About

Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts
Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts

Monday, January 9, 2012

901 - Antara Anwar dan Saiful..


Pagi ini mahkamah akan menentukan sama ada Anwar Ibrahim bersalah dalam kes meliwat Saiful Bukhari atau tidak. Susulan dari keputusan dari mahkamah sebentar nanti, Pakatan Rakyat telah mengusulkan agar penyokong di kalangan mereka supaya turun beramai-ramai bagi membuktikan ketotokan mereka terhadap perjuangan kote bengkok Anwar Ibrahim.


Beberapa rakan blogger asam telah membuat tinjauan ke beberapa tempat yang dikatakan bakal menjadi 'port' panas pagi nanti dan ternyata keadaan sunyi sepi. bukan maksud sunyi sepi bermaksud tiada orang, ada memang ada beberapa kumpulan kecil manusia yang telah hadir namun jumlahnya tidaklah ramai. barangkali ini kerana esok adalah hari bekerja. dengan kesesakan jalanrayanya, kesibukan ibubapa menghantar anak ke sekolah dan hari bekerja mungkin menjadi punca kelengangan 'port' panas ini.


Apa yang menarik perhatian asam, sejauh manakah kita selaku rakyat yang telah dijamukan di kaca televisyen, radio, platform internet selama beberapa tahun mengenai kes liwat Anwar Ibrahim ini dapat menerima keputusan mahkamah?


Jika Anwar didapati bersalah meliwat..bagaimana reaksi anda dan jika Anwar didapati tidak bersalah atas sebab teknikal bagaimana pula reaksi anda?
Asam bersama rakan-rakan blogger lain Papagomo, RBF, Parpukari, Darul Ehsan Today, Gerakan Anti PKR, Media Info kita dan AIDC telah berkesempatan menemui Saiful Bukhari beberapa hari lepas bagi mendapatkan reaksi beliau mengenai tarikh 9hb. Januari dan kebarangkalian keputusan mahkamah. Ternyata Saiful Bukhari tenang malah bersedia menerima apa jua keputusan mahkamah. Pucuk pangkalnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk menegakkan HAQ. Tanggungjawab beliau untuk menegakkan kebenaran telah terlaksana dengan baiknya. Selebihnya beliau berserah kepada Yang Maha Kuasa..
Kepada Anwar Ibrahim, asam berharap agar kebenaran bakal timbul pada pagi ini dan bersedialah anda ke penjara atas kesalahan dunia yang anda lakukan..
Kepada Saiful Bukhari, bro..since 3 tahun 6 bulan lepas kami bloggers jalanan telah bersatu membantu perjuangan anda mengikut kesesuaian kami selaku bloggers..kami akan terus menyokong anda! terima kasih atas keberanian anda mengenengahkan perilaku jijik manusia bernama Anwar Ibrahim.
Dunia mungkin lepas..Akhirat CONFIRM takkan terlepas!

"Saya tidak sanggup", kata Dr. Hassan Ali..



Sekitar jam 9.30 malam tadi, satu sessi penerangan Dr. Hassan Ali mengenai isu pemecatan beliau telah diadakan di kediaman beliau. Antara penerangan beliau sedikit sebanyak telah menyentuh prinsip perjuangan beliau dan perjuangan asal PAS yang satu ketika dahulu telah menjadi tonggak perjuangan PAS iaitu menegakkan ISLAM. 
Beliau menyingkap kembali selama 15 tahun beliau bersama PAS, Almarhum Fadzil Noor telah banyak mendidik dan membimbing beliau dalam kancah dunia politik. Perjuangan PAS yang dahulunya siang malam pagi petang memperjuangkan ISLAM telah menarik minat beliau untuk turut serta. Kini perjuangan PAS telah jauh tersasar.

