About

Showing posts with label #savegaza. Show all posts
Showing posts with label #savegaza. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Tazkirah Jumaat: Analisis Mengenai Solat.

Salam Jumaat buat semua..

Sedikit analis untuk dikongsi bersama..terima kasih kerana membaca dengan jujur..


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)


Kebanyakan manusia meninggal dunia diantara usia 60 tahun - 70 tahun (majoriti). 
Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun.

“Baligh: Permulaan untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Lelaki Baligh ± 15 tahunWanita Baligh ± 12 tahun

Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh =  Baki Usia : 65 tahun - 15 tahun = 50 tahun


Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama yer..

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: 
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: 
Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: 
Menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah?

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; 

“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.

Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar! 
Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar..

Memang benar! 
Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
  
Lalu Bila Nak Beribadah?

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi..
Kerana kita fikir; 
Solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun?
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam =       
2 tahun

Kesimpulan: 
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yang solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita..itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima. Jika kejap solat kejap tidak? Jika langsung tidak bersolat?

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa..
  
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian..

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!
Ingatlah negeri kita…Akhirat

p/s: ini baru solat..belum lain-lain lagi..

*Credit to Pas Beruk

Monday, November 19, 2012

#savegaza - tahu tapi tak buat apa?

Sejak tahun 1965 bumi Palestin telah dihujani oleh peluru-peluru israel Laknatullah. Hampir setiap hari pasti akan ada ratusan yang tercedera malah ada yang kematian tragis. Anak kehilangan ibubapa, ibubapa kehilangan anak, abang kehilangan kakak, datuk kehilangan cucu dan sebagainya.

Kita selaku saudara seAgama, tidak boleh sekadar melihat kesengsaraan mereka di kaca televisyen, didada akhbar atau ditinta monitor tanpa berbuat apa-apa. Memang ada dikalangan kita yang ada inisiatif sendiri untuk membantu melalui derma/tabung, aku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Aku suka memerhati gelagat manusia. Baik di kedai kopi, di masjid-masjid atau dimana-mana sahaja. Sifat orang Melayu itu suka bersembang tatkala ada kelapangan mencuit perhatian aku untuk mencelah topik perbualan hangat mereka ini agar membicarakan mengenai Palestin. Percaya atau tidak, hampir keseluruhannya hanya mengambil pendekatan 'tahu tapi tak buat apa'. Kenapa?

Mentaliti orang kita yang bersifat 'selagi tak kena kat batang hidung sendiri, apa ada hal' secara perlahan membunuh kewarasan kita sebagai seorang muslim. Masakan mereka berasa bukan sesuatu yang penting untuk membantu saudara seAgama di Palestin. Mentaliti mereka merumuskan 'bantuan' disini berupa wang ringgit maka sebab itulah mereka berkeputusan sedemikian. 

Wahai saudara seAgamaku, banyak lagi cara untuk membantu selain wang ringgit. Anda tidak perlu ke sana untuk membuktikan anda seorang yang prihatin. Anda juga tidak perlu untuk menganjurkan solat hajat beramai-ramai di padang bolasepak hanya semata-mata untuk kepentingan politik. Cukuplah dengan beriktikaf di satu sudut masjid dan berdoa kepada Allah S.W.T. agar mereka diberi kemenangan. Allah S.W.T. menyukai hambaNya yang beribadat secara sembunyi tanpa perasaan riak menunjuk-nunjuk diri. 

Ada juga yang bertanya, 'nak doa camna, aku bukan reti cakap arab sangat?'. Sahabatku, berdoa tak semestinya berbahasa arab. Allah S.W.T. itukan Maha Mengetahui. Andai anda berdoa dalam bahasa Swahili sekalipun aku pasti Allah S.W.T. Maha Mengetahui. Aku kepilkan kat bawah ini potongan ayat bacaan doa yang anda boleh amalkan selepas solat. 
Terjemahannya:-

Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x
),
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

p/s: seorang sahabat pernah memberitahu aku satu perumpamaan. Berdoa ini ibaratnya kita mengetuk pintu rumah orang..sekali-dua berdoa (ketuk pintu) mana mungkin penghuni didalam rumah hendak membuka pintu. Cuba berdoa meminta benda yang sama 5x sehari, 35x seminggu, 150x sebulan, 1825x setahun. Tidak mustahil penghuni didalam rumah akan membuka pintunya..yang penting ikhlas. Allah Maha Mendengar bro!