About

Showing posts with label PPUKJ. Show all posts
Showing posts with label PPUKJ. Show all posts

Friday, July 1, 2011

Anti Bersih 2.0 - NGO-NGO Dun Seri Setia Bangkit !!

salam seDunia..
Pagi tadi sekitar jam 10.00 pagi, himpunan secara aman oleh NGO-NGO Dun Seri Setia telah diadakan di hadapan Balai Polis Kelana Jaya. Himpunan ini diadakan bagi membantah Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada 9hb. Julai hadapan. Seramai hampir 100 orang telah hadir dalam bantahan aman pagi tadi.
Bantahan ini diketuai oleh Dato' Abd. Halim Samad selaku Penyelaras BN Dun Seri Setia bersama hampir 15 badan NGO-NGO yang lain. Beberapa laporan polis telah dibuat sebentar tadi menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini tidak harus diadakan bagi mengelakkan huru-hara negara. 
Antara badan NGO-NGO yang telah membuktikan Solidariti mereka terhadap Negara adalah:-
Ulasan:
Syabas asam ucapkan keatas kebangkitan barisan NGO Dun Seri Setia. Selaku rakyat yang telah hidup di bumi Malaysia dengan aman selama ini seharusnya menentang sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan kestabilan Malaysia yang tercinta. Syabas sekali lagi !!
Nota Kaki:
Ketua Pemuda PPUKJ beserta Exco mana? Masih lena?...


BERSIH ITU KOTOR
AMBABIGA ANTI ISLAM
PAS JANGAN JADI BINGAI SOKONG BERSIH

Wednesday, December 15, 2010

Santai Sambil Semak Daftar Pemilih

KelanaJaya

14.12.2010

Anda pernah melawat kawasan Rumah Pangsa? Jika anda biasa, pasti akan kelihatan pondok di sudut bawah blok Rumah Pangsa dipenuhi dengan penduduk tempatan. Mereka bersembang sambil menghirup kopi O dan yang pasti mereka akan bersembang mengenai apa sahaja. 
Kesempatan ini telah diambil oleh Biro Penerangan (BP) PPUKJ dimana, BP telah membuka Kaunter Semakan Daftar Pemilih bagi penduduk tempatan menyemak status daftar pemilih mereka. Hasil dari lawatan Blogmaster, mereka menyediakan 2 buah komputer yang dilengkapi dengan Internet bagi tugas penyemakan. Sambil itu mereka berbual santai seperti biasa. Amat simple! 
Blogmaster sempat menemuramah Ketua Penerangan PPUKJ Sdr. Rizal, beliau memberitahu program sebegini perlu diadakan bagi menghadapi cabaran PRU 13 akan datang. Tambah beliau, rata-rata penduduk di kawasan sebegini tidak tahu bagaimana untuk menyemak status daftar pengundi mereka. Jadi BP mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan kaunter santai sebegini untuk mereka. Lebih mudah untuk mereka menyemak dan mendapat informasi dimana mereka mengundi.
Ulasan:
Idea yang Menarik! Efektif! Murah!
Itu yang berlegar di fikiran Blogmaster apabila Blogmaster melawat ke pondok mereka sebentar tadi. Ada juga yang sudah mendaftar tapi tak pernah mengundi!. Blogmaster merasakan kaunter sebegini perlu diadakan di semua kawasan. Walaupun hanya semakan namun, program sebegini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan diantara UMNO dan penduduk tempatan. Syabas dan tahniah Blogmaster ucapkan!

Nak Menang Buat Cara Nak Menang!