Beliau mempersoalkan, Allah swt. telah mengizinkan PAS untuk memerintah Selangor bersama Pakatan Rakyat namun tanggungjawab bagi menggalas perjuangan menegakkan ISLAM masih tiada siapa yang berani menggalas. Beliau memberitahu beliau bersama rakan-rakan PAS telah melihat anak-anak muda Melayu mabuk akibat air arak malah anak-anak Melayu jugalah yang tertangkap di hotel-hotel murahan dalam serbuan-serbuan yang dilakukan JAIS. Sehinggakan pendakwahan Kristian ke atas umat ISLAM di Selangor telah sampai ke tahap merbahaya. Bayangkan jika ada anak-anak kita mati tanpa kalimah syahadah. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk bangkit menyelamatkan akidah umat ISLAM khususnya di Selangor. Beliau bertanyakan siapa lagi didalam PAS yang sanggup menggalas tugas ini? 

Beliau kecewa usaha murni ini tidak mendapat sokongan dari ahli PAS sendiri malah menyekat dan mendapat tentangan. Lebih menyedihkan sebab sebenar Dr. Hassan Ali telah dipecat adalah kerana Anwar Ibrahim. Beliau memaklumkan beliau tidak mahu Anwar Ibrahim mengheret rakyat supaya menjunjung perjuangan kotor Anwar Ibrahim. Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak sanggup untuk turut bersama dalam perhimpunan pagi ini kerana tidak mahu menggalas perjuangan jijik manusia bernama Anwar Ibrahim. 
Dr. Hassan Ali secara sinis menyatakan Hadi Awang lebih 'bersih' untuk dijadikan Perdana Menteri dari Anwar Ibrahim yang sememangnya kotor. Sambil berseloroh beliau berkata beliau belum pernah jumpa manusia yang masih mahu menjadi Perdana menteri walaupun di dalam penjara. Atas dasar itulah Dr. Hassan Ali telah dipecat dari PAS. yang paling mendukacitakan beliau adalah, Timbalan Presiden Pakatan Rakyat mendesak agar PAS memecat beliau. 

Akhir kata beliau, apa pun natijahnya samaada beliau digugurkan dari PAS, dipecat dari PAS, dimansuhkan jawatan Exco PAS..perjuangan hanyalah menegakkan agama ISLAM.
Nota Kaki:
Dengan pemecatan Dr. Hassan Ali dari parti PAS, maka seorang lagi manusia yang benar-benar memperjuangkan ISLAM dibuang dari parti yang bernama Parti Islam Semalaysia atau PAS. Kelakar bukan,  parti yang memperjuangkan ISLAM telah memecat ahlinya yang benar-benar memperjuangkan ISLAM

Apakah mungkin PAS bertindak sedemikian bagi membuktikan PAS sekali lagi layak digelar Parti Anjing Suruhan? Atau mungkin PAS bertindak sedemikian kerana perlakuan Dr. Hassan Ali selama ini telah banyak menyusahkan DAP Selangor? Atau mungkin PAS mahu membuktikan bahawa mereka juga mahu mengejar jawatan Ketua Umum dengan memecat Dr. Hassan Ali? 

Apa pun spekulasinya..asam boleh menyimpulkan disini, KAFIR sekali lagi telah berjaya memecah-belahkan umat ISLAM di dalam PAS yang terdiri dari kumpulan Ulama' dan Kumpulan Atarturk. Siapa ejen KAFIR a.k.a DAP di dalam PAS, anda nilaikanlah sendiri.. 



Wednesday, June 15, 2011

Bersih 2.0..Dalangnya & Game Sebenar!

salam seDunia..


Pembangkang telah mewar-warkan pada dunia bahawa mereka akan mengadakan satu perhimpunan jalanan (BERSIH 2.0) pada 9hb. Julai ini. Hampir segala medium yang ada di Internet telah digunapakai oleh anjing-anjing siber Pembangkang dan tidak kurang juga mereka menyalak seperti ANJING di pentas-pentas ceramah mereka bagi menarik minat rakyat untuk turun padang menyokong BERSIH 2.0. Kononnya perhimpunan jalanan ini adalah untuk menuntut agar SPR memberi UNDI OTOMATIK bagi setiap individu yang berumur 21 tahun ke atas.


