About

Showing posts with label Isu Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Isu Tempatan. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Nik Nazmi Penipu Rakyat

The Oppositions people are not all angels

Ini adalah video+audio original. Durasi asal terlalu panjang, jadi telah diringkaskan. Buat apa nak tipu, bukan dapat apa pun, dapat dosa sahaja.

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.
Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

Credit to: TheRakyatMarhaen

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Monday, November 5, 2012

Oi..mau menang ka tamau?

Parti Keadilan Rakyat telah mula menyebarkan poster-poster yang menonjolkan pemimpin mereka Anwar Al-Juburi bersama Kak Jijah. Dari segi artwork, aku dapati poster mereka BISA menyentuh perasaan rakyat walaupun hampir setiap hari ada sahaja masalah moral yang timbul dikalangan PKR. Isu moral Anwar dengan nafsu luar biasanya, Kak Jijah dengan berselindung dengan penampilannya, malah anak kesayangan mereka Nurul Izzah dengan isu 'Melayu sepatutnya BEBAS beragama'.. 

Harga minyak turun, harga kereta turun, PTPTN, kestabilan masa depan anak-anak, keselamatan keluarga merupakan antara motto yang diletakkan. Kepada yang penyokong tegar Barisan Nasional, kita mungkin akan berasakan jelek dengan aksi-aksi posing Anwar di dalam poster tersebut. Kita BUKAN sasaran mereka. Sasaran PKR adalah pengundi baru, pengundi atas pagar, rakyat kelas pertengahan, miskin tegar bandar. Golongan-golongan sebegini yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka. Golongan yang gajinya begitu payah mencapai angka RM1500 sebulan termasuk overtime bagai nak gila. 

Suka atau tidak propaganda PKR kali ini bisa memancing keprihatinan pengundi di luar sana. Ini baru gambar pemimpin mereka. Kreativiti pereka grafik dalam menghasilkan poster PKR ini aku puji..pandai 'mencetuskan perasaan'. Bayangkan tatkala PRU13, hampir kesemua yang bertanding atas tiket PKR juga akan mempunyai poster yang sama. Tak lupa juga Pihak Berkuasa Tempatan didalam negeri jajahan mereka, sudah pasti akan dipaksa memberikan kebenaran 'khas' untuk menaikkan kempen mereka di billboard jalan-jalan negeri. Billboard, papan kenyataan pangsapuri, flet PPRT, dicermin kereta, peti surat flet akan menjadi sasaran mereka menyebarkan poster maut ini. Bayangkan..
Memang akan ada dikalangan Pro-Kerajaan akan berkata, 'aku pun boleh design macam tu untuk BN malah lagi gempak!', persoalan aku mudah..kenapa ko tak buat? tunggu kepala agong turun baru nak buat?

p/s: Sedar atau tidak kita bakal merisikokan tampuk pemerintahan kepada pembangkang andai Barisan Nasional kalah dalam PRU akan datang. Andai benar...menangis airmata darah sekalipun sudah tidak berguna..wake up! 


Monday, October 8, 2012

padan muka kau Aziz Bari..


Pada 23 September 2012 yang lalu, Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Parlimen Sabak Bernam yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara untuk menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan yang calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Klik Sini untuk lebih lanjut..

sumber: jawabernam

Monday, January 23, 2012

Lagi Keluar Pakatan Pembangkang & Sokong Barisan Nasional


Malam tadi berlangsung satu Program Pesta Ponggal anjuran Penyelaras BN dun Seri Setia. Pada malam tadi juga, penghijrahan sokongan badan NGO 'Skuad Prihatin' yang dahulunya menyokong Parti Keadilan (adil la sangat) Rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.
Pengerusi Skuad Prihatin, Dr. Vickneswaran memaklumkan beliaulah yang telah membawa Anwar Ibrahim ke kawasan Desa Mentari satu ketika dahulu. Atas kehilangan kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim dan saf-saf Pakatan Pembangkang, maka beliau bersama 1000 ahli NGO Skuad Prihatin telah membuat keputusan untuk keluar dari Pakatan Pembangkang dan menyokong Transformasi 1Malaysia oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Turut hadir ke Pesta Ponggal ini adalah Penyelaras BN Dun Seri Setia, Dato' Abdul Halim Samad dan Lee Hou Yin (MCA Subang)


Nota Kaki:
Komitmen Barisan Nasional konsisten dalam membantu rakyat Malaysia. Syabas asam ucapkan pada Skuad Prihatin atas penghijrahan ini dan teruslah menyokong Barisan Nasional! 


