About

Showing posts with label Pandangan Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Pandangan Peribadi. Show all posts

Wednesday, May 1, 2013

Malaysian Spring..sebuah skrip rahsia

Dalam menyusuri hari-hari akhir berkempen, aku imbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang dari tahun 2008 sehinggalah hari ini. Bagaimana sebuah negara Malaysia yang dahulunya aman damai, bertukar sedikit demi sedikit menjadi negara yang hampir musnah dengan tercetusnya beberapa siri demonstrasi bangang dinamakan Bersih. Artikel ini berasaskan dari pengalaman, pemantauan dan pembacaan yang teliti baik dari pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. 

Sejarah - 13 Mei adalah titik hitam negara Malaysia. Rusuhan kaum diantara kaum Cina dengan Melayu telah mengorbankan banyak nyawa kedua-dua kaum. Ini mungkin terjadi sekali lagi..

Pembangkang sejak dari tahun 2008 telah menunjukkan taring mereka sedikit demi sedikit. Macam-macam isu mereka korek, mereka fitnah, mereka war-warkan dengan niat menabur persepsi buruk pada rakyat terhadap Kerajaan. Antara banyak isu yang terjadi, antara yang aku nampak adalah demo Bersih. Cuba kira lapangkan fikiran..dan cuba fahamkan apa yang aku ulaskan disini..

Putrajaya At All Cost!

Itu adalah kenyataan Anwar pada penyokong-penyokong beliau yang terdiri dari DAP & PAS. Niat Anwar ini diibaratkan sebagai 'bulan jatuh ke riba' pada DAP yang sejak dari azali lagi amat memusuhi Melayu & Kerajaan. Apa sahaja pembangunan, kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan pasti akan ada sahaja yang tidak kena. Manakala PAS pula kenyataan ini mendatangkan imaginasi melampau pada penyokongnya dimana mereka membayangkan idola mereka iaitu Nik Aziz  & Hadi Awang duduk di kerusi empuk Putrajaya. 'At All Cost' membawa maksud, Anwar harus dapat Putrajaya tak kira apa cara sekalipun. Ini termasuk dengan menjadikan Malaysia kecoh seperti Arab Spring & Thailand. Ini yang merisaukan aku sebenarnya..risau kerana Melayu sekali lagi digunakan sebagai ejen perusuh dalam demo-demo Bersih.

Satu skrip panjang pengambil-alihan negara Malaysia telah dirangka oleh dua pihak diantara Anwar & DAP.  Di dalam skrip itu telah tersusun dengan rapinya perancangan sekiranya pembangkang tewas dalam PRU13 ini iaitu 'Malaysian Spring'. Bumi Malaysia akan berubah dimana akan terjadi rusuhan kaum, kerosakan harta-benda yang maksimum yang akan berlanjutan sehingga beberapa bulan lamanya. Kita dapat melihat beberapa negara telah pun terjadi insiden Spring ini dan sehingga ke hari ini, negara-negara tersebut masih belum pulih sepenuhnya.

Berbalik pada skrip tadi, pembahagian tugas adalah seperti berikut. PKR - Mengepalai beberapa kumpulan dengan tugas menimbulkan kekecohan bersiri. DAP - membantu dari segi kewangan demonstrasi-demonstrasi. PAS - jentera demonstrasi radikal. Kita tahu yang mereka telah melatih beberapa kumpulan bagi menimbulkan insiden-insiden sepanjang demonstrasi seperti 'lakonan mati' dan sebagainya. Sedar atau tidak, Bersih itu adalah latihan praktikal kepada Malaysian Spring yang mungkin akan berlaku sejurus selepas keputusan PRU13 nanti. 

Bersih 1.0 - menguji sistem keselamatan negara dengan menghimpun rakyat tanpa permit dan cuba menimbulkan kekecohan tapi tidak berapa menjadi. Pesalah-pesalah Bersih hanya dikenakan denda sahaja. Mereka memprotes mengapa tahanan-tahanan ini dilayan begitu teruk sepanjang penahanan mereka. Kita telah mengambil pendekatan untuk bertahan dalam Bersih 1.0.

Bersih 2.0 - sekali lagi mereka menguji sistem keselamatan negara dengan tetap melakukan himpunan haram, rusuhan, vandalisma harta-benda awam malah kali ini mereka memukul anggota keselamatan sehingga koma. Tahanan Bersih 2.0 telah dilayan seperti 'banduan kaya'. Mana ada OKT dapat makan nasi tomato dalam tahanan? Gila punya hospitality..kita masih lagi boleh berlembut dengan mereka ni..

Bersih 3.0 - kali ini mereka diberi permit dan kali ini aman sedikit dimana tiada anggota polis dicederakan.

Realitinya mereka telah menguji sistem keselamatan dalam negara ini dari pelbagai sudut. Jika mereka pukul polis, ini akibatnya..jika mereka berhimpun tanpa permit, ini akibatnya..jika mereka itu ini, ini akibatnya. Golongan mana yang paling menyerlah dalam demo Bersih kalau bukan Melayu dalam PAS. Sanggup mengheret anak bini dalam himpunan yang disangkakan aman. Kononnya jihad tapi realitinya mereka dipergunakan! Akibat taksub pada amanat pemimpin mereka, maka mereka sanggup berjihad menentang saudara seISLAM..

