About

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Saturday, May 4, 2013

Nik Nazmi Penipu Rakyat

The Oppositions people are not all angels

Ini adalah video+audio original. Durasi asal terlalu panjang, jadi telah diringkaskan. Buat apa nak tipu, bukan dapat apa pun, dapat dosa sahaja.

Berikut adalah rakaman semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh bekas ADUN Seri Setia, wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis MBPJ.

Video ini disiarkan untuk membuktikan kepada rakyat, terutama rakyat kawasan Seri Setia dan Kelana Jaya bagaimana sikap sebenar bekas ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Video ini diserahkan oleh salah seorang yang kecewa dengan sikap Nik Nazmi sepanjang tempoh beliau memegang kerusi ADUN.

Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.

Ini bukan soal parti, tetapi soal individu yang telah korup.
Berbakti kepada rakyat, berkhidmat kepada negara.

Credit to: TheRakyatMarhaen

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Friday, January 11, 2013

HKR #KL112: Nantikan sahaja kemurkaan Allah S.W.T.


HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible
 Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai  wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS.
Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.

Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.

Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.

Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.
 Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju.

Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.

Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati  dalam DAP & PKR.

Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.

Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan.

Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.

Ayuh semua, Sabtu  nanti  jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan  PAS Untuk Semua.

Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.

Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.

Thursday, December 13, 2012

Mereka bukan lawan anda. Stop #childabuse!


Tahukah anda bahawa kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat?

Statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak. Tambahan pula, angka ini mungkin hanya mendedahkan sekelumit daripada masalah yang lebih besar kerana banyak kes dipercayai tidak dilaporkan.Sesetengah kes pula mungkin telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tetapi tiada bukti yang mengesahkannya.

Pengabaian merupakan bentuk penderaan kanak-kanak yang paling lazim di Malaysia, diikuti penderaan fizikal dan penderaan seksual. Kegagalan untuk menjaga dan mengawasi kanak-kanak menjadi punca utama kematian kanak-kanak.

Apa yang paling membimbangkan ialah ramai pendera kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, anggota keluarga terdekat, saudara mara atau ibu bapa angkat kepada mangsa itu sendiri.

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu kesalahan di Malaysia, boleh dihukum di bawah Akta Kanak-kanak (2001) dan Kanun Keseksaan (pindaan 1997). Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-dua sekali, bergantung pada kesalahan yang dilakukan. Pesalah juga boleh dihukum sebat di samping denda dan/atau hukuman penjara.
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut jantina
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut negeri

Ramai orang merasakan bahawa penderaan kanak-kanak terbatas kepada bentuk penderaan fizikal sahaja. Sebenarnya, empat jenis penderaan kanak-kanak yang lazim boleh dikenal pasti:
Penderaan Fizikal
Penderaan Emosi
Penderaan Seksual
Pengabaian

Penderaan kanak-kanak memberikan kesan kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, dan menjejaskan maruah mereka. Dalam kebanyakan kes, kesan emosi jangka panjang tidak akan hilang.

Kanak-kanak dan golongan muda yang berkeperluan khas, termasuk kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang menghidap HIV dan AIDS, amat terdedah kepada penderaan. Kanak-kanak tanpa dokumen, penghijrah dan kanak-kanak pelarian ialah satu lagi kumpulan kanak-kanak yang begitu terdedah kepada penderaan.

Artikel 19 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) memperuntukkan supaya Kerajaan mengambil langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka atau sesiapa sahaja yang menjaga mereka. Dari segi disiplin, CRC mengesahkan bahawa sebarang bentuk disiplin yang melibatkan keganasan tidak dapat diterima.

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) sebagai penganiayaan kanak-kanak. Untuk mengetahui takrif dan maklumat WHO tentang penganiayaan, lawati laman web WHO.

Nota Kaki:
Dunia maya kebelakangan ini memaparkan perihal seorang bapa berbangsa India mendera anaknya. Dan pada hari ini terpampang di muka hadapan suratkhabar bahawa BINATANG itu telah ditahan Polis bagi membantu siasatan manakala ibu kanak-kanak malang itu telah menghilangkan diri. 