Credit: NonnyMaya


Wednesday, December 14, 2011

PANAS: ANWAR KUNYIT DILONDEHKAN YB ZUL MALAM INI!!


JANGAN LUPA BONGKAR YB ZUL MALAM INI!

AYUH ORANG KELANA JAYA..BAWA TURUN SELURUH ISI RUMAH KE DEWAN RUKUN TETANGGA SS5C..PERDENGARKAN SENDIRI PENJELASAN TERPERINCI YB ZUL MENGENAI KES LIWAT ANWAR AL JUBURI!!


SEBARKAN..

Friday, October 21, 2011

PEDAS !! Lagi Aset PKNS Mahu Dirobek Khalid Gagap!!

'Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menerima  permohonan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk merobohkan semua kemudahan sukan Gelanggang-Gelanggang Tenis, dewan  dan Padang-Padang Bola di Kelana Jaya, menggantikannya dengan Tujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat'.

Pantang Kosong Nak Sapu! Itu antara slogan Rakyat membantah permohonan PKNS kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam bantahan aman yang diadakan penduduk di PKNS SS7 baru-baru ini.


Satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan bagi menyelamatkan Padang PKNS. Jawatankuasa ini telah menyuarakan bantahan kepada MBPJ dan juga kepada Adun Seri Setia (PKR). Jawatankuasa Bertindak juga mengambil tandatangan berbentuk online petisyen dari penduduk khususnya Rakyat Selangor yang bersetuju agar Padang PKNS ini tidak dirobohkan. Bagi yang belum menandatangani online petisyen ini, anda boleh menandatangan di SINI dan petisyen ini akan diserahkan kepada Khalid Gagap supaya mengkaji semula cadangan untuk mengorbankan kawasan hijau Kelana Jaya itu. 


Susulan itu, Adun (PKR) Seri Setia telah memaklumkan dalam laman sosialnya, beliau akan menganjurkan dialog bersama penduduk ss7 bagi mendapatkan penyelesaian mengenai cadangan PKNS itu pada 22hb. Oktober 2011, pada jam 10 pagi bertempat di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS SS7. KLIK SINI
ada lagi LGB ni..aku ingat dah terbang China dah ?
Ulasan:
Masa Kerajaan Barisan Nasional perintah Selangor..aman jer Kelana Jaya ni. Ini bukan kali pertama padang rekreasi di'reformasi'kan menjadi kawasan perumahan. Tadika Pertiwi telah menjadi korban nafsu rakus Kerajaan Khalid Gagap. Tempat yang dahulunya merupakan sebuah Tadika Rakyat, kini telah menjadi teres 2 tingkat! 


Apakah mungkin nasib padang 5C, padang Kokak, padang ABC, padang Sungei Way serta padang-padang lain jika Parti Pembangkang terus memerintah Selangor? Apakah kita mahu anak-anak kita tiada tempat untuk bersukan? Apakah ini yang dinamakan Rakyat Selangor Dibela? Berapa banyak lagi harta Rakyat hendak dikorbankan Khalid Gagap?


Ayuh Rakyat Selangor ! Kita hadap Adun Seri Setia Sabtu ini bagi menyuarakan suara Rakyat Selangor sebenar bahawa kita tidak mahu terus diperbodohkan Kerajaan Pembangkang yang semakin hari semakin nampak keBANGANGannya..

Nota Kaki:
PRU 13..kita pakat Undi Barisan Nasional. Selesai masalah semua! dah terbukti 54 tahun kita hidup aman damai di Malaysia ni...



