About

Showing posts with label SSDE. Show all posts
Showing posts with label SSDE. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Oi..mau menang ka tamau?

Parti Keadilan Rakyat telah mula menyebarkan poster-poster yang menonjolkan pemimpin mereka Anwar Al-Juburi bersama Kak Jijah. Dari segi artwork, aku dapati poster mereka BISA menyentuh perasaan rakyat walaupun hampir setiap hari ada sahaja masalah moral yang timbul dikalangan PKR. Isu moral Anwar dengan nafsu luar biasanya, Kak Jijah dengan berselindung dengan penampilannya, malah anak kesayangan mereka Nurul Izzah dengan isu 'Melayu sepatutnya BEBAS beragama'.. 

Harga minyak turun, harga kereta turun, PTPTN, kestabilan masa depan anak-anak, keselamatan keluarga merupakan antara motto yang diletakkan. Kepada yang penyokong tegar Barisan Nasional, kita mungkin akan berasakan jelek dengan aksi-aksi posing Anwar di dalam poster tersebut. Kita BUKAN sasaran mereka. Sasaran PKR adalah pengundi baru, pengundi atas pagar, rakyat kelas pertengahan, miskin tegar bandar. Golongan-golongan sebegini yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka. Golongan yang gajinya begitu payah mencapai angka RM1500 sebulan termasuk overtime bagai nak gila. 

Suka atau tidak propaganda PKR kali ini bisa memancing keprihatinan pengundi di luar sana. Ini baru gambar pemimpin mereka. Kreativiti pereka grafik dalam menghasilkan poster PKR ini aku puji..pandai 'mencetuskan perasaan'. Bayangkan tatkala PRU13, hampir kesemua yang bertanding atas tiket PKR juga akan mempunyai poster yang sama. Tak lupa juga Pihak Berkuasa Tempatan didalam negeri jajahan mereka, sudah pasti akan dipaksa memberikan kebenaran 'khas' untuk menaikkan kempen mereka di billboard jalan-jalan negeri. Billboard, papan kenyataan pangsapuri, flet PPRT, dicermin kereta, peti surat flet akan menjadi sasaran mereka menyebarkan poster maut ini. Bayangkan..
Memang akan ada dikalangan Pro-Kerajaan akan berkata, 'aku pun boleh design macam tu untuk BN malah lagi gempak!', persoalan aku mudah..kenapa ko tak buat? tunggu kepala agong turun baru nak buat?

p/s: Sedar atau tidak kita bakal merisikokan tampuk pemerintahan kepada pembangkang andai Barisan Nasional kalah dalam PRU akan datang. Andai benar...menangis airmata darah sekalipun sudah tidak berguna..wake up! 


Monday, October 8, 2012

padan muka kau Aziz Bari..


Pada 23 September 2012 yang lalu, Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Parlimen Sabak Bernam yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara untuk menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan yang calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Klik Sini untuk lebih lanjut..

sumber: jawabernam

Tuesday, February 21, 2012

Cina bukit, ada hati nak bercerita tentang Hidayah?


Desas-desus PRU13 semakin terasa di serata Malaysia. Parti-parti politik semakin kerap mengadakan program itu-ini bagi menarik minat pengundi untuk menyokong mereka khususnya Parti Anjing Semalaysia atau PAS. 
tonton video ini sehingga habis..



Soalan:
APA relevannya seorang yang bukan beragama ISLAM mempertikai manusia bernama Dr. Hassan Ali dalam usaha beliau menegakkan Islam, Melayu & Raja Berperlembagaan?

KENAPA cinabukit ini menuduh malah membanding tahap keimanan seorang ISLAM yang lain?

MENGAPA cinabukit ini dengan sewenang-wenangnya membaca ayat suci Al-Quran sedangkan dia 'declare' dia tahu kemuliaan agama ISLAM yang melarang ayat suci Al-Quran dibaca sewenang-wenangnya oleh kafir?

KENAPA apa sahaja tohmahan cinabukit ini, disusuli oleh hilai tawa orang-orang PAS sedangkan secara terang-terangan cinabukit ini memperlekehkan ISLAM?