DAP tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama ketika 13 Mei, jika dahulu mereka berdepan dengan Melayu, kini mereka mempergunakan rakan sekutu mereka PAS untuk menjadi perisai rusuhan Malaysian Spring. Manakala PKR hanya mengikut sahaja asalkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Siapa yang bakal untung jika terjadi Malaysian Spring ini? 

                                    Melayu PAS + PKR vs. Melayu BN = DAP yang untung!

tanya diri sendiri..sanggupkah PAS membunuh saudara seAgama anda nanti? sanggupkah PAS memenggal leher Melayu BN seperti di Tak Bhai demi Putrajaya? sanggupkah PAS melihat anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, hanya dek kerana mahu mendapatkan Putrajaya? sanggup PAS menjawap kami membunuh kerana mahukan Putrajaya di padang mahsyar nanti? 

Jika sanggup, fikirkan ini pula..sanggupkah kamu mati kerana Putrajaya? sanggupkah kamu melihat anak-anak kecil kamu membesar tanpa ayah? sanggupkah kamu menolak tangan saudara seISLAM hanya dek kerana memuaskan dendam seorang manusia bernama Anwar? 

Musuh kita adalah kafir harbi, musuh kita adalah mereka yang menolak agama ISLAM, musuh sebenar kita adalah DAP. 

aku harapkan ini semua tidak terjadi. Andai ini terjadi, maka aku mendoakan keselamatan buat semua yang mempertahankan negara ini demi agama, bangsa & negara..amin 




Thursday, December 13, 2012

Mereka bukan lawan anda. Stop #childabuse!


Tahukah anda bahawa kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat?

Statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak. Tambahan pula, angka ini mungkin hanya mendedahkan sekelumit daripada masalah yang lebih besar kerana banyak kes dipercayai tidak dilaporkan.Sesetengah kes pula mungkin telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tetapi tiada bukti yang mengesahkannya.

Pengabaian merupakan bentuk penderaan kanak-kanak yang paling lazim di Malaysia, diikuti penderaan fizikal dan penderaan seksual. Kegagalan untuk menjaga dan mengawasi kanak-kanak menjadi punca utama kematian kanak-kanak.

Apa yang paling membimbangkan ialah ramai pendera kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, anggota keluarga terdekat, saudara mara atau ibu bapa angkat kepada mangsa itu sendiri.

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu kesalahan di Malaysia, boleh dihukum di bawah Akta Kanak-kanak (2001) dan Kanun Keseksaan (pindaan 1997). Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-dua sekali, bergantung pada kesalahan yang dilakukan. Pesalah juga boleh dihukum sebat di samping denda dan/atau hukuman penjara.
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut jantina
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut negeri

Ramai orang merasakan bahawa penderaan kanak-kanak terbatas kepada bentuk penderaan fizikal sahaja. Sebenarnya, empat jenis penderaan kanak-kanak yang lazim boleh dikenal pasti:
Penderaan Fizikal
Penderaan Emosi
Penderaan Seksual
Pengabaian

Penderaan kanak-kanak memberikan kesan kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, dan menjejaskan maruah mereka. Dalam kebanyakan kes, kesan emosi jangka panjang tidak akan hilang.

Kanak-kanak dan golongan muda yang berkeperluan khas, termasuk kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang menghidap HIV dan AIDS, amat terdedah kepada penderaan. Kanak-kanak tanpa dokumen, penghijrah dan kanak-kanak pelarian ialah satu lagi kumpulan kanak-kanak yang begitu terdedah kepada penderaan.

Artikel 19 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) memperuntukkan supaya Kerajaan mengambil langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka atau sesiapa sahaja yang menjaga mereka. Dari segi disiplin, CRC mengesahkan bahawa sebarang bentuk disiplin yang melibatkan keganasan tidak dapat diterima.

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) sebagai penganiayaan kanak-kanak. Untuk mengetahui takrif dan maklumat WHO tentang penganiayaan, lawati laman web WHO.

Nota Kaki:
Dunia maya kebelakangan ini memaparkan perihal seorang bapa berbangsa India mendera anaknya. Dan pada hari ini terpampang di muka hadapan suratkhabar bahawa BINATANG itu telah ditahan Polis bagi membantu siasatan manakala ibu kanak-kanak malang itu telah menghilangkan diri. 

Aku berterima kasih kepada sesiapa juga yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kes penderaan kanak-kanak. Aku sangat berharap agar setiap pendera ini dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar ia menjadi mimpi ngeri pada setiap manusia yang teringin nak mendera kanak-kanak. 

Tiada satu agama pun dalam dunia ini yang mengizinkan penderaan kanak-kanak. Dimana kepercayaan terhadap anutan agama anda jika anda tergamak untuk mendera kanak-kanak yang tidak tahu apa...