Friday, July 1, 2011

Anti Bersih 2.0 - NGO-NGO Dun Seri Setia Bangkit !!

salam seDunia..
Pagi tadi sekitar jam 10.00 pagi, himpunan secara aman oleh NGO-NGO Dun Seri Setia telah diadakan di hadapan Balai Polis Kelana Jaya. Himpunan ini diadakan bagi membantah Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada 9hb. Julai hadapan. Seramai hampir 100 orang telah hadir dalam bantahan aman pagi tadi.
Bantahan ini diketuai oleh Dato' Abd. Halim Samad selaku Penyelaras BN Dun Seri Setia bersama hampir 15 badan NGO-NGO yang lain. Beberapa laporan polis telah dibuat sebentar tadi menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini tidak harus diadakan bagi mengelakkan huru-hara negara. 
Antara badan NGO-NGO yang telah membuktikan Solidariti mereka terhadap Negara adalah:-
Ulasan:
Syabas asam ucapkan keatas kebangkitan barisan NGO Dun Seri Setia. Selaku rakyat yang telah hidup di bumi Malaysia dengan aman selama ini seharusnya menentang sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan kestabilan Malaysia yang tercinta. Syabas sekali lagi !!
Nota Kaki:
Ketua Pemuda PPUKJ beserta Exco mana? Masih lena?...


BERSIH ITU KOTOR
AMBABIGA ANTI ISLAM
PAS JANGAN JADI BINGAI SOKONG BERSIH

Wednesday, March 16, 2011

Edisi Kelana Jaya - Sembang-sembang bersama pengundi

salam seDunia..

asam mulakan posting ini dengan seribu kemaafan, bukan niat untuk memandang enteng Umno itu sendiri akan tetapi kebenaran harus disampaikan supaya pemimpin Umno mula membuka mata dan telinga mendengar realiti sebenar suara pengundi di Kelana Jaya khususnya di zon Kelana Jaya Utara. 

Al-kisahnya..

hampir setiap malam aku pasti akan minum nescafe tarik bersama kawan-kawan di sekitar Kelana Jaya. Entah  macamana malam tadi, aku terlalu depan kedai seorang kawan di Dataran Glomac lalu di sapa oleh kawan-kawan yang kebetulan sedang minum disitu..dipendekkan cerita, aku pun ‘join’lah mereka. Perbualan kami pada mulanya hanya sekadar sembang-sembang kosong mengenai pelbagai isu harian seperti Tsunami di Jepun, sembang mengenai  Astro termasuklah dengan bantuan Kerajaan pada mangsa Tsunami di Jepun. Kemudian salah seorang kawan bertanya, “Umno sini tak ada program ker? sunyi jer?”. Aku pada mulanya hanya mendengar perbualan mereka sambil menonton Astro cerita Van Damne mula memasang telinga. “Dorang ni cakap nak rampas Selangor baliklah! itulah..inilah tapi tak nampak pun batang hidung kat kawasan kita ni..” bentak kawanku lagi..aku senyum mendengar keluhan kawan  tu ”entahlah bang..tunggu pilihanraya kot?” jawapku. “kalau pilihanraya baru nak tayang muka..alamatnya memang kena sembur laa” perli kawan aku seorang lagi..

Aku bagitau diorang yang UBKJ ada buat beberapa program tapi di zon lain seperti di Lindungan & Penaga. “Awat buat program kat sana jer..awat sini takda pengundi?” tanya kawanku lagi..”kedai aku tu  ada 25 pekerja belum daftar SPR lagi..awat depa tak mai daftarkan? tu baru kedai aku..belum campoq pekerja Tam ni lagi..orang PKR dok hari-hari tanya depa ni dah daftar SPR ker belum..”ulas kawanku dengan panjang lebar..”abis tu abang cakap apa kat PKR tu” tanya aku .."aku jawap depa semua dah daftar dah..walhal belum! Takkan aku nak depa daftar PKR walhal aku ni orang Umno! Aku membesaq dengan Umno, mak ayah aku orang Umno, aku dulu mengaji sampai Universiti pun Umno yang tolong dapatkan biasiswa..Alhamdulillah! laa ni bila aku berjaya aku nak balas balik jasa Umno tang mana yang aku mampu..aku majikan depa..aku nak pekerja aku tau jasa Umno yang telah mendidik anak bangsa Melayu macam aku nih jadi manusia yang berguna pada masyarakat..” hujah kawanku yang semakin berkobar-kobar..”politic is a game of numbers..depa berdentam-berdentum dok buat program tang sana, turun PRK merata Malaysia..tempat sendiri hangpa tak nak jaga? taknak tambah pengundi baru? hangpa habaq kat aku lagu mana DUN Seri Setia ni boleh menang?”