MENGAPA bila disudahi dengan 'takbir' cinabukit ini, orang-orang PAS tanpa segan silu membalas dengan 'Allahuakbar' ?

Notakaki:
Andai sudah ada jawapan bagi soalan-soalan di atas, maka setuju atau tidak jika asam katakan ahli-ahli PAS hari ini semakin bodoh, bingai, bebal, taksub kotey terhadap Parti melebihi Islam itu sendiri?

Monday, January 23, 2012

Lagi Keluar Pakatan Pembangkang & Sokong Barisan Nasional


Malam tadi berlangsung satu Program Pesta Ponggal anjuran Penyelaras BN dun Seri Setia. Pada malam tadi juga, penghijrahan sokongan badan NGO 'Skuad Prihatin' yang dahulunya menyokong Parti Keadilan (adil la sangat) Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Pengerusi Skuad Prihatin, Dr. Vickneswaran memaklumkan beliaulah yang telah membawa Anwar Ibrahim ke kawasan Desa Mentari satu ketika dahulu. Atas kehilangan kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim dan saf-saf Pakatan Pembangkang, maka beliau bersama 1000 ahli NGO Skuad Prihatin telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Pembangkang dan menyokong Transformasi 1Malaysia oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Turut hadir ke Pesta Ponggal ini adalah Penyelaras BN Dun Seri Setia, Dato' Abdul Halim Samad dan Lee Hou Yin (MCA Subang)


Nota Kaki:
Komitmen Barisan Nasional konsisten dalam membantu rakyat Malaysia. Syabas asam ucapkan pada Skuad Prihatin atas penghijrahan ini dan teruslah menyokong Barisan Nasional! 


Credit: NonnyMaya


Friday, December 30, 2011

Karnival Sayangi Selangor 30.12.2011



30.12.2011 - Antara acara-acaranya..


Program Sejuta Wajah Rakyat Selangor kepada Perdana Menteri photo shoot bersaksikan himpunan 5,000 anak muda Selangor.
WOW! Terbaik lah! 
Persembahan Artis Muzik Tanahair oleh Azlan And The Typewriter & Mus May !
perghhhh!! mesti syOk ni ...
Futsal 24 Jam
kehebatan anak-anak muda dalam sukan Futsal..hidup sihat tu !
Battle Of The Band FINAL ! 
Pelapis artis tanahair bakal dicipta di sini!
Street Soccer
Dalam Misi Mencari Lionel Messi Malaysia.. :)
Basketball
Micheal Jordan In The Making..
Persembahan Silambam
Pertunjukan seni beladiri dari masyarakat India..
Belon Panas ! 
Sapa-sapa yang tak gayat tu boleh la try..asam gayat der..


Rumusan:
Karnival Sayangi Selangor telah memasuki hari yang ketiga hari ini..memang teramatlah rugi bagi sesiapa jua jika masih tidak mahu mengunjungi Karnival Sayangi Selangor ini..


JOM kita ke Karnival Sayangi Selangor..jumpa di sana !! 

Thursday, December 29, 2011

Update - Karnival Sayangi Selangor 2011 (29.12.2011)









Karnival Sayangi Selangor yang telah bermula semalam dengan begitu meriah sekali. Pelbagai aktiviti telah sempat dirakamkan buat tatapan umum. It's okay, pembangkang kalau nak tengok gambar-gambar ni pun boleh..even better turun sendiri ke Karnival tu ler..baru terbuka minda pekung korang tu..


 Pertandingan Pakaian Muslimah

 Pelbagai lapisan masyarakat membanjiri I-City

Penat berjalan, kaum ibu pakat berehat..

Menarik bukan? Rugi orang Selangor tak turun..tidak mengapa kerana Karnival Sayangi Selangor ini berlangsung sehingga 31hb Disember 2011. Jadi bagi yang mungkin tidak berkesempatan untuk turun semalam, barangkali anda boleh turun pada hujung minggu ini bersama keluarga anda dan alamilah keseronokan Karnival Sayangi Selangor ini.


