About

Saturday, October 22, 2011

Berakhirnya satu perjuangan suci..

Alhamdulillah..

Himpunan Sejuta Umat Islam telah berakhir dengan aman walaupun pada awalnya ada cubaan dari pihak yang tiak bertanggungjawap mengedarkan risalah yang berbaur anti Islam.

Diharapkan hasil dari perhimpunan ini maka, akan wujud kesedaran dikalangan umat Islam agar kita dapat bersatu dalam memerangi usaha gerakan pemurtadan orang Islam yang semakin meruncing lewat ini..

Beberapa pemidato hebat telah turut hadir bagi berkongsi pendapat dan idea bagi penyatuan Umat Islam termasuklah penulis sejarah Natrah.

Di akhir program, Dr. Hassan Ali telah melengkapkan himpunan dengan bacaan doa yang sangat ikhlas sehingga ada yang bergenang air mata mengaminkan doa beliau.

Asam puji akan usaha murni para NGO dan badan-badan yang bertanggungjawap yang telah bekerja keras bagi menjayakan Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah ini. Moga usaha murni sebegini diteruskan dari masa ke semasa..amin

P/s: gambar-gambar sekitar perhimpunan akan menyusul malam nanti..Insyallah
Published with Blogger-droid v1.7.4

No comments:

Post a Comment