Aku berterima kasih kepada sesiapa juga yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kes penderaan kanak-kanak. Aku sangat berharap agar setiap pendera ini dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar ia menjadi mimpi ngeri pada setiap manusia yang teringin nak mendera kanak-kanak. 

Tiada satu agama pun dalam dunia ini yang mengizinkan penderaan kanak-kanak. Dimana kepercayaan terhadap anutan agama anda jika anda tergamak untuk mendera kanak-kanak yang tidak tahu apa...

Anda boleh sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa atau anda boleh memanjangkan artikel ini buat pemahaman yang lain. 

p/s: anak orang lain kita buat tak reti ajer pasal kita tak kenal..tapi bila kena anak sendiri, satu dunia kita minta simpati..adilkah? 





Friday, November 18, 2011

Pengorbanan Orang Terdahulu Menjadi Sia-sia..

salam seDunia..

asam menyeru kepada sesiapa jua yang melihat & membaca posting kali ini agar tenangkan fikiran..bersihkan minda dari ideologi politik..tontonilah video dibawah dari mula sehingga selesai..


Sesudah menonton, saudara/saudari tanyalah pada diri sendiri..apakah kita sudah cukup berkorban demi negara tercinta? Jika orang terdahulu sanggup bergadai nyawa mempertahankan Tanah Melayu dari dijajah oleh Komunis BABI, masakan kita di kala ini masih mahu mementingkan diri sendiri dengan memenuhi tembolok sendiri sedangkan realitinya Komunis BABI semakin hari semakin memperkuatkan dominasinya di Malaysia?

HENTIKAN perkauman, HENTIKAN sifat "aku lagi bagus dari sipolan tu", HENTIKAN sifat "dorang takda kena mengena dengan hidup aku",HENTIKAN sifat memburukkan orang lain walhal diri sendiri yang buruk!

Komunis: "Lu mesti ingat, ini kawasan Melayu, kalau ada banyak orang Melayu sokong, baru kita boleh menang!"

Mat Indera: "Itu memang betol..saya tahu banyak susahlah! ini orang Melayu banyak kuat punya semayang"

Komunis: "Haa..kalau itu macam..lu mesti campur dorang semayang..baru lu boleh cakap pasal parti!"

DAN PIHAK ITU BUKAN TELAH TERHENTI..MELAINKAN PULA MENJALANKAN HASUTAN..DENGAN MENGGUNAKAN AGAMA..DENGAN MENGGUNAKAN IMAN & KEPERCAYAAN ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM ITU.. 

Jika diamati betul-betul akan klip video diatas, anda dapat sinonimkan perbualan antara Komunis BABI & Mat Indera itu telah direalitikan pada masa ini..hinaan demi hinaan diterima umat Melayu dan orang Islam, lebih menyedihkan lagi apabila ada segerombolan Melayu Bangsat yang sanggup menjilat najis Komunis ini dengan menyokong hinaan itu..malah sanggup menlacurkan bangsa Melayu itu sendiri demi memenuhi tuntutan nafsu BABI mereka!

Akhir kata..bangsa Melayu semakin hari semakin terancam dibumi sendiri. Orang Cina ada Tanah Besar China. Orang India ada Republik of India. Orang Melayu ada apa?

- asam -



Saturday, July 9, 2011

BERSHIT Beralih Arah !

salam seDunia..


Jam telah menunjukkan hampir 4.00 pagi..suasana di sekitar KL teramatlah lengang!. Kecekapan PDRM yang telah berjaya mengawal hampir setiap jalan masuk utama ke KL telah membuatkan infantri BERSHIT meroyan sesama mereka akibat terkandas di dalam kereta beberapa jam!. Malah ada sumber memberitahu, kelihatan beberapa umat manusia yang terpaksa melepaskan 'hajat' di dalam kereta dan di tepi-tepi jalan! (berak la tuh!)
asam bersama beberapa rakan blogger lain berlegar-legar di sekitar kawasan KL dan kami dapati buat kali pertamanya, jumlah kenderaan PDRM  melebihi kenderaan awam. Kami sempat membuat liputan secara spontan dimana pihak berkuasa telah membuat pemerikaan ke atas rumah-rumah tumpangan di KL dan seperti yang dijangka terdapat gerombolan manusia BERSHIT menginap di hotel berkenaan. Apabila disoal mengenai sebab berada di hotel tersebut, mereka menjawap Mujahid! (bengong tahap anjing!)


