About

Showing posts with label Pakatan Haram Jadah. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Haram Jadah. Show all posts

Friday, January 11, 2013

HKR #KL112: Nantikan sahaja kemurkaan Allah S.W.T.


HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible
 Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai  wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.
Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.
 Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati  dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu  nanti  jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan  PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.

Tuesday, October 23, 2012

WakeUpCall! - BN wajib perangi propaganda Grand Final PR


Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran yang dikenali sebagai Grand Final PR.

Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.
 Warna kuning mewakili Bersih 3.0 yang berkaitan dengan tuntutan pilihanraya, merah pula mewakili tuntutan royalti minyak Kelantan oleh NGO Royalti, warna hijau mewakili NGO alam sekitar yang anti Lynas dan Rapid Pengerang, manakala warna oren merupakan gerakan anti FELDA dan anti FGVH.

Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.

Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.

Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji nuklear.

Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang mereka miliki.

Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?

Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.
 Jelas sekali, polemik dan propaganda PR dalam isu Lynas, Rapid Pengerang mahupun SPR, bukanlah atas niat baik untuk kepentingan rakyat sebaliknya mereka mempolitikkannya semata-mata untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata.
Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.

Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.

Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.

Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil, Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.
Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap terbela.

Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari luar Kelantan.

Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu hipokrit namanya.

Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh memandai mudah.
Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi, lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN. Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.


Jika pihak BN bijak memanfaatkan peluang yang sedang terbentang tika ini, Grand Final PR akhirnya akan menjadi panggilan pulau untuk PR sekaligus menjadi paku-paku terakhir untuk pemimpin PR bersemadi dalam keranda politik tanahair.
p/s: sedih bilamana bangsa Melayu ditipu sebegitu mudah..

Friday, October 19, 2012

Meruntuh lebih mudah dari membina..

Tajuk itu sendiri merupakan satu peringatan. Peringatan kepada para pembaca diluar sana. Bidalan ini berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Bukan hanya dari sudut politik malah ianya berkaitan dengan hampir kesemua aspek.
Contoh, rumahtangga yang dibina berpuluh tahun akhirnya runtuh akibat orang ketiga..

Atlit sukan yang bertungkus lumus berlatih bagi menghadapi sukan temasya, akhirnya gagal dek kerana kantoi ujian air kencing..

Kemajuan negara yang dibina melalui proses selangkah demi selangkah, juga bakal runtuh bilamana ada segerombolan manusia yang jaki untuk memerintah!

Hakikatnya inilah realiti dunia hari ini. Secara sedar atau tidak, bangsa Melayu sedang dibunuh secara halus oleh bangsa bukan Melayu. 

Jika dahulu pabila sebut sahaja nama Melayu, sudah pasti ramai yang akan kagum dengan nama tersebut akan tetapi kini pabila disebut sahaja nama Melayu, sudah pasti kita terbayang satu kaum yang begitu dahsyat berdepan dengan masalah sosial, menjadi penghuni penjara, peminta sedekah dan pelbagai masalah lagi..

Kenapa semua ini terjadi? 

apakah ianya kerana bangsa Melayu itu masih berasakan mereka tuan tanah di bumi Malaysia ini sehinggakan mereka menjadi malas akibat status itu? 

atau bangsa Melayu itu sudah sebati akan kehidupan ala barat yang menidakkan kebenaran yang ternyata dalam Al-Quran? 

pernah anda terfikir, mengapa hanya bangsa Melayu sahaja yang meminta sumbangan sedekah di kedai-kedai makan dengan bertemankan seorang yang cacat penglihatannya? kenapa tiada bangsa lain?

usaha melemaukan bangsa Melayu ini dirancang sekian lamanya oleh kaum kafir. baik dari segi pemakaian, pemakanan, pola kehidupan malah doktrinnisasi mereka menular dengan begitu banyak sekali dalam kaca televisyen dan internet.