Aku terkedu mendengar hujah kawanku..”abang tak try call depa kaa?” saja aku bertanya..”abang ada jemput depa mai masa abang buat kenduri bukak kedai abang dulu..abang jemput Ketua Bahagian, abang jemput Ketua Pemuda tapi yang mai Ketua Puteri Jaja..bila abang tanya mana Ketua Pemuda..wakil habaq kata dia sibuk! Ya laa..kita kalau boleh nak gak kenai dengan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Kelana Jaya ni..nak gak tau orangnya macamana, apa perancangan depa nak menangkan DUN Seri Setia ni..kot-kot ada yang kami boleh bantu..nak juga kami membantu..ni kenai pun dari jauh, ajak pun tak mai..camna kita nak bantu..tui dak?” keluh kawanku lagi..kami berempat yang lain hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju..”bulan April nih Insyallah abang nak buat kenduri lagi sekali, abang try jemput depa lagi..nak tengok depa mai tak kali ni..” bicara kawanku menutup hujah hangatnya..

Ulasan:
memang tak dinafikan UBKJ ada membuat program berbentuk kemasyarakatan seperti gotong-royong Perdana, Karnival Sukan, gotong-royong memasak bubur lambuk dan sebagainya..malah setiap program tersebut direkodkan dan dipamerkan dalam laman sosial seperti facebook. Jika dilihat dari susur galur program yang dijalankan, rata-ratanya lebih kepada kawasan Lindungan, Penaga & Dato’ Hormat. Kenapa yer? Setahu asam Kelana Jaya terbahagi kepada 7 Zon iaitu zon Penaga, zon Lindungan, zon Subang Jaya, zon USJ, zon Sungai Way, zon Kelana Jaya Utara dan zon Kelana Jaya Selatan. Acap kali program yang diadakan pasti akan dilaksanakan di zon Penaga dan zon Lindungan. Bagaimana pula dengan zon-zon lain? Bukan maksudnya disini kami cemburu dengan kelebatan program-program dianjurkan di kawasan sana tapi adalah seribu kali lebih baik jika diseratakan program-program itu di setiap zon yang ada di dalam kawasan Kelana Jaya ini.

dari perbualan kami mengenai isu panas tadi, asam merasakan tiada pengkhususan pembahagian tugas dalam UBKJ..jika ada sekali pun, individu yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan penambahan pendaftaran pengundi baru tidak melakukan tugasannya secara efisyen. Efisyen disini bermaksud, tiada satu gerak kerja berkumpulan memantau dimana terdapat potensi pengundi baru di kawasan sekitar Kelana Jaya. Memang benar PPUKJ ada membuat program semakan daftar pengundi di hampir setiap zon, asam ucapkan tahniah kerana berani menampilkan inisiatif baru bagi menarik pengundi Kelana Jaya. Berada di pihak yang kalah tidak semestinya semangat kita juga kalah. Jika kita nekad untuk merampas kembali DUN Seri Setia dari PKR, seharusnya pemimpin perlu turun kawasan..’personal touch’ dengan rakyat dibawah. Jangan mengambil sikap mudah dengan menunggu siapa bakal terpilih menjadi calon dan baru hendak turun kawasan. Pendekatan ‘personal touch’ sepatutnya telah lama dipraktikkan oleh pemimpin Umno jika mereka mahu menawan kembali DUN Seri Setia. Dengan kekerapan turun kawasan, ikhlas menyelami hati dan masalah rakyat dapat membina persahabatan bersama rakyat, barulah kepercayaan rakyat terbina dengan sendirinya bahawa Umno serius dalam usaha untuk menawan kembali DUN Seri Setia.

Bayangkan, jika asam tiada dalam perbualan kawan-kawan asam awal malam tadi, apakah mungkin asam tahu akan suara 4+25 pengundi belum berdaftar di Kelana Jaya ini? apakah mungkin ada ‘posting’ ini?  Ini baru perbualan di satu sudut kecil dalam kawasan Kelana Jaya Utara..bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain seperti di Glenmarie, USJ, Subang Jaya dan zon lain-lain?