Akibat dari kecekapan PDRM mengawal kemasukan anggota BERSHIT yang kononnya dikatakan seramai 300 ribu bakal membanjiri KL, maka satu keputusan DRASTIK telah dibuat oleh Kepimpinan BERSHIT dimana mereka akan mengubah haluan DEMO ANJING mereka di 2 tempat iaitu di Stadium Melawati & Batu Caves. Ada juga asam menerima 'chain sms' mengatakan mungkin akan ada ANJING BERSHIT berkumpul di Stadium Kelana Jaya. 
Insyallah asam akan update info terkini mengenai BERSHIT dari masa ke semasa..


Ulasan:
Takda kerja cari kerja demi RM50 hinggit? Sampai terberak dalam kereta? Apa punya bingai la dorang ni..Lu orang balik rumah tido peluk bini lagi bagus laa..ni tidak! pandang kiri..ada jambang! pandang kanan..ada jambang! pandang belakang..pun ada jambang! nak peluk apa nyer? takkan korang GAY macam ANWAR AL-JUBURI kot?


Paling asam gelihati merangkap mengeluh bila yang ditahan di hotel cap ayam tu menjawap mereka 'Mujahid'. Come on la ... fikir la logik brader..Mujahid celah bedah mana bila BERSHIT ni BERTUANKAN AMBABIGA ! Mandi junub seumur hidup pun tak pernah! Sunat Anu pun TAK! Tang mana yang Mujahidnyer Yeop??? Kot yer taksub PAS pun..jawapan tu biarlah fikir pakai otak dan bukan pakai belakang lutut! bodoh betol la dorang nih..


Nota Kaki:
apa-apa pun asam mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada PDRM kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh professional. Kedengaran juga PATRIOT, PEMUDA UMNO, PERKASA serta NGO-NGO lain bakal berhadapan dengan ANJING BERSHIT tengahari nanti. Disarankan supaya mereka ini dapat membantu PDRM dalam menangani ANJING BERSHIT ini dengan menggunakan kuasa CITIZEN ARREST
Pertahankan Agama Kita!
Pertahankan Bangsa Kita!
Pertahankan Negara Kita!
I.S.A kan Saja AMBABIGA!

Friday, July 1, 2011

Anti Bersih 2.0 - NGO-NGO Dun Seri Setia Bangkit !!

salam seDunia..
Pagi tadi sekitar jam 10.00 pagi, himpunan secara aman oleh NGO-NGO Dun Seri Setia telah diadakan di hadapan Balai Polis Kelana Jaya. Himpunan ini diadakan bagi membantah Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan pada 9hb. Julai hadapan. Seramai hampir 100 orang telah hadir dalam bantahan aman pagi tadi.
Bantahan ini diketuai oleh Dato' Abd. Halim Samad selaku Penyelaras BN Dun Seri Setia bersama hampir 15 badan NGO-NGO yang lain. Beberapa laporan polis telah dibuat sebentar tadi menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih 2.0 ini tidak harus diadakan bagi mengelakkan huru-hara negara. 
Antara badan NGO-NGO yang telah membuktikan Solidariti mereka terhadap Negara adalah:-
Ulasan:
Syabas asam ucapkan keatas kebangkitan barisan NGO Dun Seri Setia. Selaku rakyat yang telah hidup di bumi Malaysia dengan aman selama ini seharusnya menentang sesiapa sahaja yang cuba memporak-perandakan kestabilan Malaysia yang tercinta. Syabas sekali lagi !!
Nota Kaki:
Ketua Pemuda PPUKJ beserta Exco mana? Masih lena?...


BERSIH ITU KOTOR
AMBABIGA ANTI ISLAM
PAS JANGAN JADI BINGAI SOKONG BERSIH

Tuesday, March 8, 2011

UMNO..Jangan Sampai Menang Sorak..Kampung Tergadai..

"Jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awalnya munculnya pengaruh media baru, kita telah bersikap tidak acuh. Semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Natijahnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kuasa media baru.."




Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak




salam seDunia..


Jika dilihat senario politik hari ini, ternyata pola strategi menawan hati rakyat kali sangat berbeza dengan pola strategi dahulu. Jika dahulu, cukup dengan kita turun kawasan, bertegur-sapa, menganjur kenduri itu-ini, membantu warga yang susah, kita sudah boleh memancing undi mereka. Namun pada hari ini semua itu masih belum memadai memandangkan pemikiran rakyat semakin celik dewasa ini.


Dengan kebebasan media yang meluas pada hari ini, rakyat lebih mudah terpengaruh dengan doktrin-doktrin yang disebarkan oleh parti politik khususnya pengundi muda. Dan berani juga asam mengatakan di sini, pembangkang telah memonopoli hampir setiap medium yang ada di dalam internet.


Ya..kita berasa semakin yakin dengan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku akhir-akhir ini berpihak kepada BN kembali. Alhamdulillah..namun itu masih belum boleh dijadikan kayu pengukur bagi menentukan kemenangan sebenar BN di Pilihanraya Umum akan datang.
Politics is a game of numbers..
Pernah anda terfikir berapa kemasukan ahli baru dalam UMNO Bahagian / Barisan Nasional sepanjang 2-3 tahun ini? Pernah anda selidik berapa jumlah yang sudah mendaftar SPR pada tahun ini? Pernahkah anda membuat analisa dalam jumlah yang baru didaftarkan itu, berapa pula yang Pro-BN dan UMNO? Pernah anda selidik berapa lama masa yang diperlukan bagi memproses pendaftaran pengundi baru? Jika jumlahnya berpihak pada kita, Alhamdulillah.. jika tidak? apa tindakan yang patut kita buat bagi memastikan kemenangan di PRU akan datang?




Sinar 8hb. Mac 2011
Khalid Gagap dengan konfiden menyatakan bahawa BN sukar tawan kembali Selangor pada PRU-13. Kenapa beliau berani menyatakan sedemikian? Ini adalah kerana pembangkang telah mendahului BN dalam pendaftaran pengundi baru.


Dewasa ini..pemimpin sudah mula turun padang baik ke kawasan PRK mahupun dalam kawasan masing-masing. Hampir semua merekodkan tindak-tanduk mereka baik dalam segi gambar, video mahupun posting di laman sosial seperti facebook, twitter dan mungkin blog. Dari satu sudut, ada baiknya mereka memaklumkan pada dunia tentang perlakuan mereka. Sekurang-kurangnya, dapat juga rakyat menilai tahap bekerja mereka dalam parti. Ini sedikit sebanyak dapat membantu menarik minat orang-orang muda untuk menyertai UMNO. Syabas diucapkan!


Realiti
Strategi peperangan menuju PRU akan datang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dari pemimpin BN. Mereka harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang sangat kuat. Mereka bukan sahaja perlu turun kawasan, bertegur-sapa dengan rakyat, membantu semampu yang boleh pada rakyat yang kesusahan dan pelbagai lagi, malah mereka harus belajar menguasai medan maya. Ini yang seharusnya diterapkan pada semua bahagian. Statistik menunjukkan bahawa pengundi muda lebih gemar melayari internet dari melihat kaca televisyen atau akhbar. Pemimpin BN/UMNO harus mencari pendekatan terbaik bagi menarik minat pengundi muda agar turut bersama BN/UMNO. 


Fakta
Ini bukan kerja sehari-dua ataupun kerja seorang pemimpin. Gerak kerja sebegini memerlukan seramai yang mungkin dengan kepakaran masing-masing disatukan dengan satu matlamat iaitu menang Pilihanraya ke 13. Fikirkanlah..


p/s: work unusual BN !! 



Tuesday, December 21, 2010

Wajib Baca: Peringatan Buat UMNO !!

“Jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh. Semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Natijahnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.” 
 Perdana Menteri Malaysia 

salam seDunia..