Lebih menyedihkan bila si kafir mendapat bantuan dari segelintir bangsa Melayu itu sendiri. Ambilkira dari sudut kuasa..Barisan Nasional yang ditunjangi bangsa Melayu selama ini cuba diprovokasi, difitnah, dihina, dituduh kafir oleh pembangkang yang kita sendiri tidak tahu siapa yang menunjanginya..

harapan mereka, mahu menawan Putrajaya dan menguburkan Barisan Nasional khususnya Umno hingga ke liang lahad. Sedangkan di dalam Barisan Nasional itu ada Melayu yang mengucap dua kalimah syahadah! 

atas alasan Barisan Nasional itu korup, maka mereka berasakan mereka lebih layak untuk memegang tampuk pemerintahan negara? sedangkan mereka sendiri terkantoi dengan penyalahgunaan kuasa di negeri-negeri jajahan mereka..



mereka menyalak siang dan malam mengutuk pemerintahan sedia ada..mereka nampak ilusi yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tatkala mereka berjaya menawan Putrajaya..tapi realitinya mereka gagal dalam memberi kemajuan kepada anak bangsa!
Jika benar Barisan Nasional selama ini korup dan gagal, masakan Malaysia begitu gah di mata dunia? Jika benar PM Najib berjiwa alakafir, masakan kepimpinannya diiktiraf serata dunia? 

Lebih 55 tahun pembangunan, kemajuan, pemodenan, kemahsyuran dibina oleh kerajaan dinikmati oleh semua tanpa mengira bangsa dan agama. Tak perlulah kita menyangkal kewibawaan kerajaan sedia ada..tak perlulah kita melumur pemikiran kita dengan doktrin pembangkang yang hanya tau mencari kesalahan orang lain sedangkan salah sendiri tidak mahu mengaku..tak perlulah kita menjual maruah diri semata-mata mahu mendapat kepujian kafir yang mahu menjahanamkan bangsa kita..

Cukup-cukuplah membunuh bangsa sendiri..yang untung hanyalah si kafir! 


Akibatnya nanti kita bakal mengemis di bumi sendiri..

p/s: sebelum jadi YB naik basikal ajer..dah jadi YB basikal pun tak pandang..tipulah kalau YB pembangkang tak 'sakau' duit rakyat..

Tuesday, April 3, 2012

Muka-muka Pengkhianat Melayu !

Tataplah muka-muka di atas dengan penuh perhatian. Inilah rupa Melayu yang mahu mengkhianat bangsa Melayu itu sendiri!.


Mereka telah menjadi barua kepada DAP dalam usaha pembangkang mahu meraih undi Melayu. Mereka sanggup mengenepikan sejarah 13 Mei, peristiwa orang Melayu mati dibunuh oleh komunis!, anggota Polis & Tentera diseksa oleh Komunis!..semata-mata kerana mahu mengejar kemewahan duniawi yang diberi oleh DAP sial ni..


Kenapa DAP mahu meraih undi Melayu sedangkan PKR & PAS berada di dalam pakatan 'haram' mereka? persoalan ini seharusnya ditanya kepada orang-orang PKR & PAS..barangkali mereka mempunyai jawapan atau barangkali mereka juga tertanya-tanya kenapa?


psst: orang PAS boleh jawap? 

Tuesday, March 6, 2012

Siapa yang harus dipersalahkan?


Anda pasti terlihat poster sebegini di ruang anak tangga sekiranya anda duduk di kawasan rumah pangsa. Agak kurang ajar bahasa yang digunakan bukan? Tapi itulah realitinya..sikap segelintir penduduk yang mementingkan diri sendiri dengan membuang sampah di celah-celah 'bedah' khususnya di tepi laluan tangga rumah pangsa sedikit sebanyak mengundang beberapa masalah. Bila ditanya kenapa buang di situ, ada yang menjawap dengan mengukir senyuman anjing (kantoi malu), "lif selalu rosaklah" jawapan selamba, malah ada yang marah bila ditanya sedemikian (golongan ini confirm BINATANG!). 
Permandangan seperti gambar diatas pula kebiasaannya juga terdapat di rumah-rumah pangsa PPRT. Gambar ini diambil setelah 5 hari lori sampah tidak datang untuk memungut sampah di pangsapuri sekitar kawasan Petaling Jaya. Bukankah ini akan mengundang masalah penyakit? Anjing-anjing liar sudah pasti akan 'happy' dengan keadaan begini. Ini belum lagi pencemaran bau yang sangat tidak menyenangkan penduduk kawasan.
Umum mengetahui sistem pungutan sampah ini dibawah kuasa (PBT) Pihak Berkuasa Tempatan. PBT selalunya akan melantik syarikat yang layak mengikut syarat yang ditetapkan melalui tender. Dan bagi kawasan sekitar Petaling Jaya, PBT dah tentulah Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Banyak aspek yang boleh dipersoalkan seperti:


Lori kontraktor sampah rosak kesemuanya?


Apakah PBT tiada pegawai untuk memantau kerja-kerja pemungutan sampah dari masa ke semasa? 


Apakah mungkin kontraktor sampah mogok dengan tidak menjalankan kerja kerana kelewatan pembayaran dari PBT?


Bagaimana syarikat kontraktor sampah dipilih, telus atau dipilih atas arahan Ahli Majlis? 


Banyak lagi sudut persoalan yang boleh diketengahkan tapi biarlah rakyat menilai..


Nota Kaki:
Persoalannya disini..siapa yang harus dipersalahkan, Rakyat, Kontraktor Sampah atau Pihak Berkuasa Tempatan?


Dulu masa BN perintah, jarang betul ada masalah sampah ni..kan?


Tuesday, February 21, 2012

Cina bukit, ada hati nak bercerita tentang Hidayah?


Desas-desus PRU13 semakin terasa di serata Malaysia. Parti-parti politik semakin kerap mengadakan program itu-ini bagi menarik minat pengundi untuk menyokong mereka khususnya Parti Anjing Semalaysia atau PAS. 
tonton video ini sehingga habis..



Soalan:
APA relevannya seorang yang bukan beragama ISLAM mempertikai manusia bernama Dr. Hassan Ali dalam usaha beliau menegakkan Islam, Melayu & Raja Berperlembagaan?

KENAPA cinabukit ini menuduh malah membanding tahap keimanan seorang ISLAM yang lain?

MENGAPA cinabukit ini dengan sewenang-wenangnya membaca ayat suci Al-Quran sedangkan dia 'declare' dia tahu kemuliaan agama ISLAM yang melarang ayat suci Al-Quran dibaca sewenang-wenangnya oleh kafir?

KENAPA apa sahaja tohmahan cinabukit ini, disusuli oleh hilai tawa orang-orang PAS sedangkan secara terang-terangan cinabukit ini memperlekehkan ISLAM?

MENGAPA bila disudahi dengan 'takbir' cinabukit ini, orang-orang PAS tanpa segan silu membalas dengan 'Allahuakbar' ?

Notakaki:
Andai sudah ada jawapan bagi soalan-soalan di atas, maka setuju atau tidak jika asam katakan ahli-ahli PAS hari ini semakin bodoh, bingai, bebal, taksub kotey terhadap Parti melebihi Islam itu sendiri?

Monday, January 9, 2012

901 - Antara Anwar dan Saiful..


Pagi ini mahkamah akan menentukan sama ada Anwar Ibrahim bersalah dalam kes meliwat Saiful Bukhari atau tidak. Susulan dari keputusan dari mahkamah sebentar nanti, Pakatan Rakyat telah mengusulkan agar penyokong di kalangan mereka supaya turun beramai-ramai bagi membuktikan ketotokan mereka terhadap perjuangan kote bengkok Anwar Ibrahim.


Beberapa rakan blogger asam telah membuat tinjauan ke beberapa tempat yang dikatakan bakal menjadi 'port' panas pagi nanti dan ternyata keadaan sunyi sepi. bukan maksud sunyi sepi bermaksud tiada orang, ada memang ada beberapa kumpulan kecil manusia yang telah hadir namun jumlahnya tidaklah ramai. barangkali ini kerana esok adalah hari bekerja. dengan kesesakan jalanrayanya, kesibukan ibubapa menghantar anak ke sekolah dan hari bekerja mungkin menjadi punca kelengangan 'port' panas ini.