Pada perhimpunan BERSIH 1.0 yang lepas, Pembangkang telah menggunapakai parti politik sebagai PENGGERAK namun pada kali ini khidmat parti politik tidak digunapakai lagi. Cabaran mengepalai perhimpunan Bersih 2.0 kali ini telah diserahkan pada seseorang yang bernama Ambiga Sreevenasan.
Dalang BERSIH 2.0
Ambiga Sreevenasan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam dan Ambiga terkenal dengan fahaman pluralisme di Malaysia. Beliau pernah mempertikaikan perlaksanaan Hukum Syariah dalam Artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy. Ambiga adalah Penggerak dan Pendokong Interfaith Commission (IFC) iaitu badan yang memperjuangkan penghapusan keistimewaan ISLAM dan MELAYU di bumi Malaysia. Ambiga dan Majlis Peguam mempunyai agenda tersendiri dimana agenda mereka sangat jelas iaitu benci pada ISLAM. Mereka sangat benci kepada pemerintahan yang hendak mempertahankan agama ISLAM. Di dalam kempen Pembangkang di PRU Sarawak yang lepas, Ambiga pernah menyuarakan yang beliau hendak perhimpunan ala Mesir!. Ini bererti RUSUHAN! Bayangkan impak yang Ambiga mahu cetuskan di BERSIH 2.0 kali ini dan peluang itu telah diberi oleh Ketua Umum PKR Anwar Al-Juburi!


Anwar Al-Juburi telah menyatakan bahawa dia akan turun pada BERSIH 2.0 ini. Anwar Al-Juburi kini telah tersepit dengan kes perbicaraan liwatnya dan kini telah sampai ke peringkat BELA DIRI. Dalam proses perundangan, BELA DIRI membawa maksud Anwar Al-Juburi harus memberi keterangan dan dia seharusnya memberi keterangan pada 6hb. Jun lepas tetapi seperti biasa Anwar Al-Juburi telah meminta tangguh atas sebab Hakim tidak layak untuk pembelaan!. Mahkamah telah menangguhkan perbicaraan ke 16hb. Julai 2011. 


'Game' Sebenar!
Untuk pengetahuan semua, pembelaan Anwar Al-Juburi adalah ALIBI iaitu 'beliau tiada di tempat kejadian pada masa liwat itu berlaku'. Kes meliwat Saiful kali ini berbeza dengan kes liwat yang pertama kerana kes dahulu kekurangan bukti. Dalam kes meliwat Saiful, Anwar Al-Juburi berdepan dengan bukti sahih iaitu rakaman CCTV dan DNA yang ditemui.  Pada 16hb. Julai nanti, Anwar Al-Juburi harus berdepan dengan bukti-bukti sahih rakaman CCTV, DNA yang dijumpai dalam 'karung kunyit' Saiful, 7 orang yang terdiri dari pakar kimia, dna, doktor dan forensik dan keterangan dari Ketua Staff Kondominium yang menyatakan ada kehadiran Anwar Al-Juburi ke tempat kejadian. Paling ditakuti Anwar dalam perbicaraan liwat kali ini ialah salah seorang alibi Anwar adalah isterinya sendiri! Kak Jijah sudah pasti akan menggelabah anjing bila ditanya  oleh peguam nanti!.


Atas sebab-sebab diatas sudah pasti Anwar Al-Juburi tidak berani untuk berdepan dengan kes perbicaraan meliwat Saiful ini dan salah satu jalan yang terbaik bagi mengelakkan diri dari kes ini adalah dengan melakukan rusuhan BERSIH 2.0!. Modus operandi mereka masih sama dengan BERSIH 1.0 iaitu mencetuskan rusuhan rakyat bagi mengelak berdepan dengan perbicaraan!. 


Ulasan:
Orang PAS sudah pasti akan turun tapi persoalannya disini, apakah mereka sedar bahawa mereka hanyalah barua-barua bagi Anwar?. Agenda Anwar adalah jelas iaitu hendak mengelak dari perbicaraan. Agenda Ambiga Sreevenasan bersama Majlis Peguam juga jelas iaitu mahu menghancurkan ISLAM dan pemerintahan  Kerajaan mempertahankan ISLAM. Agenda PAS? untuk BERSIHkan SPR? Fikir pakai otak ler PAS oi!


