About

Showing posts with label Phuckatan Selangor. Show all posts
Showing posts with label Phuckatan Selangor. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

GEMPAR!! Kerajaan PKR Selangor Guna Duit Rakyat Untuk Tipu Rakyat !!

salam seDunia


Kebelakangan ini Kerajaan Negeri Selangor melalui akhbar terbitan mereka sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan disamping cubaan untuk memburukkan imej saya di mata rakyat. Saya ingin menjelaskan disini bahawa Kerajaan Selangor sebenarnya tidak berani berhadapan dengan kenyataan sebaliknya mereka lebih suka membuat fitnah supaya rakyat membenci kerajaan Barisan Nasional.


Saya melihat artikel-artikel di dalam akhbar mereka iaitu Selangor Kini dibuat setelah saya mencabar Menteri Besar dan Kerajaan Selangor untuk berhadapan dengan saya untuk saya menjelaskan segala isi yang dibangkitkan.


Saya telah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor bertarikh 12 November 2010 untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai isu padi dan diterima oleh pejabat beliau pada 15 November 2010. Malangnya sehingga kini saya masih belum menerima sebarang jawapan dari mereka.
Saya melihat Menteri Besar Selangor ini takut untuk berhadapan dengan saya sebaliknya memberikan gambaran kepada rakyat seolah-olah Kementerian saya tidak telus.Kenyataan Menteri Besar Selangor seolah-olah seperti burung kakak tua dan dia sebenarnya tidak pandai mengurus negeri sebagai contoh masalah kepada Yayasan Selangor, PKNS dan juga masalah pasir. Apa yang MB Selangor reti hanyalah untuk menguruskan demonstrasi dan inilah keistimewaan PKR di Selangor.


Kerajaan Selangor juga sebuah kerajaan yang pengecut untuk berhadapan dengan kementerian mahupun saya. Hari ini kita lihat surat khabar tersebut menggunakan duit rakyat untuk menipu rakyat dan di masa yang sama menggunakan rakyat untuk menipu rakyat Selangor.


Inilah cara kerajaan PKR di Selangor dan saya yakin rakyat telah nampak belangnya dan saya akan menjawap secara surat terbuka kepada Menteri Besar Selangor dan akan diedarkan kepada seluruh rakyat Selangor. Saya melihat cubaan Kerajaan Selangor menanam sentimen membenci kerajaan BN dengan cara menabur fitnah penakut dan takut menghadapi kebenaran seperti baling batu sembunyi tangan. 


Noh Omar
Sumber: www.nohomar.net

Ulasan:
Khalid Burung Kakak Tua? kah! kah! kah!
Betul ke ko ni pengecut? Awat demonstrasi tu 40 orang jer? Dahla tu..yang datang tu bukan petani! Pelakon upahan yer Gagap..kah kah kah!
Gentlemen la sikit brader, baru kena terjah sikit ngan DS Noh Omar, dah GAGAP! 

PRU 13 - Kita Undi Barisan Nasional!!
Pergi Jahanam dengan Pakatan Rakyat!!

Saturday, November 27, 2010

Selangor tanpa air 2012, sapa suruh pangkah PR !


PETALING JAYA 26 Nov. – Selangor akan dilanda krisis air menjelang 2012 sekiranya pemegang kepentingan dalam pengurusan air di negeri ini gagal mencari penyelesaian segera mengenainya, kata Ketua pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ir Lee Miang Koi. 


Beliau berkata, sebagai negeri maju, permintaan air di Selangor meningkat tahun demi tahun.  Katanya, berdasarkan perkiraan Syabas, setiap isi rumah di negeri ini menggunakan 212 liter air sehari dan jumlah ini agak tinggi berbanding di negara lain.


"Di Singapura contohnya, setiap orang hanya menggunakan 156 liter air sehari,” katanya pada Forum Air Selangor bertajuk “Pengurusan dan Permintaan terhadap Air”, di sini hari ini.


Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu mengetepikan sentimen politik dalam mencari jalan untuk mengelak berlakunya krisis air pada masa akan datang.


"Ini berkaitan (menolong) manusia, bukan mengenai politik, jadi ketepikan perkara itu dan sama-samalah kita menolong orang ramai yang akhirnya mungkin menjadi mangsa,” katanya. – Bernama


Ulasan:
Haaa.. tu BERNAMA yang laporkan, bukan blogger-blogger nyamuk saja 'create' yer..kepada Phuckatan Riot Selangor, amanat rakyat Selangor dah diberi jadi laksanakanlah tanggungjawab anda sebagai pemerintah..jangan reti nak kondemkan Kerajaan Pusat aje..tak perlu nak tabur spekulasi mengatakan Kerajaan Pusat zalim. Tak perlu nak sewa billboard RM1,500 sehari untuk paparkan keprihatinan PALSU korang tu. RM1,500 sehari, kalau 10 hari dah RM15,000..tu duit rakyat Selangor gak tu!. 