Apa yang menarik perhatian asam, sejauh manakah kita selaku rakyat yang telah dijamukan di kaca televisyen, radio, platform internet selama beberapa tahun mengenai kes liwat Anwar Ibrahim ini dapat menerima keputusan mahkamah?


Jika Anwar didapati bersalah meliwat..bagaimana reaksi anda dan jika Anwar didapati tidak bersalah atas sebab teknikal bagaimana pula reaksi anda?
Asam bersama rakan-rakan blogger lain Papagomo, RBF, Parpukari, Darul Ehsan Today, Gerakan Anti PKR, Media Info kita dan AIDC telah berkesempatan menemui Saiful Bukhari beberapa hari lepas bagi mendapatkan reaksi beliau mengenai tarikh 9hb. Januari dan kebarangkalian keputusan mahkamah. Ternyata Saiful Bukhari tenang malah bersedia menerima apa jua keputusan mahkamah. Pucuk pangkalnya beliau telah melakukan yang terbaik untuk menegakkan HAQ. Tanggungjawab beliau untuk menegakkan kebenaran telah terlaksana dengan baiknya. Selebihnya beliau berserah kepada Yang Maha Kuasa..
Kepada Anwar Ibrahim, asam berharap agar kebenaran bakal timbul pada pagi ini dan bersedialah anda ke penjara atas kesalahan dunia yang anda lakukan..
Kepada Saiful Bukhari, bro..since 3 tahun 6 bulan lepas kami bloggers jalanan telah bersatu membantu perjuangan anda mengikut kesesuaian kami selaku bloggers..kami akan terus menyokong anda! terima kasih atas keberanian anda mengenengahkan perilaku jijik manusia bernama Anwar Ibrahim.
Dunia mungkin lepas..Akhirat CONFIRM takkan terlepas!

Friday, December 23, 2011

Edisi Jumaat: Ahli PAS Hanyut Dilalaikan Sham Kamikaze dalam Masjid !



Muzik pada umumnya merupakan alat-alat tertentu yang timbul daripadanya alunan bunyi dan irama sama ada ia berbentuk yang dipukul atau dipalu seperti gendang, rebana dan lain-lain atau yang ditiup seperti seruling, serunai, trompet dan lain-lain atau yang dipetik seperti gambus, gitar, biola dan seumpamanya. Kedudukan hukum muzik ini bergantung kepada apa jenis alat dan penggunaannya kerana ada diantaranya yang diharamkan oleh syarak dan ada pula diharuskan. Oleh itu kedudukan hukum muzik itu sendiri akan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

a) Menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram.

b) Bermain alat muzik yang harus, namun telah dicampur dengan perkara-perkara yang haram seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi atau bukan mahram dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi unsur-unsur cinta asmara, percampuran dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, disertai dengan arak, judi dan sebagainya. Para ulamak telah sepakat menghukumkan bermain alat muzik dalam keadaan seperti ini adalah haram.

Persoalan yang timbul sekarang ialah yang mana satukah alat muzik yang diharamkan oleh syarak dan mana satu yang diharuskan. Adakah semua alat muzik itu diharamkan atau semuanya diharuskan atau sebahagiannya diharamkan dan sebahagiannya pula diharuskan. Adakah pengharaman itu ke atas alat-alat muzik itu sendiri atau kerana faktor-faktor luar yang beserta dengan alat-alat muzik tersebut. Inilah yang akan kita bahaskan di dalam risalah yang kecil dan ringkas ini.

PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK

Terdapat pelbagai pandangan di kalangan ulamak mengenai perkara di atas. Mereka tidak sepakat mengenainya disebabkan perbezaan pandangan dalam memahami hadis-hadis yang menyebut mengenai alat-alat muzik dan juga dari segi penentuan kedudukan martabat hadis-hadis yang diriwayatkan mengenainya.