Anda boleh sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa atau anda boleh memanjangkan artikel ini buat pemahaman yang lain. 

p/s: anak orang lain kita buat tak reti ajer pasal kita tak kenal..tapi bila kena anak sendiri, satu dunia kita minta simpati..adilkah? 





Friday, November 18, 2011

Pengorbanan Orang Terdahulu Menjadi Sia-sia..

salam seDunia..

asam menyeru kepada sesiapa jua yang melihat & membaca posting kali ini agar tenangkan fikiran..bersihkan minda dari ideologi politik..tontonilah video dibawah dari mula sehingga selesai..


Sesudah menonton, saudara/saudari tanyalah pada diri sendiri..apakah kita sudah cukup berkorban demi negara tercinta? Jika orang terdahulu sanggup bergadai nyawa mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh Komunis BABI, masakan kita di kala ini masih mahu mementingkan diri sendiri dengan memenuhi tembolok sendiri sedangkan realitinya Komunis BABI semakin hari semakin memperkuatkan dominasinya di Malaysia?

HENTIKAN perkauman, HENTIKAN sifat "aku lagi bagus dari sipolan tu", HENTIKAN sifat "dorang takda kena mengena dengan hidup aku",HENTIKAN sifat memburukkan orang lain walhal diri sendiri yang buruk!

Komunis: "Lu mesti ingat, ini kawasan Melayu, kalau ada banyak orang Melayu sokong, baru kita boleh menang!"

Mat Indera: "Itu memang betol..saya tahu banyak susahlah! ini orang Melayu banyak kuat punya semayang"

Komunis: "Haa..kalau itu macam..lu mesti campur dorang semayang..baru lu boleh cakap pasal parti!"

DAN PIHAK ITU BUKAN TELAH TERHENTI..MELAINKAN PULA MENJALANKAN HASUTAN..DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA..DENGAN MENGGUNAKAN IMAN & KEPERCAYAAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM ITU.. 

Jika diamati betul-betul akan klip video diatas, anda dapat sinonimkan perbualan antara Komunis BABI & Mat Indera itu telah direalitikan pada masa ini..hinaan demi hinaan diterima umat Melayu dan orang Islam, lebih menyedihkan lagi apabila ada segerombolan Melayu Bangsat yang sanggup menjilat najis Komunis ini dengan menyokong hinaan itu..malah sanggup menlacurkan bangsa Melayu itu sendiri demi memenuhi tuntutan nafsu BABI mereka!

Akhir kata..bangsa Melayu semakin hari semakin terancam dibumi sendiri. Orang Cina ada Tanah Besar China. Orang India ada Republik of India. Orang Melayu ada apa?

- asam -



Friday, July 29, 2011

Surat Terbuka untuk Datuk Paduka Marina Mahathir

salam Datuk Paduka..

YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.

Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut. 

Datuk Paduka keturunan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?

Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus-lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?

Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.

Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat? 

Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?

Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang..
Nota Kaki:
Personally i think she's fCukin' stupid..

Monday, July 11, 2011

Tahniah..Melayu Ungguli Carta !

salam seDunia..


Melayu..bangsa yang satu ketika dahulunya gah di persada dunia. Kehebatan Melayu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia. Melayu terkenal dengan keberaniannya, Melayu hebat dengan pelayarannya, Melayu terkenal dengan adab sopan-santunnya, Melayu hebat dengan budi bicaranya.
Tak perlu rasanya asam menceritakan sejarah Melayu pada semua memandangkan kita semua sedia maklum akan kewujudan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke hari ini. Namun apa yang hendak asam ketengahkan adalah kemana perginya Melayu itu? Apakah masih wujud Melayu sebegitu? 


Jika dilihat senario hari ini bangsa Melayu itu masih lagi hebat. Melayu hari ini hebat kerana Melayu itu sendiri telah terbahagi kepada beberapa jenis Melayu. Melayu hari ini juga sangat hebat kerana telah berjaya menjerumuskan diri sebagai keldai bangsa-bangsa asing. Melayu hari ini telah diperkudakan oleh bangsa asing bukan sahaja dari segi politik, malah hampir dari setiap sudut!.
Melayu diperkudakan oleh kartel DADAH sehingga tertangkap menyeludup dadah..
Melayu ungguli carta sebagai  kaum yang paling ramai terlibat dengan najis dadah!
Melayu juga tertipu dengan bujuk rayu jejaka Lombok sehingga sanggup derhaka pada keluarga sendiri..
Melayu hari ini berani menukar agama semata-mata kerana CINTA dunia..
Melayu acap kali memasuki kaca televisyen dengan kes rogol, bunuh, ragut dan pelbagai kes lagi..
Melayu membanjiri pusat-pusat hiburan untuk mabuk, bersekedudukan dan berpesta !
Melayu ungguli carta dalam kes pembuangan bayi !
Melayu ungguli carta sebagai pelumba-pelumba haram di jalan-jalan raya ..
Melayu ungguli carta sebagai bangsa paling mudah dibaruahkan dalam kancah politik..
Bagaimana ini semua boleh terjadi?


