About

Friday, September 2, 2011

Munafiqkah Kita?

Oh Somalia.. Oh Palestin..
Sejenak mengintai kehidupan mereka..
Lalu aku berpaling melihat keseluruhan kehidupan aku..
Kadang-kadang aku terfikir... adakah aku ini munafiq?
Mereka dan aku
Mengharap pada syurga yang sama
Tapi hidup mereka sukar, hidup aku mudah
Dan mereka pedih dan sedih, aku indah dan mewah
Kadang-kadang terfikir... aku ini munafiqkah?
Bukan cuma darah atau airmata mereka
Peluh pun belum tentu aku tandingi
Dan aku masih mengharap JANNAH yang sama!
Kadang-kadang terfikir... munafiqkah aku ini?
Mereka redha dunia menjadi milik musuh
Dan akhirat menjadi milik mereka
Sementara aku mahu keduanya?
Lagi aku terfikir... munafiqkah aku?
Ya Allah! Ampunilah dosa-dosaku..
Jauhilah aku dari penyakit Wahan..
Bimbinglah aku ke jalan yang BENAR..

Picture credit to PapaGomo

Nota Kaki
Asam mendoakan supaya rombongan Misi Bantuan Malaysia ke Somalia selamat pergi dan pulang..





Friday, August 19, 2011

Ali Setan kembali..Aku Cinta PadaMu Asmidah!

salam seDunia..


Asam mendapat maklumat bahawa bintang filem Ali Setan (Azmil Mustapha) telah memberi ceramah agama di Masjid An Nur Kg. Melayu Subang semalam. Namun diberitakan sessi ceramah Ali Setan telah bertukar menjadi medan hasutan!. Ali Setan telah menggunakan platform ceramah agama untuk menyebarkan dakyah Anti Kerajaan. Dalam ceramah tersebut, Ali Setan telah mengutuk bahawa Kerajaan Tidak Islamic..malah turut menyatakan Sultan/Agung tidak perlu dihormati..(cilako betol) ! 


Akibat dari keceluparan Ali Setan menyampaikan ceramah hasutannya, sekumpulan besar kariah Masjid An Nur telah sepakat bangun dan meninggalkan masjid tanpa mendirikan solat Terawih dan secara langsung membuatkan Ali Setan terkebil-kebil di meja penceramah!.


Sebentar tadi asam telah dimaklumkan bahawa pada pukul 11 pagi tadi Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid akan membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Subang terhadap Azmil Mustapha kerana memberi ceramah hasutan. 
(report  are made as we speak)


Ulasan:
Sekor lagi artis terjebak dengan 'mandrem' Nik Najis...dunia! dunia! 
Padan muka kau Setannnnnn....... (ayat Haji Bakhil) 

Esok PAS Bakal Mengganas ! Cayalah Tantawi ! Macam ni laa...

salam Ramadhan..


PAS yang diketuai oleh Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu DEMO selepas solat Jumaat esok. Demo ini bagi menyatakan bantahan kekejaman tentera Regim Bashar Al Asaad terhadap rakyat Syria. Demo ini bakal berlangsung di hadapan pintu masuk Kedutaan Syria (baru) di Jalan U Thant, Kuala Lumpur.


Ulasan:
Takmau 'tiaw' lah! asam rasa dari korang melalak kat depan Kedutaan Syria tu, adalah SERIBU kali baik kalau PAS cuba selesaikan masalah 12 orang yang MURTAD kat gereja DUMC tu..kan? Atau selesaikan masalah ADUN Berzina dalam Gerabak tu kan? 


Tak payah la nak 'divert' isu dan tak payah nak jadi 'Hero' bangang Tantawi oi! 


p/s: cakap bodoh kang marah..tapi dah memang BODOH 



Friday, July 29, 2011

Shuhardi Oh! Shuhardi..

salam seDunia..


Masihkah anda ingat akan muka MANGKUK di atas? 

Bagi yang masih tidak kenal akan MANGKUK di atas ini, dia adalah merupakan 'arwah' Shuhardi Mohd. MANGKUK ini telah dikenalpasti memalsukan kematiannya sebagai 'Baharuddin' pada demo BERSHIT 2.0 pada 9hb. Julai yang lepas. Pembangkang telah dikenalpasti menggunapakai satu teknik Psychological Warfare Techniques yang amat halus. Tujuan mereka meng'highlight'kan kematian MANGKUK ini adalah tidak lain bagi meraih simpati rakyat Malaysia agar turut serta dalam DEMO BANGANG mereka!

Jika anda teliti kronologi BERSHIT, semua medium penyebaran seperti video, wall posting, tweeter juak-juak pembangkang, mereka telah mewar-warkan akan kematian Allahyarham 'Baharuddin' di hampir setiap platform di dalam Internet. Kenyataan mereka mengenai arwah 'Baharuddin' akan TETAPI foto yang disertakan adalah foto MANGKUK di atas!.

Siapa Shuhardi dan dimana Shuhardi sekarang?