Golongan Ulamak Yang Pertama


Sebahagian ulamak mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:

Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir, ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).

Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. 

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

b) Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
Dikeluarkan oleh al Dailami

c) Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
Dikeluarkan oleh al Dailami

Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.

d) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).

e) Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).

Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:

ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.


Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.
Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.

Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.

Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Hiburan itu tiga keadaan:

a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya.

c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Berkata al Imam al Sayyid ‘Alwi al Maliki al Husni: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun haram mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.



Ulasan:


Jelas bukan? 


Bagaimana pula dengan aksi Sham Kamikaze bermain gitar di dalam Masjid sewaktu berceramah?





Apa hukumnya bermain gitar di dalam Rumah Allah dan apa hukum pendengar yang mendengar petikan gitar Sham Kamikaze?


Bukankah kita digalakkan beriktikaf di dalam Masjid? 


Tepuk dada..tanya IMAN..


Nota Kaki:
Semakin BINGAI puak-puak tohik ni..mudah benar hendak menipu penyokong PAS ni..Ust Zul tu takkan tak tahu hukum bermain gitar dalam Masjid? ke BINGAI jugak ...



Friday, November 18, 2011

Pengorbanan Orang Terdahulu Menjadi Sia-sia..

salam seDunia..

asam menyeru kepada sesiapa jua yang melihat & membaca posting kali ini agar tenangkan fikiran..bersihkan minda dari ideologi politik..tontonilah video dibawah dari mula sehingga selesai..


Sesudah menonton, saudara/saudari tanyalah pada diri sendiri..apakah kita sudah cukup berkorban demi negara tercinta? Jika orang terdahulu sanggup bergadai nyawa mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh Komunis BABI, masakan kita di kala ini masih mahu mementingkan diri sendiri dengan memenuhi tembolok sendiri sedangkan realitinya Komunis BABI semakin hari semakin memperkuatkan dominasinya di Malaysia?

HENTIKAN perkauman, HENTIKAN sifat "aku lagi bagus dari sipolan tu", HENTIKAN sifat "dorang takda kena mengena dengan hidup aku",HENTIKAN sifat memburukkan orang lain walhal diri sendiri yang buruk!

Komunis: "Lu mesti ingat, ini kawasan Melayu, kalau ada banyak orang Melayu sokong, baru kita boleh menang!"

Mat Indera: "Itu memang betol..saya tahu banyak susahlah! ini orang Melayu banyak kuat punya semayang"

Komunis: "Haa..kalau itu macam..lu mesti campur dorang semayang..baru lu boleh cakap pasal parti!"

DAN PIHAK ITU BUKAN TELAH TERHENTI..MELAINKAN PULA MENJALANKAN HASUTAN..DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA..DENGAN MENGGUNAKAN IMAN & KEPERCAYAAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM ITU.. 

Jika diamati betul-betul akan klip video diatas, anda dapat sinonimkan perbualan antara Komunis BABI & Mat Indera itu telah direalitikan pada masa ini..hinaan demi hinaan diterima umat Melayu dan orang Islam, lebih menyedihkan lagi apabila ada segerombolan Melayu Bangsat yang sanggup menjilat najis Komunis ini dengan menyokong hinaan itu..malah sanggup menlacurkan bangsa Melayu itu sendiri demi memenuhi tuntutan nafsu BABI mereka!

Akhir kata..bangsa Melayu semakin hari semakin terancam dibumi sendiri. Orang Cina ada Tanah Besar China. Orang India ada Republik of India. Orang Melayu ada apa?

- asam -



Wednesday, October 26, 2011

Perutusan Khas Anwar Sempena Deepavali!

Happy Deepavali! 


Pagi ini masyarakat India seluruh Malaysia akan membanjiri Batu Caves dan kuil-kuil hindu mereka. Perayaan Deepavali atau lebih dikenali dengan Perayaan Cahaya kembali lagi menggamit suasana meriah kaum India. Perayaan Deepavali ini secara tidak langsung mewarnai kemeriahan perayaan-perayaan di Malaysia. Dengan sempena itu kepada warga Hindu yang menyambut Deepavali, asam mengucapkan Selamat Hari Deepavali! 