Apakah ia disebabkan Melayu itu terlalu hebat? Atau apakah Melayu itu mudah LUPA?  Atau Melayu itu masih mengganggap mereka sebagai Tuan Tanah di bumi Malaysia ini? Atau Melayu itu sendiri telah dijangkiti penyakit WAHAN? Atau Melayu hari ini telah berjaya dijinakkan dengan DUIT?


Ketentuannya disini Melayu telah berjaya memonopoli semua yang tertera di atas. Memang ada juga bangsa lain terlibat namun jumlah bangsa lain yang terlibat adalah amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan bangsa Melayu. Apakah bangsa Melayu hari ini tidak mempunyai sensitiviti untuk membela bangsa sendiri?
Sudah ramai menyuarakan supaya Melayu itu bersatu namun usaha ke arah itu disambut suam oleh Melayu itu sendiri. Dengan senario politik Malaysia kini, Melayu dilihat telah terbahagi kepada 6 golongan. Bukankah lebih BAIK jika Melayu itu dapat bersatu dibawah satu panji..satu matlamat..satu PERJUANGAN..
Melayu yang satu ketika dahulu dihormati kini semakin hari semakin hilang..sedarlah Melayu! Jika bumi Malaysia ini jatuh ke tangan bangsa lain, kita tiada tempat lain yang hendak dituju..fikirkanlah!


Melayu Jangan Mudah Lupa!
Melayu Jangan Jadi Barua Bangsa Lain!

Saturday, April 30, 2011

Anwar Punya Pasal, Masjid Jadi Macam Pasar !!

salam seDunia..


Kita sedia maklum bumi Malaysia kini kecoh akan kes perbicaraan Anwar, video seks Anwar malah kekecohan yang terkini berlaku sejurus selepas solat Fardhu Jumaat petang tadi di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul. Insiden tolak menolak, maki-memaki malah ada juga yang kena sedas-dua pukulan rambang. Kekecohan berlaku di dalam kawasan beribadat di Masjid Amru Al-As. Astaghfirullahalazim..



DAH SERUPA MACAM ZAMAN JAHILIYAH !!


Oh Melayu! Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu !! Apakah kau LUPA bahawa Masjid itu rumah Allah s.w.t.? Dan apakah kau LUPA bahawa kita ditegah membicarakan mengenai perkara DUNIAWI di dalam rumah Allah s.w.t.?  Sedar atau tidak setelah asam melihat bukti video yang dipaparkan di blog-blog & di facebook, asam menjadi tergamam! Tergamam bukan atas sebab kekecohan itu tapi asam tergamam kenapa kita Melayu bertelagah sesama sendiri? di rumah Allah s.w.t. pulak tu??? Yang segerombolan menyokong upacara sumpah laknat manakala yang segerombolan lagi nak melarang upacara sumpah laknat! 


Apa korang tak pernah terfikir impak dari kekecohan korang membuatkan bangsa lain senyum sampai ke telinga? BINGAI !!


Anwar yang sedap berjubor dengan China Doll tu yang korang bermati-matian pertahankan sampai kena tumbuk, pijak, maki tu nak buat apa ? 
Insaflah! Bertaubatlah! Berfikirlah! Bersatulah!! korang semua dah besar panjang..belajar tinggi-tinggi tapi BINGAI tahap tu jugak..jika Tanah Melayu ni jatuh ke tangan bangsa lain, mana korang nak pergi ? 

Negara lain berpolitik jugak tapi takda sampai melebihi batas keAGAMAan !

p/s: Lepas korang terpekik-terlolong dalam masjid tu, korang ada baca doa keluar masjid? 


Friday, March 18, 2011

Edisi Gombak: Jika Palsu - LAPOR POLIS..Jika Benar - LEPAS JAWATAN !

salam seDunia..

dunia maya telah dikejutkan dengan penyebaran gambar ‘panas’ Ketua Umno Bahagian Gombak bersama kekasih ‘mantap’nya. Gambar panas ini telah dikenalpasti mula dimuat naik dalam sebuah blog Pro-Pembangkang disini milosuam dan disebarkan melalui laman sosial facebook dari sebuah akaun hantu yang dikenali dengan nama Bumiputera Berjaya.  Rangkaian laman sosial facebook sememangnya dikenali dunia sebagai salah satu medium penyebaran maklumat paling efektif buat masa ini. Pendedahan gambar panas ini telah membuatkan cybertroopers Pro-Umno jenuh untuk menangkis serangan yang bertubi-tubi dari pembangkang.

Artikel kali ni bukan untuk membela si tertuduh memandangkan si tertuduh adalah orang Umno, namun artikel kali ini lebih kepada menegakkan apa yang HAK dan dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Dari pengamatan asam terhadap gambar panas itu, sukar untuk meneka samada gambar tersebut adalah gambar yang ‘original’ ataupun ‘super-imposed’. Dengan kecanggihan teknologi editing pada zaman sekarang telah membuatkan seolah-olah gambar itu kelihatan sangat ‘original’. Asam bukan seorang pakar dalam peng’edit’an gambar jadi asam tidak dapat merungkaikan kesahihan gambar tersebut..