Shuhardi adalah merupakan bekas Cikgu Matematik. Beliau juga taksub akan pengajian pondok di serata Lembah Klang. Hasil dari temubual bersama beberapa guru sekolah pondok, asam mendapat tahu bahawa Shuhardi ini sebenarnya 'gila isim'. Gila Isim bukan sahaja pada pemahaman agama tapi 'politik melebihi agama' dan ini sudah sangat jauh bercanggah dengan landasan ISLAM sebenar. 

Apalah yang dijanjikan pada MANGKUK ini sehinggakan sanggup memalsukan kematiannya sendiri. Rasanya 'imbuhan' yang dijanjikan itu sekadar omong kosong dan ini membuatkan Shuhardi tak keruan dalam meneruskan kehidupannya. 

Sumber memberitahu Shuhardi Mohd masih lagi berada di dalam negara. Sumber juga memberitahu bahawa beliau sedang berusaha mendapatkan 'immunity' dari guru-guru pondok atas keBANGANGan beliau tempoh hari. Hasil dari pemerhatian asam, ada beberapa tempat yang mungkin kita akan terjumpa kelibat Shuhardi. Ianya bukan di rumah isteri pertamanya di Bandar Baru Salak Tinggi, bukan juga di rumah isteri keduanya di Bangi. 

Berkemungkinan besar Shuhardi akan bersama golongan yang bermusafir dari masjid ke masjid atau bersembunyi di surau-surau atau pusat pengajian agama persendirian. Diharapkan agar semua rakyat khususnya Melayu supaya dapat bekerjasama dengan pihak PDRM bagi membanteras manusia GILA ini dari terus berkeliaran di bumi Malaysia.

Nota Kaki:
PEMIMPIN PAS semakin mudah dibodohkan apatah lagi pengikut PAS sehinggakan sanggup berIMANkan DAP yang SANGAT benci pada ISLAM..Tuihh!! Sial laa..

Surat Terbuka untuk Datuk Paduka Marina Mahathir

salam Datuk Paduka..

YAB PM sentiasa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, dan oleh kerana itulah pihak Kerajaan telah menawarkan kepada penganjur Bersih sebuah stadium untuk mereka berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.

Tambahan lagi, tugas harian YAB PM juga tidak terjejas sekalipun pihak Bersih tetap berdegil meneruskan tindakan biadap mereka sehingga menderhaka titah DYMM Yang Dipertuan Agong. Yang jelasnya, tindakan mereka tersebut langsung tidak menggugat YAB PM dan TPM dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Negara pada hari tersebut. 

Datuk Paduka keturunan bangsawan, tambahan lagi merupakan anak kepada seorang negarawan yang cukup besar jasanya kepada Negara tetapi alangkah sedihnya sikapnya berlawanan dengan sikap Datuk Paduka sendiri yang secara terang-terangan bersekongkol dengan pengkhianat dan pemusnah Negara. Tergamakkah Datuk Paduka sanggup memusnahkan segala usaha ayahanda Datuk Paduka selama ini?

Sedarkah Datuk Paduka betapa susahnya anggota keselamatan seperti polis yang bertungkus-lumus siang dan malam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, walhalnya Datuk Paduka menikmati segala kemewahan selama ini hasil dari usaha mereka juga. Wajarkah Datuk Paduka bersama dengan petualang-petualang Negara ini? Tidak pernah terlintaskah hakikat ini dalam kotak fikiran Datuk Paduka?

Tapi jikalau sudah biasa hidup bermewah-mewahan di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin, bagaimana mungkin Datuk Paduka dapat merasai kesusahan rakyat? Ternyata Datuk Paduka bersikap hipokrit dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Baru sekali menyertai demonstrasi haram (yang pernah dilakukan oleh golongan yang sama di atas sebab ingin menggulingkan kerajaan yang ditadbir oleh ayahanda Datuk Paduka sendiri) tidak bermakna Datuk Paduka telah menyelami jerih-jerih kehidupan rakyat marhaen seperti kami.

Penulisan Datuk Paduka bersifat keanak-anakan yang langsung tidak mencerminkan kematangan fikiran Datuk Paduka sebagai seorang yang terpelajar hasil daripada didikan ayahanda Datuk Paduka sendiri. Tindakan Datuk Paduka yang sering menyalahkan pihak Kerajaan seolah-olah Kerajaan bertindak zalim menutup hak rakyat untuk bersuara sama sekali. Tidak terfikirkah Datuk Paduka jika ada di antara peserta demonstrasi itu berniat jahat dan ingin mencetuskan huru-hara sepertimana penemuan senjata parang dan bom Molotov Cocktail dalam beg mereka yang terlibat? 

Wajarkah kumpulan Bersih ini berhimpun di hadapan Hospital Tung Shin yang sekaligus akan membahayakan keselamatan dan nyawa pesakit-pesakit di hospital berkenaan? Apakah tempat yang seumpama itu menjadi benteng kepada kumpulan tersebut sehingga boleh mencetuskan provokasi agar pihak keselamatan dipersalahkan?