Semalam Dato' Noh Omar telah merasmikan  Pelancaran Flying Flamingo. Disamping itu, terdapat acara Battle Of The Band yang berjaya menarik golongan anak muda yang meminati muzik untuk berentap mempersembahkan muzik mengikut gaya masing-masing. Fuhh..berbakat benar anak-anak muda zaman sekarang..asam puji! 




Hari ini pada pukul 8.30 malam, akan diadakan Tanglung Event dan program ini bakal dirasmikan oleh Dato' Chua Tee Yong. Jom kita serbu ! 


Rakyat Bersama Barisan Nasional!

Wednesday, December 28, 2011

Cubaan Awal Pembangkang SABOTAJ Karnival Sayangi Selangor 2011!

 

Umum mengetahui bermula dari esok 28.12.2011 sehingga 31.12.2011 akan berlangsung Karnival Sayangi Selangor anjuran Kerajaan Barisan Nasional. Pelbagai program dan acara telah tersedia buat rakyat Selangor. Ini termasuk acara bagi pelbagai peringkat umur.

Sudah pasti Karnival Sayangi Selangor ini  akan mendapat sambutan segenap pelusuk rakyat Selangor dan secara tidak langsung akan memanaskan punggung Pakatan Pembangkang. Jadi, permainan jahat bermula bila pembangkang mencanangkan bahawa kadar sewa tapak niaga di Karnival ini perlu dibayar sebanyak RM 4,000 !. Jua puok-puok tohik pembangkang ini jugalah yang berebut tapak berniaga di Karnival ini. Habis semua tapak berniaga yang disediakan oleh penganjur dibolot oleh peniaga-peniaga pembangkang.

Lebih menyemakkan kepala bila golongan peniaga yang telah mendapat ruang niaga ni MENYEWA kepada golongan yang benar-benar mahu berniaga dengan menyewa tapak sebanyak  RM 4,000 sepanjang hari Karnival.

TAPAK BERNIAGA DI KARNIVAL SAYANGI SELANGOR 2011 ADALAH..
PERCUMA !! DIULANGI PERCUMA !!

Jumpa Disana Ya !

Saturday, October 22, 2011

Berakhirnya satu perjuangan suci..

Alhamdulillah..

Himpunan Sejuta Umat Islam telah berakhir dengan aman walaupun pada awalnya ada cubaan dari pihak yang tiak bertanggungjawap mengedarkan risalah yang berbaur anti Islam.

Diharapkan hasil dari perhimpunan ini maka, akan wujud kesedaran dikalangan umat Islam agar kita dapat bersatu dalam memerangi usaha gerakan pemurtadan orang Islam yang semakin meruncing lewat ini..

Beberapa pemidato hebat telah turut hadir bagi berkongsi pendapat dan idea bagi penyatuan Umat Islam termasuklah penulis sejarah Natrah.

Di akhir program, Dr. Hassan Ali telah melengkapkan himpunan dengan bacaan doa yang sangat ikhlas sehingga ada yang bergenang air mata mengaminkan doa beliau.

Asam puji akan usaha murni para NGO dan badan-badan yang bertanggungjawap yang telah bekerja keras bagi menjayakan Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah ini. Moga usaha murni sebegini diteruskan dari masa ke semasa..amin

P/s: gambar-gambar sekitar perhimpunan akan menyusul malam nanti..Insyallah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, November 22, 2010

Ceramah SSDE di Taman Mahkota Cheras

SSDE Mahkota Cheras - 22.10.2010



Blogmaster tiba agat lewat sedikit ke lokasi ceramah dan pada masa Blogmaster sampai sekitar jam 9.30 malam, kelihatan Ketua Pemuda MCA sedang memberikan ucapan beliau. Dari pengamatan Blogmaster, kehadiran pada ceramah kali ini dimonopoli oleh masyarakat Cina & Melayu sekitar dalam 300-400 orang.