Langkah-langkah penyelesaian gambar ini boleh dibahagikan kepada dua:-

1. Jika gambar ini super-imposed..

KB Gombak seharusnya membuat LAPORAN POLIS terhadap penyebar fitnah ini supaya tindakan menghasut, memfitnah, mengaibkan diri KB Gombak ini dapat dihentikan serta-merta. KB Gombak juga harus mengeluarkan kenyataan akhbar, kenyataan video, PENJELASAN bagi membersihkan nama dan harga diri beliau sebagai seorang pemimpin Umno dari sebarang spekulasi/persepsi negatif yang telah dilakukan oleh penyebar terhadap beliau.
Upahlah mana-mana pakar dalam bidang peng’edit’an supaya dapat membuktikan bahawa gambar panas ini adalah satu penipuan. Ini soal harga diri dan maruah, gunakanlah keupayaan KB bagi membersihkan imej KB.

2. Jika gambar ini original..

KB Gombak harus melepaskan SEMUA JAWATAN yang dipegang dalam Umno supaya imej Umno yang dikenali sebagai Parti Melayu dapat dibersihkan dengan serta-merta. Sememangnya bila seorang yang berbangsa Melayu sudah pasti agamanya Islam dan Islam TIDAK PERNAH mengajar penganutnya melakukan perbuatan yang jijik sedemikian rupa!.
Rakyat Gombak TIDAK PERLU pemimpin yang kononnya berjuang mempertahankan institusi Melayu dan Islam tapi pada masa yang sama melakukan dosa yang terlarang disisi agama Islam. Asam yakin ramai lagi yang berkelayakan di Gombak untuk mengisi jawatan sebagai Ketua Bahagian Gombak.

Ulasan:
Asam dan rakan seperjuangan Bloggers Nyamuk bersependapat bahawa kami tidak akan melindungi pesalah jika cukup bukti menunjukkan mereka bersalah. Ini soal PRINSIP! Sifat keterbukaan ini perlu dalam setiap isu supaya kami tidak dipandang bloggers yang berat sebelah! Perlakuan panas seperti di dalam gambar (jika original) ini sudah cukup membuktikan bahawa ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa dan kami Bloggers Nyamuk tidak akan berkompromi dengan pesalah agama Islam. Perjuangan politik tetap perjuangan politik namun jika ia perjuangan menegakkan yang HAK, kami tidak akan sesekali bersekongkol dalam mendapat dosa kering anda.

Jadi kepada KB Gombak, anda harus berani menanggung apa juga natijah dari perbuatan anda sendiri..

p/s: berani buat berani tanggung beb!

BERANI KERANA BENAR!
DNA - Don't Need Anwar !


Wednesday, March 16, 2011

Edisi Kelana Jaya - Sembang-sembang bersama pengundi

salam seDunia..

asam mulakan posting ini dengan seribu kemaafan, bukan niat untuk memandang enteng Umno itu sendiri akan tetapi kebenaran harus disampaikan supaya pemimpin Umno mula membuka mata dan telinga mendengar realiti sebenar suara pengundi di Kelana Jaya khususnya di zon Kelana Jaya Utara. 

Al-kisahnya..

hampir setiap malam aku pasti akan minum nescafe tarik bersama kawan-kawan di sekitar Kelana Jaya. Entah  macamana malam tadi, aku terlalu depan kedai seorang kawan di Dataran Glomac lalu di sapa oleh kawan-kawan yang kebetulan sedang minum disitu..dipendekkan cerita, aku pun ‘join’lah mereka. Perbualan kami pada mulanya hanya sekadar sembang-sembang kosong mengenai pelbagai isu harian seperti Tsunami di Jepun, sembang mengenai  Astro termasuklah dengan bantuan Kerajaan pada mangsa Tsunami di Jepun. Kemudian salah seorang kawan bertanya, “Umno sini tak ada program ker? sunyi jer?”. Aku pada mulanya hanya mendengar perbualan mereka sambil menonton Astro cerita Van Damne mula memasang telinga. “Dorang ni cakap nak rampas Selangor baliklah! itulah..inilah tapi tak nampak pun batang hidung kat kawasan kita ni..” bentak kawanku lagi..aku senyum mendengar keluhan kawan  tu ”entahlah bang..tunggu pilihanraya kot?” jawapku. “kalau pilihanraya baru nak tayang muka..alamatnya memang kena sembur laa” perli kawan aku seorang lagi..

Aku bagitau diorang yang UBKJ ada buat beberapa program tapi di zon lain seperti di Lindungan & Penaga. “Awat buat program kat sana jer..awat sini takda pengundi?” tanya kawanku lagi..”kedai aku tu  ada 25 pekerja belum daftar SPR lagi..awat depa tak mai daftarkan? tu baru kedai aku..belum campoq pekerja Tam ni lagi..orang PKR dok hari-hari tanya depa ni dah daftar SPR ker belum..”ulas kawanku dengan panjang lebar..”abis tu abang cakap apa kat PKR tu” tanya aku .."aku jawap depa semua dah daftar dah..walhal belum! Takkan aku nak depa daftar PKR walhal aku ni orang Umno! Aku membesaq dengan Umno, mak ayah aku orang Umno, aku dulu mengaji sampai Universiti pun Umno yang tolong dapatkan biasiswa..Alhamdulillah! laa ni bila aku berjaya aku nak balas balik jasa Umno tang mana yang aku mampu..aku majikan depa..aku nak pekerja aku tau jasa Umno yang telah mendidik anak bangsa Melayu macam aku nih jadi manusia yang berguna pada masyarakat..” hujah kawanku yang semakin berkobar-kobar..”politic is a game of numbers..depa berdentam-berdentum dok buat program tang sana, turun PRK merata Malaysia..tempat sendiri hangpa tak nak jaga? taknak tambah pengundi baru? hangpa habaq kat aku lagu mana DUN Seri Setia ni boleh menang?”