Perdana Menteri kita telah bersuara sekian lamanya mengenai kehebatan media baru sebagai medium penyebar maklumat. Telah berkali-kali PM menyuarakan bahawa kita perlu faham akan kesan pengaruh media baru ini. Alhamdulillah, cabaran PM ini telah disahut oleh orang-orang Melayu yang telah mula sedar akan kehebatan media baru ini. Maka pelbagai medium-medium maya ini dibangunkan bagi menyebarkan isu-isu semasa dan politik mengenai Kerajaan Barisan Nasional dan juga menangkis serangan persepsi dari pihak pembangkang.  
Namun masih ada juga dikalangan UMNO itu sendiri yang masih tidak sedar. Ada yang berpendapat kerja media baru ini kerja orang muda kerana komitmen yang diberikan bagi melakukan kerja-kerja media baru ini 24 jam sehari. Itu pendapat segelintir orang-orang lama. Ada juga segelintir yang 'hangat-hangat tahi ayam' dimana, bersemangat pada mulanya tapi selepas beberapa ketika, semua medium yang dibangunkan terbiar begitu sahaja. Kenapa boleh jadi begini? Adakah mungkin kerana tiada peruntukan dari pihak atasan? Atau mungkin UMNO telah biasa dengan amalan "ada Agong..kerja baru jalan"? Atau mereka masih tidak faham akan selok-belok media baru ini? Atau mereka mula akan rajin bila PM mula berdehem mengenai tarikh PRU akan datang?. Jangan bagi alasan itu-ini..kerjasama dari semua pihak DIPERLUKAN jika UMNO benar mahu menang!!
Fakta:
Terdapat seramai hampir 7 juta pengguna Internet di Malaysia. Separuh dari jumlah itu merupakan pelayar muda. Kita sedia maklum yang pada PRU akan datang, seramai 6 juta pengundi muda bakal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Apakah UMNO sedar akan jumlah ini?. Survey rambang telah dilakukan ke atas orang-orang muda dimana mereka telah disoal mengenai isu semasa dan rata-rata jawapan mereka adalah, mereka memperolehi maklumat mengenai isu-isu semasa di dalam internet! Sedangkan pembangkang telah memonopoli medium internet ini hampir 10 tahun. UMNO tidak sedarkah akan fakta ini?
Kita berbicara yang kita mahu rampas kembali beberapa negeri yang kita telah kalah pada PRU yang lepas. Asam tidak nafikan memang UMNO ada membuat pelbagai program berkonsep kemasyarakatan namun usaha sebegitu masih tidak mencukupi bagi meraih perhatian pengundi muda ini. Usaha kita seharusnya 'full-swing' jika kita mahu menang kembali. Usahasama diantara program 'turun padang' dan media baru sepatutnya berjalan seiring. Maka dengan itu barulah gerak kerja kita teratur dan efisyen.

Andaikata..
Jika keputusan PRU akan datang memihak kepada pembangkang, apakah UMNO rasa masih ada peluang untuk Melayu berdiri gah di bumi sendiri? jawapannya TIDAK!. Malaysia bakal menjadi Singapura seperti suatu masa dahulu. Kaum Melayu akan jadi kelas ketiga di bumi sendiri. Apakah UMNO mahu senario sebegitu melanda bumi Malaysia? Sedarlah wahai UMNO..sesungguhnya kita sudah tiada masa lagi..sedarlah dari lamunan...HENTIKAN dahulu persengketaan dalaman, HENTIKAN angan-angan nak jadi wakil rakyat, HENTIKAN sifat hasad dengki sesama sendiri..BERSATULAH untuk MENANG !

Ulasan:
Undang-undang Tubuh Negeri telah menetapkan syarat bagi melantik MB adalah orang Melayu. DAPig telah merancang untuk meletakkan calon Melayu sebagai wakil parti mereka di PRU akan datang. Calon Melayu ini akan diletakkan di kawasan yang DAPig yakin akan menang 300%. Andaikata Selangor kalah di tangan pembangkang di PRU akan datang, tidak mustahil bagi Menteri Besar itu adalah terdiri dari orang Melayu DAPig. Anda fikirkanlah! 

Lagi Keluh Kesah: Gelombang Wangsa Maju
NAK MENANG BUAT CARA NAK MENANG!