Penceramah yang tampil untuk berceramah pada malam tadi merupakan wakil-wakil dari MCA dan ceramah mereka disampaikan dalam bahasa ibunda mereka. Sayang kerana tatkala mereka menyampaikan ceramah, kelihatan hadirin Melayu seperti endah tak endah..mungkin kerana mereka tidak memahami. (Blogmaster syorkan agar Melayu pelajarilah bahasa ibunda bangsa lain)


Blogmaster berasa tak sabar untuk mendengar penjelasan dari YB. Noh Omar mengenai isu-isu Selangor. Selang beberapa jam kemudian sekitar jam 11.20 malam, dentuman gendang naga berbunyi bertalu-talu menandakan ketibaan YB. Noh Omar. Keadaan hadirin yang tadinya menguap-nguap menahan mengantuk sudah mula membeliakkan mata mereka. Kelakar juga kalau diperhatikan..hehe...


(Maaf..mutu kamera blackberuk Blogmaster amat sedih)

Ketibaan YB. Noh Omar telah disambut oleh YB. Johari dan Pemimpin-pemimpin MCA kawasan. Tanpa membuang masa YB. Noh Omar terus ke pentas bagi menyampaikan sepatah dua kata beliau. YB. Noh Omar meminta maaf kepada hadirin yang telah menunggu sekian lama atas kelewatan beliau. YB. Noh memaklumkan yang beliau baru pulang dari Kedah atas urusan penyerahan bantuan mangsa banjir di Kedah.


YB. Noh memulakan ucapan beliau dengan memperjelaskan isu banjir di Kedah. Beliau memberitahu hadirin bahawa Kerajaan PASola di Kedah tidak prihatin atas musibah yang melanda mangsa banjir. Kerajaan Pusat selaku pentadbir negara Malaysia pula yang terpaksa menutup KEBANGANGAN pimpinan Kerajaan Pasola di Kedah untuk membantu mangsa banjir. 


YB. Noh Omar juga mempertikaikan mengenai perubahan. Perubahan yang dimaksudkan beliau  adalah perubahan yang kononnya akan dibuat oleh Pakatan Rakyat sewaktu kempen PRU 12 yang lepas. Tidak ada satu pun perubahan yang berjaya dilakukan oleh Pakatan Rakyat melainkan hanyalah menipu rakyat khususnya di Kedah & Selangor.


Mengenai isu-isu di Selangor, PKNS dan Yayasan Selangor yang sebelumnya dipimpin oleh Kerajaan Barisan Nasional, telah diburukkan oleh Pakatan Rakyat dengan fitnah dan tohmahan mengatakan Kerajaan BN tidak mengikut peraturan malah menggunakan duit sewenang-wenangnya. Namun takdir Ilahi telah membuktikan bahawa merekalah yang sebenarnya yang sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat. Seperti contoh:- Yayasan Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM800 ribu bagi Program Sambutan Ulangtahun Yayasan Selangor yang ke 40. Kemana perginya wang RM800 ribu itu? Insyallah, Blogmaster akan memperincikan dalam pendedahan akan datang.


Seterusnya mengenai situasi sekarang dimana Pemilihan berlaku di dalam PKR. Belum pernah ada dalam sejarah dimana protes cabang-cabang berlaku dengan sebegitu riuh dan kerap. Dulu masa Kerajaan BN, ada juga protes namun protes dijalankan secara aman dan bertatasusila. Ini sampai bergaduh sana sini, berpuak-puak! YB. Noh Omar melabelkan Parti PKR sebagai parti yang cakap tak serupa bikin!


