk penderaan kanak-kanak yang paling lazim di Malaysia, diikuti penderaan fizikal dan penderaan seksual. Kegagalan untuk menjaga dan mengawasi kanak-kanak menjadi punca utama kematian kanak-kanak.

Apa yang paling membimbangkan ialah ramai pendera kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, anggota keluarga terdekat, saudara mara atau ibu bapa angkat kepada mangsa itu sendiri.

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu kesalahan di Malaysia, boleh dihukum di bawah Akta Kanak-kanak (2001) dan Kanun Keseksaan (pindaan 1997). Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-dua sekali, bergantung pada kesalahan yang dilakukan. Pesalah juga boleh dihukum sebat di samping denda dan/atau hukuman penjara.
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut jantina
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut negeri

Ramai orang merasakan bahawa penderaan kanak-kanak terbatas kepada bentuk penderaan fizikal sahaja. Sebenarnya, empat jenis penderaan kanak-kanak yang lazim boleh dikenal pasti:
• Penderaan Fizikal
• Penderaan Emosi
• Penderaan Seksual
• Pengabaian

Penderaan kanak-kanak memberikan kesan kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, dan menjejaskan maruah mereka. Dalam kebanyakan kes, kesan emosi jangka panjang tidak akan hilang.

Kanak-kanak dan golongan muda yang berkeperluan khas, termasuk kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang menghidap HIV dan AIDS, amat terdedah kepada penderaan. Kanak-kanak tanpa dokumen, penghijrah dan kanak-kanak pelarian ialah satu lagi kumpulan kanak-kanak yang begitu terdedah kepada penderaan.

Artikel 19 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) memperuntukkan supaya Kerajaan mengambil langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka atau sesiapa sahaja yang menjaga mereka. Dari segi disiplin, CRC mengesahkan bahawa sebarang bentuk disiplin yang melibatkan keganasan tidak dapat diterima.

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) sebagai penganiayaan kanak-kanak. Untuk mengetahui takrif dan maklumat WHO tentang penganiayaan, lawati laman web WHO.

Nota Kaki:
Dunia maya kebelakangan ini memaparkan perihal seorang bapa berbangsa India mendera anaknya. Dan pada hari ini terpampang di muka hadapan suratkhabar bahawa BINATANG itu telah ditahan Polis bagi membantu siasatan manakala ibu kanak-kanak malang itu telah menghilangkan diri. 

Aku berterima kasih kepada sesiapa juga yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kes penderaan kanak-kanak. Aku sangat berharap agar setiap pendera ini dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar ia menjadi mimpi ngeri pada setiap manusia yang teringin nak mendera kanak-kanak. 

Tiada satu agama pun dalam dunia ini yang mengizinkan penderaan kanak-kanak. Dimana kepercayaan terhadap anutan agama anda jika anda tergamak untuk mendera kanak-kanak yang tidak tahu apa...

Anda boleh sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa atau anda boleh memanjangkan artikel ini buat pemahaman yang lain. 

p/s: anak orang lain kita buat tak reti ajer pasal kita tak kenal..tapi bila kena anak sendiri, satu dunia kita minta simpati..adilkah? 





Friday, November 23, 2012

Tazkirah Jumaat: Analisis Mengenai Solat.

Salam Jumaat buat semua..

Sedikit analis untuk dikongsi bersama..terima kasih kerana membaca dengan jujur..


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)


Kebanyakan manusia meninggal dunia diantara usia 60 tahun - 70 tahun (majoriti). 
Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun.

“Baligh: Permulaan untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Lelaki Baligh ± 15 tahun / Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh =  Baki Usia : 65 tahun - 15 tahun = 50 tahun


Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama yer..

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: 
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: 
Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: 
Menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah?

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; 

“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar! 
Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar..

Memang benar! 
Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
  
Lalu Bila Nak Beribadah?

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi..
Kerana kita fikir; 
Solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam =       
2 tahun

Kesimpulan: 
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yang solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita..itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima. Jika kejap solat kejap tidak? Jika langsung tidak bersolat?

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa..
  
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian..

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

p/s: ini baru solat..belum lain-lain lagi..

*Credit to Pas Beruk

Monday, November 19, 2012

#savegaza - tahu tapi tak buat apa?

Sejak tahun 1965 bumi Palestin telah dihujani oleh peluru-peluru israel Laknatullah. Hampir setiap hari pasti akan ada ratusan yang tercedera malah ada yang kematian tragis. Anak kehilangan ibubapa, ibubapa kehilangan anak, abang kehilangan kakak, datuk kehilangan cucu dan sebagainya.

