About

Tuesday, November 19, 2013

detik waktu sekarang

untuk detik ini..
apa yang paling indah
adalah membenam kaki di lumpur selut
bermain baling selipar sama jiran-jiran kiri kanan;
dan tak pulang selagi belum dilaung-ugut rotan.









untuk waktu ini..
apa yang paling megah
adalah darah-darah kering di siku lutut
bersama pedih tergesel batu di tapak tangan;
dan tak hilang selagi belum seminggu di badan

untuk sekarang ini..
yang teramat rugi cumalah
anak-anak kita nanti yang tak kenal bau maung tanah sendiri.

kita sudah terlalu MODEN untuk kembali ke dulu.
persamaan kita bukan lagi darah menyagat luka,
pedih menghambat rasa,
lumba dalam ketawa.

apa yang paling indah dan megah;
adalah Melayu saling BERTELAGAH












-Puisi Tepi Jalan

Thursday, October 10, 2013

Erti Sebuah Persahabatan


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.   Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.



"HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA."


psstt..maaf kerana lama tak menulis, aku sibuk mencari damai..

Friday, August 30, 2013

31 Ogos Datang Lagi..

Dari anak tangga aku perhatikan sekumpulan anak-anak kecil sedang berlarian sesama mereka sambil memegang kayu berbentuk senapang. Jelas terpancar keriangan diwajah-wajah mereka. Ada yang menembak dan ada yang ditembak. Aku tersenyum…

Aku toleh pula kearah jalan. Kelihatan beberapa anak muda gah bersama motorsikal-motorsikal mereka. Ada yang sedang mengelap, malah ada pula yang melakukan aksi bahaya bermotorsikal semata-mata untuk menunjuk kebodohan sendiri. Aku menggeleng…

Aku mengusap tangan yang semakin berkedut dimamah usia. Tangan inilah yang memacu senjata 60 tahun yang lalu. Tangan ini jugalah diantara ribuan tangan yang telah berjuang memerdekakan Tanah Melayu. Perkataan merdeka itu sendiri membuatkan jiwa aku bersemangat walau jasmani aku tidak mengizinkan. Aku masih ingat ribuan yang membanjiri Stadium Merdeka menitiskan airmata kesyukuran tatkala Tuanku Abdul Rahman melaungkan perkataan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Perjuangan terdahulu telah membuahkan hasil yang lumayan buat kehidupan anak-anak kita hari ini. Tapi sayang..sejauh manakah pengertian ‘MERDEKA’ membawa makna dalam kehidupan mereka. Aku khuatir sikap acuh tak acuh ini jika berterusan, ianya bisa melenyapkan pengorbanan orang-orang yang terdahulu. Aku tak mungkin dapat menyaksikan keruntuhan bangsa Melayu tetapi bibit-bibit kehancuran itu sudah ada dan ianya sungguh pahit..


Kini 31 Ogos datang lagi membawa suatu pengertian. Tarikh keramat buat seluruh rakyat. Satu bukti sahih Malaysia ini adalah negara berdaulat. Andai dipinta sekali lagi untuk ke hadapan demi mempertahankan bumi bertuah ini, aku rela walaupun bercerai nyawa dan badan..




Wednesday, May 8, 2013

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN NADI RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
1.         Saya Mohd Rafi Awg Kechik selaku Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA, sebuah NGO yang mempunyai keahlian di seluruh Malaysia hari ini, bersama rakan-rakan ahli, pengamal2 media sosial yang lain dan orang perseorangan yang memahami denyut nadi rakyat, secara bersama tampil mebuat laporan polis terhadap individu2 yang secara sengaja mengambil kesempatan di atas suasana keputusan pilihan raya untuk membangkitkan sentimen perkauman dalam usaha ingin menggugat kestabilan Negara dan perpaduan rakyat.
 
2.         Pihak NADI RAKYAT, sudah cukup lama bersabar dengan sentimen chauvinist yang dibangkitkan secara berterusan sejak 2008. Kita kesal kerana pihak berkuasa seakan-akan mendiamkan diri dan tidak bertindak tegas dari awal membendung virus ini.  Tetapi apabila individu yang dikatakan PAPAGOMO melalui twitter menulis perkara yang pada tafsiran NADI RAKYAT, tidak  seteruk kenyataan2,tulisan2 dan perbuatan2 yang dilakukan secara provokasi dan bertentangan dengan prinsip perlembagaan,hanya dengan 1 laporan polis, individu yang dikatakan PAPAGOMO telah ditahan pihak polis dan direman.
 
3.         NADI RAKYAT dan rakan2 yang ada pada hari ini menyokong penuh tindakan pihak polis di dalam membendung aktiviti2 yang bertentangan dengan undang2. Namun pihak polis perlu bersikap adil terhadap semua. Kenapa ribuan laporan polis sebelum ini kepada penganjur BERSIH AMBIGA,HIMPUNAN HIJAU,NAMAWEE, TIAN CHUA,NIZAR JAMALUDDIN dan ramai lagi, kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan yang sama. Bahkan banyak lagi artikel2 di dalam laman sosial dan akhbar2 Cina yang secara jelas membangkitkan isu perkauman tidak di ambil tindakan sewajarnya.
 