Isu Air Selangor
YB. Noh Omar memperjelaskan mengenai isu air Selangor iaitu projek Loji Langat 2. Beliau memberitahu hadirin bahawa, dengan pembangunan pesat tanpa strategik keseluruhan di Selangor telah membuatkan Selangor di dalam bahaya dimana, simpanan air bersih di Selangor tidak mampu untuk menampung pembangunan pesat sebegini. Perancangan bandar yang betul haruslah mengambil kemungkinan-kemungkinan yang sepatutnya tapi Kerajaan Selangor kini langsung tidak mengendahkan. Maka dengan ini, Selangor bakal menghadapi masalah air. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM 4 bilion bagi menyelesaikan masalah yang dicipta oleh Kerajaan Selangor pimpinan PR. Namun Kerajaan Pusat menghadapi masalah kawasan dimana beberapa status tanah di Selangor adalah milik Kerajaan Negeri. MB Khalid Gagap telah membidas kenyataan Yb. Noh Omar dengan mengatakan Selangor tidak akan mempunyai masalah air sehingga 2019. YB. Noh Omar telah bertanya secara direct kepada MB Khalid Gagap dalam satu sidang majlis Air Selangor yang lepas. Beliau bertanya pada MB Khalid Gagap, "Konsultan mana yang MB gunakan bagi mendalami masalah air di Selangor sehinggakan Konsultan tersebut telah menyatakan Selangor tidak akan ada masalah air sehingga 2019?". Seperti biasa, Khalid Gagap membisu sehinggalah ke hari ini...


YB. Noh Omar menjelaskan bahawa strategi MB Khalid Gagap hanyalah menyalahkan BN mengenai isu air di Selangor. Pada masa yang sama, MB Khalid Gagap akan muncul disaat dan ketika yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah air Selangor, terus akan dianggap sebagai HERO dikalangan rakyat Selangor. Inilah taktik 'survival politic' MB Gagap. 


YB. Noh Omar menjelaskan pula mengenai isu pasir di Selangor beberapa bulan yang lepas. Isu pasir pun MB Khalid Gagap diam membisu sehinggalah ke hari ini. Berbalik kepada isu PKNS & Yayasan Selangor, MB Khalid Gagap merupakan Pengerusi bagi 2 badan Kerajaan Selangor itu. Apakah MB Khalid begitu buta sehingga tidak nampak penyelewengan atau kepincangan yang dilakukan dalam pentadbiran beliau? atau mungkin MB Khalid tahu tapi diam kerana masyukkk....


Akhir ucapan YB. Noh Omar, beliau menyeru semua kaum baik Melayu, Cina & India supaya bersatu. Melayu tidak boleh menang tanpa bantuan kaum Cina & India dan begitu juga sebaliknya. Beliau menyeru agar semua bersatu seperti kita pernah bersatu dahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Keadaaan Selangor yang dulunya sangat aman & membangun adalah dari tindakan kaum-kaum di Selangor yang bermuafakat dalam membangunkan negari Selangor. PR telah mencemar keadaan aman itu dengan pimpinan yang negatif. Bersatulah rakyat Selangor dan kita buktikan pada PR yang kita (Melayu, Cina, India) sayangkan perpaduan kaum yang harmoni, aman dan damai...


Sejurus setelah selesai ucapan YB. Noh Omar, barisan NGO-NGO dalam kawasan telah menyerahkan borang keahlian BN & UMNO sebanyak 205 keahlian pada YB.Noh Omar tanda mereka telah MENYAMPAH akan Kerajaan Selangor sekarang.




ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT!

- a s a m - 

Friday, November 19, 2010

Jadual Ceramah SSDE Ahad Ini


TAJUK: Jom HENJUT Duit Yayasan
TARIKH: 21hb. Nov 2010 (Ahad)
Masa: 8.00 malam
TEMPAT: DUN Dusun Tua, Parlimen Hulu Langat
Jalan Temenggung 11/9, Seksyen 9 Business Park
Bandar Mahkota Cheras

PENCERAMAH: Yb. Datuk Noh Omar, Yb. Dato Satim Diman & Dr. Kow Cheong Wei

Saturday, November 13, 2010

ULASAN - Ceramah SSDE 2 Taman Desaria Fasa 5A & 5B

Sekitar gambar Program Ceramah SSDE




















Kelana Jaya
13.10.2010
3.00 pagi


Kita sedia maklum bahawa pada malam tadi, satu Ceramah Gelombang SSDE 2 diadakan di Dewan Umno Taman Desaria Fasa 5A & 5B. Kali ini penceramah yang dijemput adalah Dato' Satim, Zahid Md. Arip & Ustaz  Umar Sulaiman. Mungkin atas sebab teknikal, ceramah SSDE yang sama diadakan di PJS 2 pada tarikh dan waktu yang sama membuatkan pertukaran penceramah berlaku dan penyudahnya Ceramah SSDE di Penaga diwakili oleh penceramah yang tidak kurang hebatnya Sdr. Fairuz (Mantan Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang) & Ustaz Umar Sulaiman.