Kelana Jaya sebuah tempat yang pesat membangun, dari pemerhatian asam selama 31 tahun bermastautin di kawasan Kelana Jaya..terdapat banyak sekali penempatan baru yang dibina di sini. Kelana Jaya ada kuarters kastam, kuarters polis, pangsapuri mentari, UniTar, kondominium, penempatan semula di Lembah Subang dan banyak lagi. Apakah mungkin ada satu gerak kerja berkumpulan bagi memantau danmencari potensi pengundi baru khususnya golongan pengundi muda dijalankan? Jika ada, Alhamdulillah..jika masih tiada, maka seharusnya Umno Kelana Jaya melakukan sesuatu yang drastik kerana statistik pendaftaran pengundi baru menunjukkan bahawa kita masih ketinggalan. Perlu diingat bahawa pada PRU yang lepas, DUN Seri Setia telah jatuh ke tangan PKR dengan majoriti sebanyak 2,863 undi manakala DUN Subang telah jatuh ke tangan DAP dengan majoriti yang amat besar!
Statistik terbaru DUN Seri Setia menunjukkan jumlah pengundi baru yang telah berjaya didaftarkan ke SPR adalah seramai:- Melayu, 989 orang – Cina, 438 orang – India, 415 orang – Lain-lain – 592 orang, membawa ke jumlah 2,434 orang pengundi baru. Jumlah ini masih belum mencukupi jika mahu menang Dun Seri Setia. Lebih malang bila pengundi Melayu terbahagi kepada 3 kumpulan mengikut parti iaitu Umno, PKR & Pas.

Senario politik pembangkang yang semakin carca merba kebelakangan ini sudah pasti akan memberi reaksi positif rakyat terhadap perjuangan Barisan Nasional. Rakyat Selangor sudah mula menyedari kesilapan memangkah Pembangkang pada PRU yang lepas telah membuatkan rakyat Selangor menderita dibawah pemerintahan Pembangkang. Namun walau dukacitanya rakyat Selangor sekalipun, jika Barisan Nasional tidak mengambil peluang ini dengan meramaikan pendaftaran pengundi baru khususnya pengundi muda yang mencecah hampir ratusan ribu bilangannya di Selangor, maka tiada gunanya kita mengharapkan kemenangan besar di PRU akan datang. Ini kerana Pembangkang begitu konsisten dalam pendaftaran pengundi baru.

p/s: seseorang pernah berkata, otak aku ni kecik..bila kita ramai-ramai cantum buah fikiran..jadi besar la otak tu! By the way..Pengerusi Zon KJU ada kat mana yer?

I Lay It Out For Y'all To Figure It Out
Anwar Al-Juburi Harus Bertaubat !

Thursday, December 16, 2010

Tempatan: Demonstrasi Aman Bantahan Tol PJS 2



Petaling Jaya
16.12.2010


Pada jam 4.30 petang tadi, satu demonstrasi aman telah diadakan di Lebuhraya NPE berdekatan dengan Plaza Tol PJS 2. Demonstrasi ini diadakan oleh penduduk setempat bersama badan-badan NGO dalam usaha mereka memansuhkan Plaza Tol PJS 2. Dalam bantahan aman ini, penduduk telah meyuarakan rasa tidak puas hati mereka atas pembinaan tol ini dimana telah mendatangkan kesusahan serta beban kepada penduduk kawasan.
Untuk makluman, penduduk di kawasan tersebut perlu membayar tol sebanyak RM1.60 jika mereka mahu susur keluar ke Lebuhraya Persekutuan. Walaupun hanya RM1.60, namun jika perlu dilalui setiap hari, maka ini akan sudah tentu mendatangkan beban terhadap pengguna lebuhraya itu. Memang ada beberapa jalan lain tapi jalan lain itu kebiasaannya sesak dan mereka terpaksa pusing jauh untuk ke Lebuhraya Persekutuan.




Demonstrasi ini turut disertai oleh Dato' Noh Omar, Majlis Belia Selangor, UMNO Petaling Jaya Selatan, Pemuda Umno Kelana Jaya, Perkasa dan beberapa badan NGO lain. Dato' Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri, sendiri mendengar rintihan penduduk kawasan dan beliau serius untuk membawa perkara ini ke pihak yang sepatutnya. Juga satu memorandum telah diserahkan oleh Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan kepada wakil NPE.
Ulasan:
Rata-rata penduduk di kawasan berkenaan merupakan golongan pertengahan ke bawah. Jika RM1.60 x 30 hari maka ini sudah tentu akan membebankan pengguna lebuhraya berkenaan.  

"Rakyat diutamakan, Pencapaian Diutamakan".