Hasil dari pemerhatian blogger nyamuk, Phuckatan Riot cuba untuk bermain dengan persepsi rakyat Selangor dengan menabur fitnah keji terhadap Kerajaan Pusat. Kami blogger nyamuk akan cuba untuk mendedahkan setiap fakta sebenar mengenai Isu Air Selangor dari masa ke semasa..bagi yang ingin mengetahui, boleh rujuk pada GAP


p/s: bila AIR dah takda, agak-agak boleh tumpang mandi kat rumah Khalid Gagap tak? kah! kah! kah! sapa suruh pangkah PR..kan dah mendapat!




ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT!

- a s a m -  

Monday, November 22, 2010

Surat Terbuka Datuk Seri Noh Omar Kepada MB Selangor Khalid Gagap



Pada hari Selasa, 9 november lalu..Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor turut membangkitkan isu harga dan kualiti padi yang rendah. Bagi saya adalah tidak adil perkara itu di bawa ke Sidang DUN dan dijawab oleh Exco Pertanian Negeri Selangor yang tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan dan membidas saya. Saya sedia bertemu dan berdailog secara terbuka dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi memperjelaskan isu berkenaan termasuklah insiden ADUN Sekincan dipukul. Maka dengan itu saya telah menulis surat kepada Y.A.B Menteri Besar untuk menentukan tarikh dan tempat dengan notis dua minggu untuk perjumpaan tersebut. Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani saya bertanggungjawab terhadap isu tersebut dan bersedia untuk bersemuka dengan ADUN Selangor semua. Berikan saya peluang itu daripada membidas saya secara melulu. 


Dalam isu kualiti padi angin, saya ingin bertanya mengapa 80 peratus pesawah dapat capai hasil 8 tan sehektar dengan potongan di bawah 20 peratus sahaja. Daripada rekod kementerian Cuma seorang sahaja yang dikenakan potongan 30 peratus dan seorang 36 peratus. Jangan hanya kerana dua tiga orang, hasil padi di Barat Laut dikira tidak berkualiti.Semak fakta jangan main hentam. Ingin saya jelaskan bahawa padi angin bukan kerana masalah benih padi tetapi cara pengurusan sawah yang tidak betul.  


Masalah harga padi yang tidak menentu bukan soal kementerian.Kementerian cuma meletakkan syarat harga minima. Apa yang berlaku adalah berdasarkan kehendak pasaran namun saya sedia memberi lesen kepada mana-mana syarikat yang sanggup beli padi dengan harga RM2,000 satu tan.


Pena Noh Omar


Ulasan:
Datuk Seri Noh Omar dah menjual...Khalid Gagap tanak beli ker?????


ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!

- a s a m - 

Tuesday, October 26, 2010

Air Selangor: Pembohongan Pakatan Selangor Dibongkar !!


(BACA DAN EDAR) memahami kronologi isu air ini akhirnya akan mendedahkan kelemahan corak pentadbiran kerajaan negeri selangor mengawal dan mentadbir urus isu air..semuanya mahu dipolitikkan..
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, hari ini, menyifatkan Kerajaan Pakatan di Selangor tidak ubah seperti beruk mendapat bunga apabila berkuasa sejak tiga tahun lalu.

Menurut Mohamad Khir, tindakan kerajaan negeri Selangor enggan membenarkan loji rawatan air di Hulu Selangor dibina oleh kerajaan Persekutuan seperti mana dalam pelan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor sebagai keterlaluan dan boleh menyebabkan kos meningkat berkali ganda kepada kerajaan Persekutuan.

Menurut bekas Menteri Besar Selangor itu, kerajaan Selangor tidak menguruskan isu air dengan betul apabila mengaitkan isu penstrukturan semula air dan kenaikan tarif air dengan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat.

Dalam tulisan terbaru beliau berjudul Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor di dalam blognya mengkritik kerajaan negeri Selangor, ”Bagaimana kerajaan negeri ingin bermain logik mengugut kerajaan Persekutuan sedangkan mereka “bergaduh” dengan sebuah syarikat berstatus berhad yang mereka sendiri ada 30% saham? 

Bolehkah kita yang rasional menerima sikap kerajaan negeri yang menangguhkan kelulusan pembinaan loji kerana mereka gagal mengambil alih sebuah syarikat? 

Wajarkah projek yang bernilai berbilion ringgit ini dijadikan taruhan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan perlu berbelanja lebih, yang tentunya membabitkan wang rakyat?

“Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang saya jelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas. ”

sumber: GAP