Kita selaku saudara seAgama, tidak boleh sekadar melihat kesengsaraan mereka di kaca televisyen, didada akhbar atau ditinta monitor tanpa berbuat apa-apa. Memang ada dikalangan kita yang ada inisiatif sendiri untuk membantu melalui derma/tabung, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Aku suka memerhati gelagat manusia. Baik di kedai kopi, di masjid-masjid atau dimana-mana sahaja. Sifat orang Melayu itu suka bersembang tatkala ada kelapangan mencuit perhatian aku untuk mencelah topik perbualan hangat mereka ini agar membicarakan mengenai Palestin. Percaya atau tidak, hampir keseluruhannya hanya mengambil pendekatan 'tahu tapi tak buat apa'. Kenapa?

Mentaliti orang kita yang bersifat 'selagi tak kena kat batang hidung sendiri, apa ada hal' secara perlahan membunuh kewarasan kita sebagai seorang muslim. Masakan mereka berasa bukan sesuatu yang penting untuk membantu saudara seAgama di Palestin. Mentaliti mereka merumuskan 'bantuan' disini berupa wang ringgit maka sebab itulah mereka berkeputusan sedemikian. 

Wahai saudara seAgamaku, banyak lagi cara untuk membantu selain wang ringgit. Anda tidak perlu ke sana untuk membuktikan anda seorang yang prihatin. Anda juga tidak perlu untuk menganjurkan solat hajat beramai-ramai di padang bolasepak hanya semata-mata untuk kepentingan politik. Cukuplah dengan beriktikaf di satu sudut masjid dan berdoa kepada Allah S.W.T. agar mereka diberi kemenangan. Allah S.W.T. menyukai hambaNya yang beribadat secara sembunyi tanpa perasaan riak menunjuk-nunjuk diri. 

Ada juga yang bertanya, 'nak doa camna, aku bukan reti cakap arab sangat?'. Sahabatku, berdoa tak semestinya berbahasa arab. Allah S.W.T. itukan Maha Mengetahui. Andai anda berdoa dalam bahasa Swahili sekalipun aku pasti Allah S.W.T. Maha Mengetahui. Aku kepilkan kat bawah ini potongan ayat bacaan doa yang anda boleh amalkan selepas solat. 
Terjemahannya:-

Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x
),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

p/s: seorang sahabat pernah memberitahu aku satu perumpamaan. Berdoa ini ibaratnya kita mengetuk pintu rumah orang..sekali-dua berdoa (ketuk pintu) mana mungkin penghuni didalam rumah hendak membuka pintu. Cuba berdoa meminta benda yang sama 5x sehari, 35x seminggu, 150x sebulan, 1825x setahun. Tidak mustahil penghuni didalam rumah akan membuka pintunya..yang penting ikhlas. Allah Maha Mendengar bro! 

Tuesday, October 23, 2012

WakeUpCall! - BN wajib perangi propaganda Grand Final PR


Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.
 Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.
 Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.
Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.
Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.
Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.


Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.
p/s: sedih bilamana bangsa Melayu ditipu sebegitu mudah..

Friday, October 12, 2012

Syoknya malam pertama..sluurppppp!



korang ni kalau sebut malam pertama..kemain laju lagi korang klik yer..cis kek! 
nah..bacalah tang mana yang slurrpp tuh..

Satu perihal sebagai renungan kita bersama.. 
Untuk merenungkan betapa indahnya malam pertama kita.. 
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata.. 
Bukan juga malam pertama masuk ke peraduan Adam & Hawa.. 
Akan tetapi malam pertama kita di dalam kubur.. 
Satu malam yang meninggalkan hiba tangis sanak saudara.. 

Hari itu..kita sangat dimanjakan.. 
Mandipun..harus dimandikan.. 
Seluruh aurat badan kita di buka..
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya.. 
Tidak ada sedikit pun rasa malu..
Seluruh badan kita digosok dan dibersihkan.. 
Kotoran dari setiap lubang, juga dubur dikeluarkan.. 
Bahkan lubang-lubang itu pun pasti ditutupi kapas putih.. 
Itulah 'susuk' kita.. 
Itulah rupa jasad kita waktu itu.. 