Aku terkedu mendengar hujah kawanku..”abang tak try call depa kaa?” saja aku bertanya..”abang ada jemput depa mai masa abang buat kenduri bukak kedai abang dulu..abang jemput Ketua Bahagian, abang jemput Ketua Pemuda tapi yang mai Ketua Puteri Jaja..bila abang tanya mana Ketua Pemuda..wakil habaq kata dia sibuk! Ya laa..kita kalau boleh nak gak kenai dengan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Kelana Jaya ni..nak gak tau orangnya macamana, apa perancangan depa nak menangkan DUN Seri Setia ni..kot-kot ada yang kami boleh bantu..nak juga kami membantu..ni kenai pun dari jauh, ajak pun tak mai..camna kita nak bantu..tui dak?” keluh kawanku lagi..kami berempat yang lain hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju..”bulan April nih Insyallah abang nak buat kenduri lagi sekali, abang try jemput depa lagi..nak tengok depa mai tak kali ni..” bicara kawanku menutup hujah hangatnya..

Ulasan:
memang tak dinafikan UBKJ ada membuat program berbentuk kemasyarakatan seperti gotong-royong Perdana, Karnival Sukan, gotong-royong memasak bubur lambuk dan sebagainya..malah setiap program tersebut direkodkan dan dipamerkan dalam laman sosial seperti facebook. Jika dilihat dari susur galur program yang dijalankan, rata-ratanya lebih kepada kawasan Lindungan, Penaga & Dato’ Hormat. Kenapa yer? Setahu asam Kelana Jaya terbahagi kepada 7 Zon iaitu zon Penaga, zon Lindungan, zon Subang Jaya, zon USJ, zon Sungai Way, zon Kelana Jaya Utara dan zon Kelana Jaya Selatan. Acap kali program yang diadakan pasti akan dilaksanakan di zon Penaga dan zon Lindungan. Bagaimana pula dengan zon-zon lain? Bukan maksudnya disini kami cemburu dengan kelebatan program-program dianjurkan di kawasan sana tapi adalah seribu kali lebih baik jika diseratakan program-program itu di setiap zon yang ada di dalam kawasan Kelana Jaya ini.

dari perbualan kami mengenai isu panas tadi, asam merasakan tiada pengkhususan pembahagian tugas dalam UBKJ..jika ada sekali pun, individu yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan penambahan pendaftaran pengundi baru tidak melakukan tugasannya secara efisyen. Efisyen disini bermaksud, tiada satu gerak kerja berkumpulan memantau dimana terdapat potensi pengundi baru di kawasan sekitar Kelana Jaya. Memang benar PPUKJ ada membuat program semakan daftar pengundi di hampir setiap zon, asam ucapkan tahniah kerana berani menampilkan inisiatif baru bagi menarik pengundi Kelana Jaya. Berada di pihak yang kalah tidak semestinya semangat kita juga kalah. Jika kita nekad untuk merampas kembali DUN Seri Setia dari PKR, seharusnya pemimpin perlu turun kawasan..’personal touch’ dengan rakyat dibawah. Jangan mengambil sikap mudah dengan menunggu siapa bakal terpilih menjadi calon dan baru hendak turun kawasan. Pendekatan ‘personal touch’ sepatutnya telah lama dipraktikkan oleh pemimpin Umno jika mereka mahu menawan kembali DUN Seri Setia. Dengan kekerapan turun kawasan, ikhlas menyelami hati dan masalah rakyat dapat membina persahabatan bersama rakyat, barulah kepercayaan rakyat terbina dengan sendirinya bahawa Umno serius dalam usaha untuk menawan kembali DUN Seri Setia.

Bayangkan, jika asam tiada dalam perbualan kawan-kawan asam awal malam tadi, apakah mungkin asam tahu akan suara 4+25 pengundi belum berdaftar di Kelana Jaya ini? apakah mungkin ada ‘posting’ ini?  Ini baru perbualan di satu sudut kecil dalam kawasan Kelana Jaya Utara..bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain seperti di Glenmarie, USJ, Subang Jaya dan zon lain-lain?