Ceramah dimulakan oleh Ustaz Umar yang telah mengupas dengan baik sekali mengenai perjuangan Pakatan Pembangkang khususnya PASola yang menggunakan isu agama untuk politik. Beliau menguraikan sebab-musabab kenapa tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH bagi kaum bukan ISLAM berserta sejarah dari sirah Nabi beserta dengan nas-nas yang sahih. Ini bersambung pula dengan isu-isu agama yang lain seperti hubungan kekeluargaan, politik cara ISLAM dan lain-lain.


Program bertambah hangat dengan kehadiran Sdr. Fairuz yang mendedahkan sebab beliau ber'hijrah' keluar dari Pakatan Pembangkang. Satu-persatu kronologi pendedahan dibuat mengenai Kerajaan Pulau Pinang didedahkan. Sayang..penceramah tidak banyak mendedahkan mengenai isu-isu di Selangor sendiri. Namun begitu dari pemerhatian Blogmaster, rata-rata hadirin yang hadir tidak berganjak dari kerusi masing-masing sehinggalah ke penghabisan. Alhamdulillah !


Apa yang menarik disini untuk didedahkan ialah, semangat pengundi muda di Zon Penaga & Kelana Jaya. Blogmaster mendapati hampir keseluruhan 500 orang yang telah hadir dan pemuda sendiri terdiri lebih dari jumlah yang dinyatakan. Amat membanggakan! Ini membuktikan pengundi muda di Kelana Jaya telah mula membuka mata dan telinga. Ya..ya..mungkin ada diantara pembaca berkata Blogmaster saja mengipas PPUKJ. Rentikanlah sifat PHD tu yer! 


Pemuda PPUKJ telah hadir dan khusyuk mendengar pendedahan & penjelasan dari penceramah-penceramah. Ada yang bersorak, bertempik menyokong hujah-hujah yang disampaikan. Ini yang kita mahu! Pemuda harus berani bersuara! Mereka juga pengundi dan mereka mempunyai hak untuk menyuarakan suara mereka. Harapan Blogmaster, pada orang-orang Pakatan Rakyat yang mendengar dari celahan tingkap, di tangga, di dalam kereta..bukalah mata hati kamu! berfikirlah secara rasional dan bukan kerana ANWAR AL-JUBURI. Tidak guna jika kita mengeluh, mengadu domba mengenai kecacatan satu-satu kepimpinan itu. Ini bukan masanya untuk itu semua. Yang penting sekarang ialah untuk kita bersama berganding-bahu bagi menawan kembali DUN Seri Setia & PARLIMEN Kelana Jaya. Buanglah yang keruh..dan ambillah yang jernih sahabat..,tiada apa lagi yang Blogmaster hendak sampaikan lagi melainkan para pembaca tepuk dada dan tanyalah selera..


Nota Kaki: Andaikata kita gagal menawan Seri Setia, Kelana Jaya, Selangor pada PRU13 nanti, sudah terlambat untuk kita menyesali tindakan kita memboikot perjuangan sekarang..berjuanglah kerana AgamaMu..berjuanglah kerana BangsaMu..berjuanglah kerana TanahairMu...salam seMelayu!


PAS itu MELAYU
SEGELINTIR PKR itu MELAYU
UMNO itu MELAYU
MELAYU itu ISLAM
ANWAR Al-JUBURI HARUS BERTAUBAT!

BlogMaster

Friday, November 12, 2010

Ceramah SSDE di Taman Desaria Fasa 5A & 5B


Sekitar Gambar-gambar Ceramah Kedua Gelombang SSDE Kelana Jaya..