Pihak polis sudah memberi 'greenlight' supaya menganjurkan BERSIH 2.0 di dalam Stadium namun mereka berdegil  tetap hendak mengadakan perhimpunan di atas jalanraya. Niat kimak-kimak ini sudah jelas bahawa mereka hendak melakukan kekecohan ala Mesir!! Penyudahnya nanti, Melayu bertempur sesama Melayu..Cina dan India tersenyum dari jauh..fikirkanlah!
p/s: Sekiranya bumi Malaysia hancur..orang Cina boleh balik China, orang India boleh balik India, orang Melayu nak balik mana?? 



Sunday, March 13, 2011

Demo Aman Desak DNA Anwar Al-Juburit !

salam seDunia..


Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi, satu demostrasi aman telah dianjurkan oleh badan NGO Selangor iaitu GAPS, PERKASA, MIC Subang dan beberapa NGO lain bagi mendesak Anwar Al-Juburit supaya memberi DNA beliau kepada Polis. Demonstrasi ini diadakan serentak mengikut negeri iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.


Dalam demonstrasi aman ini, Pengerusi GAPS, Sdr. Hamidzun telah mendesak supaya tiada layanan istimewa diberikan kepada Anwar dan beliau mendesak agar Anwar tidak berdolak-dalih dalam memberikan DNA beliau kepada Polis.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Sdr. Armand Azha juga hadir dalam demonstrasi aman ini dan beliau juga memberitahu bahawa rakyat Malaysia semakin bosan dengan sandiwara Anwar melengah-lengahkan perbicaraan. Jika benar Anwar merasakan dirinya tidak bersalah, maka bekerjasamalah dengan pihak Polis supaya perbicaraan dapat dijalankan secepat mungkin. Adalah amat ketara bila tindak-tanduk Anwar melengah-lengahkan perbicaraan dengan sebab-musabab yang sangat banyak, membuktikan bahawa Anwar semakin kecut dengan pertuduhan terhadap beliau.


p/s: Jika tak meliwat..kerjasama ajelah..mangkok! Mana Pemuda Selangor? Tido ker main golf?
Anwar Al-Juburit Harus Bertaubat!

Monday, December 6, 2010

Saiful Bukhari - Berani Kerana Benar..



Petikan Artikel : Agenda Daily



Masih ingat MUHABALAH atau SUMPAH LAKNAT Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008?.


Ekoran itu pelbagai tohmahan serta tuduhan dilemparkan sesetengah pihak malah juak-juak penyokong Anwar menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Tambahan pula angkat sumpah itu berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Malah pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dalam Pakatan Rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.


Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.


“Ia suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.


Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.


Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.


Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful.


Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.


Cerita ini sengaja Agendadaily timbulkan semula selepas mendengar Mohd Saiful ada mengaku kejadian tersebut memang menimpannya.


Lebih menarik pengakuan itu dibuat di Mekah, ketika beliau menunaikan haji ke tanah suci baru-baru ini. 


Mohd Saiful dijangka pulang ke negara dalam masa beberapa hari ini.


Menurut maklumat diperolehi, Mohd Saiful kebetulan bergerak bersama-sama rombongan jemaah dari Johor.


Sudah tentu ada antara mereka mengenali beliau selepas pengakuan itu tambahan pula kes dakwaan liwat terhadap Anwar di mahkamah belum berakhir.


Barangkali kerana ragu dengan pelbagai cerita fasal sumpah laknat dan dakwaan liwat itu, ada antara mereka memberanikan diri bertanya kebenaran perkara itu.


Mohd Saiful dalam menjawab persoalan itu, mengakui semua yang menimpa dirinya itu memang benar.


Cerita jemaah Johor ini diberitahu kepada Agendadaily oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Fuad Zakarsi yang turut mengerjakan haji baru-baru ini.