Perutusan Khas Anwar Sempena Deepavali 2011





Janji Pakatan Rakyat Untuk Membela Rakyat.


Kg. Buah Pala. Apakah rakyat Malaysia yang beragama Hindu masih teringat akan kekecohan sekitar tahun 2009 - 2010 mengenai Kg. Buah Pala? Anwar Al-Juburi dalam satu temubual telah berjanji kepada penduduk Kg. Buah Pala bahawa dalam tempoh 2 minggu, isu Kg. Buah Pala akan selesai dan jika ianya tidak selesai, maka jangan panggil dia "Anwar".


Sehingga ke hari ini Pakatan Rakyat masih bersilat mempertahankan bahawa merekalah parti yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat..?? anda rasa bagaimana? 

Anwar Ibrahim Putar Alam No. 1 !!
Kronologi Kg. Buah Pala: KLIK SINI

Friday, October 21, 2011

PEDAS !! Lagi Aset PKNS Mahu Dirobek Khalid Gagap!!

'Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menerima  permohonan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk merobohkan semua kemudahan sukan Gelanggang-Gelanggang Tenis, dewan  dan Padang-Padang Bola di Kelana Jaya, menggantikannya dengan Tujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat'.

Pantang Kosong Nak Sapu! Itu antara slogan Rakyat membantah permohonan PKNS kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam bantahan aman yang diadakan penduduk di PKNS SS7 baru-baru ini.


Satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan bagi menyelamatkan Padang PKNS. Jawatankuasa ini telah menyuarakan bantahan kepada MBPJ dan juga kepada Adun Seri Setia (PKR). Jawatankuasa Bertindak juga mengambil tandatangan berbentuk online petisyen dari penduduk khususnya Rakyat Selangor yang bersetuju agar Padang PKNS ini tidak dirobohkan. Bagi yang belum menandatangani online petisyen ini, anda boleh menandatangan di SINI dan petisyen ini akan diserahkan kepada Khalid Gagap supaya mengkaji semula cadangan untuk mengorbankan kawasan hijau Kelana Jaya itu. 


Susulan itu, Adun (PKR) Seri Setia telah memaklumkan dalam laman sosialnya, beliau akan menganjurkan dialog bersama penduduk ss7 bagi mendapatkan penyelesaian mengenai cadangan PKNS itu pada 22hb. Oktober 2011, pada jam 10 pagi bertempat di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS SS7. KLIK SINI
ada lagi LGB ni..aku ingat dah terbang China dah ?
Ulasan:
Masa Kerajaan Barisan Nasional perintah Selangor..aman jer Kelana Jaya ni. Ini bukan kali pertama padang rekreasi di'reformasi'kan menjadi kawasan perumahan. Tadika Pertiwi telah menjadi korban nafsu rakus Kerajaan Khalid Gagap. Tempat yang dahulunya merupakan sebuah Tadika Rakyat, kini telah menjadi teres 2 tingkat! 


Apakah mungkin nasib padang 5C, padang Kokak, padang ABC, padang Sungei Way serta padang-padang lain jika Parti Pembangkang terus memerintah Selangor? Apakah kita mahu anak-anak kita tiada tempat untuk bersukan? Apakah ini yang dinamakan Rakyat Selangor Dibela? Berapa banyak lagi harta Rakyat hendak dikorbankan Khalid Gagap?


Ayuh Rakyat Selangor ! Kita hadap Adun Seri Setia Sabtu ini bagi menyuarakan suara Rakyat Selangor sebenar bahawa kita tidak mahu terus diperbodohkan Kerajaan Pembangkang yang semakin hari semakin nampak keBANGANGannya..

Nota Kaki:
PRU 13..kita pakat Undi Barisan Nasional. Selesai masalah semua! dah terbukti 54 tahun kita hidup aman damai di Malaysia ni...