Kelana Jaya sebuah tempat yang pesat membangun, dari pemerhatian asam selama 31 tahun bermastautin di kawasan Kelana Jaya..terdapat banyak sekali penempatan baru yang dibina di sini. Kelana Jaya ada kuarters kastam, kuarters polis, pangsapuri mentari, UniTar, kondominium, penempatan semula di Lembah Subang dan banyak lagi. Apakah mungkin ada satu gerak kerja berkumpulan bagi memantau danmencari potensi pengundi baru khususnya golongan pengundi muda dijalankan? Jika ada, Alhamdulillah..jika masih tiada, maka seharusnya Umno Kelana Jaya melakukan sesuatu yang drastik kerana statistik pendaftaran pengundi baru menunjukkan bahawa kita masih ketinggalan. Perlu diingat bahawa pada PRU yang lepas, DUN Seri Setia telah jatuh ke tangan PKR dengan majoriti sebanyak 2,863 undi manakala DUN Subang telah jatuh ke tangan DAP dengan majoriti yang amat besar!
Statistik terbaru DUN Seri Setia menunjukkan jumlah pengundi baru yang telah berjaya didaftarkan ke SPR adalah seramai:- Melayu, 989 orang – Cina, 438 orang – India, 415 orang – Lain-lain – 592 orang, membawa ke jumlah 2,434 orang pengundi baru. Jumlah ini masih belum mencukupi jika mahu menang Dun Seri Setia. Lebih malang bila pengundi Melayu terbahagi kepada 3 kumpulan mengikut parti iaitu Umno, PKR & Pas.

Senario politik pembangkang yang semakin carca merba kebelakangan ini sudah pasti akan memberi reaksi positif rakyat terhadap perjuangan Barisan Nasional. Rakyat Selangor sudah mula menyedari kesilapan memangkah Pembangkang pada PRU yang lepas telah membuatkan rakyat Selangor menderita dibawah pemerintahan Pembangkang. Namun walau dukacitanya rakyat Selangor sekalipun, jika Barisan Nasional tidak mengambil peluang ini dengan meramaikan pendaftaran pengundi baru khususnya pengundi muda yang mencecah hampir ratusan ribu bilangannya di Selangor, maka tiada gunanya kita mengharapkan kemenangan besar di PRU akan datang. Ini kerana Pembangkang begitu konsisten dalam pendaftaran pengundi baru.

p/s: seseorang pernah berkata, otak aku ni kecik..bila kita ramai-ramai cantum buah fikiran..jadi besar la otak tu! By the way..Pengerusi Zon KJU ada kat mana yer?

I Lay It Out For Y'all To Figure It Out
Anwar Al-Juburi Harus Bertaubat !

Monday, March 7, 2011

Bila Kepimpinan Buta IT & Buta Hati..

salam seDunia..


Alhamdulillah Barisan Nasional telah menang dalam siri Pilihanraya Kecil Kerdau & Merlimau dengan majoriti yang amat membanggakan. Gerak kerja yang tersusun dan jitu memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan yang cemerlang di Pilihanraya Kerdau & Merlimau. 


Okay..bab gerak kerja ni, kita semua faham bahawa strategi turun padang bertemu pengundi memanglah biasa dalam siri pilihanraya. Bukan saja itu..malah siri ceramah, pengedaran flyers, khidmat bantuan kemasyarakatan dan pelbagai program turun padang pasti dilakukan bagi menarik hati pengundi terhadap parti politik. Syabas dan Tahniah asam ucapkan pada jentera Barisan Nasional.


Namun posting kali ini bukan untuk meraikan kemenangan BN. Posting kali ini adalah khas untuk Kepimpinan Media Batu Barisan Nasional. Sepanjang siri Pilihanraya Kecil yang berlaku dalam Malaysia 2-3 tahun ni, apa peranan UMB selaku pemangkin BN dalam Perang Maya? 


Setujukah anda jika asam mengatakan, peperangan maya BN selama ini dimonopoli oleh gerakan bebas? Gerakan bebas ini lebih dikenali dengan gelaran NYAMUK. Gerakan ini terdiri dari facebookers, bloggers, twitters, YouTubers. Nyamuk ini pantas dalam menyalurkan maklumat ke alam maya untuk santapan para pembaca maya yang semakin hari semakin berlambak dalam Internet. Ketepatan maklumat yang berterusan baik dari segi maklumat BN mahupun maklumat Pembangkang telah berjaya dihidu oleh Nyamuk ini bagi memecah kebuntuan dalam memenangi hati pelayar Internet. 
Apakah ada some sort of appreciation untuk nyamuk-nyamuk ini? jawapannya HARAM !


Asam mengalaminya sendiri dalam beberapa pilihanraya dimana kami seolah dianak-tirikan oleh BN sendiri. Sudahlah nak dapat maklumat susah, at least bagilah sedikit kelonggaran kepada kami untuk membantu BN. Lebih menyedihkan apabila artikel, posting, hasil karya kami di CILOK oleh group elitis. Group elitis ini dengan tanpa rasa malu dengan selamba menggunapakai hasil karya kami dalam laporan-laporan mereka seolah-olah mereka yang membuat kerja itu semata-mata memenuhi laporan mereka pada pihak atasan. Dengan laporan 'lengkap' mereka, maka mereka boleh mendapat habuan imbuhan atas hasil 'kerja' mereka. Hakikatnya, kami yang terpaksa menggunakan kepakaran yang kami ada untuk menyelinap ke dalam kem BN & Pembangkang bagi mendapatkan maklumat. 