Bagi sesetengah pihak pengakuan Mohd Saiful ini bukanlah benda pelik atau sesuatu yang baru tetapi ambil kira pengakuannya di Tanah Suci Mekah dan tambahan pula beliau sedang mengerjakan rukun Islam ke lima itu, maka mustahil segala yang menimpa dirinya adalah rekaan atau dibayar pihak tertentu dalam apa dikatakan agenda untuk menjatuhkan Anwar.


Ramai umat Islam percaya, mereka yang menunaikan haji atau berada di Tanah Suci tidak boleh berkata sembarangan apatah lagi bercakap bohong.- 4/12/2010


Ulasan:
Blogmaster amat kagum dengan pendirian Sdr. Saiful Bukhari. Walaupun ribuan manusia BANGANG dalam PR menghina, menyumpah-seranah, memaki malah ada yang sampai sanggup mengugut nyawa beliau, Saiful Bukhari tetap dengan pendiriannya.
Pemikiran secara logik: 
Saiful Bukhari - Mangsa liwat telah bersumpah dan membuat pengakuan di Masjid Malaysia dan di Bandar Suci Mekah. Saiful Bukhari akur dengan setiap permintaan yang perlu dibuat bagi membersihkan namanya dan menegakkan kebenaran! 
Sehingga ke hari ini, beliau tetap istiqomah dalam perjuangan beliau menegakkan kebenaran dan memusnahkan kemungkaran. Akibat dari itu, corak kehidupan beliau berubah sama sekali. Beliau mungkin tidak se'bebas' dahulu. Masyarakat memandang serong akan beliau kerana beliau dianggap modal BN atau UMNO untuk menjatuhkan kredebiliti Anwar pada masa itu.


Anwar Al-Juburi - Mangkuk Hayun ni dari dulu tak bersumpah! Malah Al-Juburi memaklumkan yang setelah dinasihati oleh para ulamak PASola, maka  membuat keputusan untuk tidak bersumpah. Selang beberapa hari, boleh pulak dia bersumpah masa menang PRK Parlimen Permatang Pauh. Sehingga ke hari ini, Al-Juburi masih lagi berdolak-dalih bila ditanya bila hendak bersumpah. Prosiding Mahkamah masing berlangsung ke hari ini dengan pelbagai PENANGGUHAN dibuat oleh Al-Juburi. Itu tak kena..ini tak kena.. 


PASola - Kepimpinan PASola telah beriya-iya mempertahankan Al-Juburi sehinggakan  mereka sanggup 'menelan' kebenaran Saiful Bukhari demi perjuangan politik mereka. PASola yang satu ketika dulu satu parti politik yang berteraskan ISLAM, kini makin kabur terasnya..Nik Najis yang dikatakan nyanyuk, semakin bercelaru pendapatnya..


PKR - Hari demi hari, semakin ramai yang telah keluar dari parti BANGANG ini. Hari ini, hanya tinggal segerombolan manusia yang masih berpegang teguh ada PKR kerana kesedapan memegang 'KUASA' yang diberikan rakyat pada PRU yang lepas. Manifesto PKR pada PRU yang lepas pun entah ke mana. Harap Air Free ajelah! tu pun bukan Free! Mana janji elaun ibu tunggal yang layak? Mana elaun khas surirumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak mereka? Mana caruman takaful RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim? Senarai Janji-janji PR mada PRU 12 yang lepas: KLIK SINI!


DAPig - Mereka mengambil keputusan untuk tidak berkokok dalam isu Liwat ini kerana mereka KAFIR! Kafir kan takder hal bab liwat meliwat ni...lagipun takder untung untuk mereka support isu ini..


Persoalan mudah yang pernah ditanya oleh seorang sahabat: Kamu minum arak? Betul kamu tidak minum arak? Berani kamu bersumpah dengan mengatakan kamu tidak pernah minum arak demi membersihkan maruah kamu? Jadi kenapa Anwar Ibrahim tidak berani bersumpah? Wallahualam..Fikir-fikirkanlah ...


p/s: RAKYAT SELANGOR JANGAN TERSILAP MEMILIH DI PRU-13 AKAN DATANG..


nak kene macam ni???
PAS itu Melayu
UMNO itu ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT !!

- a s a m -