Setelah kita dimandikan..
Kita dipakaikan pula kain cantik berwarna putih.. 
Pakaian itu..jarang orang memakainya..
Pabila dipakai..kita tak dapat pula melihatnya.. 
Pakaian yang sangat terkenal bernama kafan.. 
Wangian ditaburkan ke baju kita.. 
Bahagian kepala, badan dan kaki kita diikatkan 
Tataplah..renunglah..itulah wajah kita.. 
Keranda pelamin kita terus disiapkan.. 
Kita bersanding sendirian..
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga & sanak saudara.. 
Menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul 
Kita diiringi langkah lemah seluruh keluarga.. 
Serta rasa haru para handai taulan 
Bacaan syahdu bersyairkan azan & kalimah zikir.. 
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad.. 
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba lebih awal.. 

Siraman air mawar sebagai penghantar akhir kerinduan.. 
Dan akhirnya..tiba masa pengantin.. 
Menunggu dan ditinggalkan sendirian.. 
Untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan kita.. 
Malam pertama yang indah atau meresahkan.. 
Ditemani rayap serangga & cacing tanah.. 
Di kamar bertilamkan tanah.. 
Dan selepas 7 langkah telah pergi.. 
Mungkar & Nangkir menghampiri kita lalu bertanya..
Kita tidak tahu apakah kita akan memperoleh nikmat kubur.. 
Ataukah kita akan memperoleh seksa kubur.. 
Kita tidak tahu...
Dan tidak seorang pun yang tahu.. 
gambar hiasan

Nota Kaki:
aku berkongsi garapan ini buat sesiapa juga yang  sedar bahawa kita sebenarnya sedang menunggu untuk merasakan ''malam pertama'' kita..anehnya kita tidak pernah gentar atau takut akan malam itu..bahkan tidak pernah menangis & berpasrah atas nama ALLAH..

p/s: amacam? slurrp tak? :)


Thursday, October 11, 2012

Oi Anwar..Al-Qaradawi kirim salam kat kau!



KUALA LUMPUR : Tokoh ulama terkemuka,Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia,Nasharudin Mat Isa,surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut,Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

sumber: beruangbiru
 ''Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin. Beliau juga menghargai sumbangan berjumlah AS$5 juta oleh Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bagi membiayai pembinaan sebuah kolej kesihatan di Al-Quds,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nasharudin, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia. ''Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,'' katanya.- Utusan Malaysia

Nota Kaki:
Suatu ketika dahulu Ulama' Al-Qaradawi tersohor ini telah dimanipulasikan kenyataannya oleh pembangkang terutama sekali si Anwar Al-Juburi. Begitu hebatnya manipulasi itu sehinggakan sumpah mubahalah Sdr. Saiful Bukhari yang telah diliwat oleh Anwar Binawe ini menjadi bahan gelak puak pembangkang. 
Sehingga kini sumpah Saiful Bukhari tidak dibalas oleh Anwar Binawe. Atas sebab kononnya dinasihati oleh pakar agama yang tah sapa-sapa maka Anwar Binawe mengambil keputusan untuk tidak bersumpah walaupun dengan cara itu dapat membersihkan saki-baki maruahnya yang tinggal. Sudahlah tidak mahu bersumpah, gambar Saiful Bukhari mengerjakan umrah pun di'super-impose'nya..konon Anwar sedang berumrah!. Bertaubatlah Anwar..
tersembur air nescafe aku tengok gambar binawe ni..puii

Tuesday, October 9, 2012

Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1



SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene.  Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka. 

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.   

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.  

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.  Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.    

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.  

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.  
hodohkan? 

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.  

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis.   Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.  

Dalam usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.  SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.  

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.  Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing.  Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.  

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan. 

sumber: beruangbiru

Friday, October 5, 2012

Ulama bukan sekadar serban sebakul..

Abang Bilal ber'snowcap' hijau bertanya soalan pada UFB mengenai hukum perbuatan mengeji ulamak..

Penjelasan UFB mengenai definisi Ulama' itu sendiri sudah membuatkan jemaah PAS yang hadir tertunduk bisu menelan air liur masing-masing..


Friday, May 11, 2012

Syukur Alhamdulillah!

KEPADA SEMUA RAKYAT BAIK DI SELANGOR MAHUPUN SELURUH MALAYSIA, JOM KITA KE PERHIMPUNAN UMAT PADA MALAM NI, BERTEMPAT DI BUKIT JALIL!

SAMBUTAN INI ADALAH SEBENARNYA SAMBUTAN "PERPADUAN MELAYU" SEJAK 66 TAHUN DAHULU! GELOMBANG MERAH DI BUKIT JALIL!

KITA RAPATKAN SAF BANGSA MELAYU, KITA KUKUHKAN IKATAN ISLAM BERSAUDARA, KITA BERJEMAAH BERSAMA-SAMA, KITA JITUKAN BANGSA MELAYU! 

JUMPA ANDA DI SANA..