Kami bukan mahukan apa-apa jawatan mahupun projek. Kami ikhlas berjuang di dalam BN hanya untuk mempastikan kemenangan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang kami harapkan agar ada sedikit penghargaan dari pihak atasan BN kepada kami. Inilah satu-satunya kebolehan yang kami ada bagi membantu BN untuk menang. Kami tahu ramai kepimpinan BN yang masih buta IT..cukuplah sekadar buta IT..janganlah buta hati sekali..


Strategi gerak kerja yang baik melibatkan semua medium yang ada baik dari segi zahir mahupun maya. Jika ada yang masih berpendapat turun padang sudah mencukupi dan peperangan maya ini tidak penting maka confirm lah anda buta kedua-duanya. 


Wahai pemimpin BN, kami Nyamuk menyeru agar anda semua dengarlah keluhan kami..kami sayangkan BN dan kami sayangkan UMNO. Bersama-samalah kita bekerjasama untuk kemenangan akan datang..


Perjuangan Masih Belum Selesai

Sahutan dari: Flyingkick & PapaGomo

Friday, January 7, 2011

Post-Mortem Isu Terhangat..

salam seDunia..


Isu ini mula hangat seawal pertengahan Disember 2010. Kononnya sumber dari WikiLeaks mengatakan ada Menteri Rogol Amah telah dinyatakan dalam blog RockyBru & BigDog. Isu ini telah disambut pula oleh bloggers pembangkang dimana mereka telah membuat pelbagai andaian mengenai Menteri mana satu yang terbabit. Jika kita selidiki lebih mendalam, ada 2 blog pembangkang yang mula-mula meletakkan gambar Dato' Rais Yatim sebagai suspek pada mulanya. KLIK SINI! KLIK SINI!


Rentetan dari itu, sekumpulan bloggers yang lebih dikenali dengan bloggers Nyamuk telah mula membuat serang balas mengenai isu ini. Kaedah membalas tuduhan liar ini ialah dengan menemubual Dato' Rais Yatim bersama isterinya dan menemubual teman Robengah itu sendiri dan hari ini isu Menteri Rogol Amah itu sudah terjawap dengan penuh bukti. Alhamdulillah!


Fakta:
Sedar atau tidak, pembangkang sebenarnya tidak dapat menyerang balas mengenai isu ADUN PAS SELISING & PERUPOK yang ditangkap di Koch Keretapi yang diwa-warkan oleh Nadi Rakyat. Jadi mereka menggunakan kesempatan dari artikel RockyBru bagi mengalih perhatian dunia terhadap isu ADUN SELISING & PERUPOK kepada isu MENTERI ROGOL AMAH. (agak bijak namun tak bijak sangat!)


Strategi Pembangkang khususnya PKR, telah menyerang dari setiap sudut yang mereka rasa bisa meninggalkan impak mendalam kepada BN. Ada yang membuat laporan polis, ada yang membuat kenyataan sudah berhubung dengan Robengah itu sendiri, malah ada askar upahan digunakan bagi membuat 'sound breaking' di dalam laman sosial Facebook. Puncanya, hanyalah dari artikel RockyBru.  


Akibat dari ini juga, bloggers Pro-BN telah terbahagi kepada 2 kumpulan..sayanglah! adalah seribu kali lebih baik jika kita bergerak dalam satu kumpulan. Inilah natijahnya jika kita campur-adukkan konflik peribadi sesama kita dalam memperjuangkan parti..


Ulasan:
Dari satu sudut lain pula, ada menampakkan keuntungan dari isu ini. Setelah Dato' Rais Yatim berjaya membuktikan bahawa beliau tidak terlibat dalam isu rogol Robengah ini, maka beliau harus meminta PDRM agar menjalankan siasatan tentang segala tindak-tanduk Pembangkang selama beliau di fitnah..seperti contoh, Chegubard telah membuat laporan polis..minta Polis siasat mengenai perakuan Chegubard dalam repotnya. Atau kenyataan Zuridah Mulut Cipap Ayam yang menyatakan bahawa pihaknya telah menghubungi mangsa rogol..minta dia tunjukkan bukti bahawa pihaknya benar-benar telah menghubungi mangsa. Senang cerita, dulu kita kelam-kabut mencari bukti bagi membersihkan nama baik Dato' Rais Yatim..sekarang ni kasi dorang pulak kelam-kabut! (what you give, you get back kinda style).


Bagi pihak bloggers BN, rasanya kita perlu menyusun atur perjuangan kita dengan lebih efisyen. Maaf jika ada bloggers yang mungkin terasa akan kenyataan ini namun inilah realitinya.. memandangkan isu Menteri Rogol Amah ini dah selesai..maka kita serang kembali ADUN PAS BERZINA..takbir !!!!


p/s: dorang serang berdasarkan WikiLeaks..kes ADUN ZINA ni kita ada bukti semuanya..kita full-swing brader!


SELISING & PERUPOK LU JANGAN LARI !!