12.11.2010 - Kelana Jaya

Program Ceramah SSDE Kedua ini sedang berlangsung di Dewan UMNO Taman Desaria Fasa 5A. Kelihatan ramai golongan muda yang menghadiri program tersebut. Alhamdulillah..harapan BlogMaster agar pemuda-pemuda di dalam kawasan Kelana Jaya telah sedar akan perjuangan sebenar kita mempertahankan bumi Selangor dari terus dijajah oleh Pakatan Pembangkang..Syabas Blogmaster ucapkan pada Ketua Pemuda PPUKJ Sdr. Ahmad Affandi Hamzah kerana telah berjaya menghimpun jentera pemuda yang sangat mantap. Teruskan usaha anda !

Blogmaster akan terus membuat liputan dari masa ke semasa..Insyallah!


- k u n t a u -

Tuesday, November 9, 2010

INFO - Ceramah Gelombang Kedua SSDE Di Kelana Jaya !!


salam seDunia..


08.11.2010 - Kelana Jaya


Blogmaster berkesempatan untuk menghadiri satu mesyuarat Zon Penaga awal malam tadi. Di dalam mesyuarat itu, jawatankuasa Penaga telah memaklumkan bahawa pada 12hb. November 2010 nanti, satu Ceramah UMUM SSDE akan diadakan di kawasan Penaga. Berikut adalah detail mengenai Ceramah tersebut:-


CERAMAH GELOMBANG KEDUA 
SELAMATKAN SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH: 12HB. NOVEMBER 2010
MASA: 8.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN UMNO TAMAN DESARIA FASA 5A
PENCERAMAH: DATO SATIM, ZAHID MAT ARIP, USTAZ UMAR SULAIMAN

Jadi bagi warga Kelana Jaya..tak kira peringkat umurnya atau bangsanya..muda atau tua, lelaki atau perempuan, SEMUA dijemput hadir !! Sila panjang-panjangkan jemputan ini yer !

Blogmaster merasakan kita perlu turun bagi mendapatkan cerita kedua belah pihak..baik dari pihak UMNO mahupun pihak Pembangkang..sebagai pengundi, kita berhak mendalami permasalahan yang ada dan semoga dengan Ceramah SSDE ini, para pengundi khususnya dalam Parlimen Kelana Jaya dapat menilai sendiri siapa di pihak yang benar..

Nota Kaki: bagi yang reti nak meng'kondem'kan Umno Kelana Jaya dan sayap-sayapnya tu..bawak-bawaklah hadir yer..jangan dok kata sembarangan tapi program langsung tak nampak muka..dah sampai masanya kita semua bersatu bergerak meneruskan perjuangan yang belum selesai...tolak tepi ego, tolak tepi personal interest..yang penting BN dapat Selangor kembali !!


PAS itu Melayu
UMNO itu Melayu
MELAYU itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT


- k u n t a u  -

Tuesday, November 2, 2010

Gelombang Kedua "Selamatkan Selangor Darul Ehsan" Dilancarkan!!




Badan Perhubungan UMNO Selangor akan melancarkan gelombang kedua program ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ (SSDE) di seluruh negeri itu, akhir Oktober ini.
Ketua penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, pelancaran itu merupakan kesinambungan program SSDE peringkat pertama yang dimulakan oleh parti itu sebelum ini.
Katanya, dalam gelombang kedua SSDE, pihaknya memberi tumpuan kepada aktiviti ceramah di setiap kawasan seluruh negeri itu melibatkan penglibatan semua pemimpin UMNO di peringkat bahagian.
Dalam masa yang sama, katanya, program itu akan mengekalkan para penceramah yang terdiri daripada bekas-bekas pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) antaranya ialah bekas Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip dan lain-lain lagi.
“SSDE peringkat pertama telah bermula Julai sehingga Ogos lalu. Untuk gelombang kedua ini, insyallah, kita akan mulakan pada hujung bulan ini.
“Kita akan gerakkan seluruh pemimpin dalam program SSDE kedua ini bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa termasuklah siri-siri pembohongan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang,”
- Utusan Malaysia

p/s: InsyAllah Ceramah SSDE akan diadakan di Kawasan Kelana Jaya dalam masa terdekat..
- asam -