Datuk Paduka teruskanlah hidup bermewah dengan kedudukan sekarang, malahan kami rakyat bawahan tidak langsung iri hati di atas nikmat dan kemewahan yang dikecapi oleh Datuk Paduka sejak sekian lama. Tidurlah sepuas-puasnya sebagaimana Datuk Paduka tidur dalam pelukan jejaka Perancis dahulu. Teruskanlah dibuai mimpi indah dalam pelukan suami kedua Datuk Paduka sekarang..
Nota Kaki:
Personally i think she's fCukin' stupid..

Monday, July 11, 2011

Tahniah..Melayu Ungguli Carta !

salam seDunia..


Melayu..bangsa yang satu ketika dahulunya gah di persada dunia. Kehebatan Melayu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia. Melayu terkenal dengan keberaniannya, Melayu hebat dengan pelayarannya, Melayu terkenal dengan adab sopan-santunnya, Melayu hebat dengan budi bicaranya.
Tak perlu rasanya asam menceritakan sejarah Melayu pada semua memandangkan kita semua sedia maklum akan kewujudan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke hari ini. Namun apa yang hendak asam ketengahkan adalah kemana perginya Melayu itu? Apakah masih wujud Melayu sebegitu? 


Jika dilihat senario hari ini bangsa Melayu itu masih lagi hebat. Melayu hari ini hebat kerana Melayu itu sendiri telah terbahagi kepada beberapa jenis Melayu. Melayu hari ini juga sangat hebat kerana telah berjaya menjerumuskan diri sebagai keldai bangsa-bangsa asing. Melayu hari ini telah diperkudakan oleh bangsa asing bukan sahaja dari segi politik, malah hampir dari setiap sudut!.
Melayu diperkudakan oleh kartel DADAH sehingga tertangkap menyeludup dadah..
Melayu ungguli carta sebagai  kaum yang paling ramai terlibat dengan najis dadah!
Melayu juga tertipu dengan bujuk rayu jejaka Lombok sehingga sanggup derhaka pada keluarga sendiri..
Melayu hari ini berani menukar agama semata-mata kerana CINTA dunia..
Melayu acap kali memasuki kaca televisyen dengan kes rogol, bunuh, ragut dan pelbagai kes lagi..
Melayu membanjiri pusat-pusat hiburan untuk mabuk, bersekedudukan dan berpesta !
Melayu ungguli carta dalam kes pembuangan bayi !
Melayu ungguli carta sebagai pelumba-pelumba haram di jalan-jalan raya ..
Melayu ungguli carta sebagai bangsa paling mudah dibaruahkan dalam kancah politik..
Bagaimana ini semua boleh terjadi?


Apakah ia disebabkan Melayu itu terlalu hebat? Atau apakah Melayu itu mudah LUPA?  Atau Melayu itu masih mengganggap mereka sebagai Tuan Tanah di bumi Malaysia ini? Atau Melayu itu sendiri telah dijangkiti penyakit WAHAN? Atau Melayu hari ini telah berjaya dijinakkan dengan DUIT?


Ketentuannya disini Melayu telah berjaya memonopoli semua yang tertera di atas. Memang ada juga bangsa lain terlibat namun jumlah bangsa lain yang terlibat adalah amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan bangsa Melayu. Apakah bangsa Melayu hari ini tidak mempunyai sensitiviti untuk membela bangsa sendiri?
Sudah ramai menyuarakan supaya Melayu itu bersatu namun usaha ke arah itu disambut suam oleh Melayu itu sendiri. Dengan senario politik Malaysia kini, Melayu dilihat telah terbahagi kepada 6 golongan. Bukankah lebih BAIK jika Melayu itu dapat bersatu dibawah satu panji..satu matlamat..satu PERJUANGAN..
Melayu yang satu ketika dahulu dihormati kini semakin hari semakin hilang..sedarlah Melayu! Jika bumi Malaysia ini jatuh ke tangan bangsa lain, kita tiada tempat lain yang hendak dituju..fikirkanlah!


Melayu Jangan Mudah Lupa!
Melayu Jangan Jadi Barua Bangsa Lain!

Saturday, July 9, 2011

UPDATED - KJ DITAHAN POLIS !

KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YB KHAIRY JAMALUDDIN TELAH DITANGKAP POLIS AKIBAT DARI PERTENGKARAN PATRIOT DENGAN FRU SEBENTAR TADI..


MANAKALA ANWAR AL-JUBURI TELAH TERCEDERA AKIBAT MERUSUH SEKATAN POLIS. KINI BELIAU SEDANG DIBAWA DENGAN AMBULAN KE HOTEL HILTON.


Ulasan..
SYABAS KJ ! INI baru namanya PEMUDA !!
Kalau cedera pergilah Hospital..ini pergi Hotel Hilton apa kejadahnya pulak !!
Ni tak lain tak bukan cari modal nak mintak tangguh court case la nih !!