4.         Hari ini NADI RAKYAT bersama rakan2 yang faham  tentang kepentingan kontak sosial yang telah terjalin sekian lama dan diterima oleh semua, mengambil ketetapan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana2 individu atau kumpulan atau parti politik yang cuba menimbulkan ketegangan sama ada melalui tulisan,perkataan dan perbuatan. Pihak polis juga harus bertindak tegas terhadap pihak2 tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan dengan menganjurkan aktiviti seperti 'silent walk',perhimpunan2 yg bertujuan membantah keputusan PRU 13, menyebarkan khabar angin akan berlaku lompat parti  dan sebagainya. Semua aktiviti2 ini boleh menjurus kepada ketidakstabilan dan ketakutan kepada rakyat malah akan memberi kesan kepada  ekonomi.
 
Saya juga mengarahkan semua Pengerusi NADI RAKYAT di seluruh negara agar turut membuat laporan polis yang sama di setiap negeri dan menyeru semua NGO dan orang perseorangan di seluruh negara agar turut tampil membuat laporan polis jika mempunyai bukti ada artikel, sebarang tulisan dan perbuatan yang juga mempunyai niat yang sama yang kami NADI RAKYAT terlepas pandang.
 
5.         Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita berdiri teguh di belakang YAB PM di dalam menghadapi cabaran2 semasa dan percayalah YAB PM mempunyai kebijaksanaan di dalam menyelesaikan apa juga isu dengan penuh hikmah.
 
 
 
SEKIAN WASALAM
 
MOHAMAD RAFI AWANG KECHIK
PRESIDEN PERTUBUHAN NADI RAKYAT MALAYSIA
8HB MEI 2013

Saturday, May 4, 2013

Isi hati seorang pemimpin..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hanya tinggal kurang dari 30 minit sahaja lagi untuk tamat tempoh berkempen bagi PRU13. Begitu cepat terasa masa itu berlalu..Sejak dari hari penamaan calon sehinggalah artikel ini ditulis saya merasakan tempoh bagi saya bersama jentera Barisan Nasional N.32 Dun Seri Setia berkempen begitu pantas berlalu..

Walaupun saya pada mulanya bukanlah calon yang diumumkan untuk bertanding, namun atas dasar sokongan padu dari jentera Seri Setia, maka calon yang asal Tengku Rithwan telah memberikan kerusi Seri Setia kepada saya, terima kasih saya ucapkan..

Pada minit-minit terakhir malam ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, andai selama kami berkempen kami ada terkasar bahasa, terkasar perbuatan mahupun terlepas pandang pada anda semua..saya mengharapkan agar saudara dan saudari dapat memaafkan kami. Sesungguhnya kami begitu serius untuk memenangi Seri Setia. Saya tidak mahu Seri Setia dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak tahu buat kerja seorang pemimpin. Saya tidak mahu pemimpin yang hanya tau sekadar menuding kesalahan pada orang lain..
Selama sepenggal kita ber'YB'kan pemimpin dari parti pembangkang..tak perlulah saya ulaskan setiap butiran mengenai yang telah dia lakukan selama sepenggal ini kerana tiada apa-apa kemajuan dan kenikmatan pun yang kita nikmati dibawah pemerintahan pembangkang. Mereka menabur janji demi janji hanya untuk meraih simpati kita..dan kini mereka datang lagi menabur janji setinggi langit untuk kekal berkuasa di kampung kita..

Kini peluang untuk memilih semula siapa yang layak mengemudi Seri Setia dan Selangor terbuka luas. Saya amat-amat mengharapkan agar saudara, saudari, abang-abang serta kakak-kakak dan juga adik-adik sekalian untuk berfikir..berfikir siapakah yang layak untuk diberi mandat memimpin rakyat Seri Setia..fikirkan masa hadapan anak-anak kita..tatkala saudara-saudari mahu memangkah, fikirkan sejenak selama mereka memerintah, bagaimana kehidupan kita..kesengsaraan kita..janji manis yang ditipu mereka..
Jangan kita ulangi kesilapan memangkah undi mengikut perasaan, fikirkan yang terbaik untuk masa hadapan kita, masa hadapan anak-anak kita, kestabilan, kemakmuran, kemajuan dan yang penting keamanan semua..

Saya Abdul Halim Samad, calon Barisan Nasional N.32 DUN Seri Setia mengucapkan selamat membuang undi esok.. :)

BN Menepati Janji, Membawa Harapan

Assalamualaikum wbt.
Abdul Halim Samad 







Nik Nazmi Penipu Rakyat

The Oppositions people are not all angels

Ini adalah video+audio original. Durasi asal terlalu panjang, jadi telah diringkaskan. Buat apa nak tipu, bukan dapat apa pun, dapat dosa sahaja.

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.
Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

Credit to: TheRakyatMarhaen

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

UNTUK TONTONAN 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA



SEBARKAN VIDEO INI

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.