About

Wednesday, October 10, 2012

SelangorKu: Ransangan ekonomi Selangor meningkat.


Kerajaan Selangor pimpinan MB Khalid Ibrahim telah berjaya memacu kemajuan ekonomi Selangor khususnya dalam bidang PELACURAN. Ini terbukti dimana kajian demi kajian dilakukan oleh badan-badan non-political organization telah membuktikan sepanjang Selangor diperintah oleh rejim Pembangkang, pusat-pusat pelacuran telah meningkat secara mendadak dari 800 premis kepada 4000 premis.

Siapa dalang disebalik pertumbuhan mendadak ini? 

Barangkali pembaca semua masih ingat akan isu rampasan air arak di kedai serbaneka? Binatang di atas inilah yang telah memintal telinga MB Khalid supaya hasil rampasan itu dipulangkan semula kepada premis-premis. Insiden itu jugalah yang telah membuatkan Hassan Ali telah dibuang oleh PAS Pusat. 

Persoalannya disini, apa tindak-tanduk PAS Selangor? Aku pernah menyuarakan persoalan ini kepada ahli-ahli bawahan PAS dan jawapan mereka mudah, "kami tak pergi tempat-tempat camtu..pandai pergi pandai la coverline". Begitu mudah jawapan mereka seolah-olah pola pengunjung pusat pelacuran ini adalah bukan muslim. 

Dalam ertikata lain, sepanjang 4 tahun pemerintahan pembangkang di Selangor, peningkatan sebanyak 500% pusat pelacuran telah berjaya dibangunkan. Itu baru Selangor, bayangkan bila pembangkang memerintah Malaysia? Jangan terkejut bila anda terlihat keluarga anda sendiri melanggan pelacur di sana atau anak perempuan anda mencari rezeki 'halal' bagi menampung perbelanjaan hari tua anda..

Selanjutnya.. SINI
 

Tuesday, October 9, 2012

Dr. Dzulkefly..Kronisme ?



Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS Dr. Dzulkefly telah mengambil pendekatan sebagai Diktator dalam strategi PAS memilih calon PRU13. 

Ini terbukti dimana beliau dalam satu mesyuarat beberapa bulan yang lepas telah memilih Haji Razali Tumirin sebagai calon PRU13 bagi kawasan Kuala Selangor sekaligus telah menidakkan pilihan orang-orang PAS kawasan Kuala Selangor yang lebih menggemari YDP Pas Kuala Selangor iaitu Cikgu Rashid Kassim. Pemilihan Haji Razali Tumirin ini dikatakan bahawa Haji Razali lebih mudah mendengari arahan Dr. Dzulkefly tanpa banyak bicara. Secara automatiknya, ini memudahkan Dr. Dzulkefly mempertahankan jawatan dalam PAS khususnya. 

Susulan dari itu pada 3 minggu lepas, telah berlaku sessi bertegang urat lidah diantara Cikgu Rashid Kassim (YDP Pas Kuala Selangor), Ustaz Ahmad Alang (Pengarah JPRD Jeram) melawan Dr. Dzulkefly.

butiran lanjut mengenai pertikaman lidah itu..baca SINI 

sumber: penadaritanahmelayu.blogspot.com

p/s: pembangkang..Apa Pun Tak Bleh lah! 

Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1



SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene.  Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka. 

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.   

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.  

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.  Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.    

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.  

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.  
hodohkan? 

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.  

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis.   Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.  

Dalam usaha SUARAM ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.  SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.  

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.  Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing.  Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.  

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi ‘pertukaran rejim’ di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan. 

sumber: beruangbiru

Monday, October 8, 2012

padan muka kau Aziz Bari..


Pada 23 September 2012 yang lalu, Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Parlimen Sabak Bernam yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara untuk menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan yang calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Klik Sini untuk lebih lanjut..

sumber: jawabernam

Friday, October 5, 2012

Ulama bukan sekadar serban sebakul..

Abang Bilal ber'snowcap' hijau bertanya soalan pada UFB mengenai hukum perbuatan mengeji ulamak..

Penjelasan UFB mengenai definisi Ulama' itu sendiri sudah membuatkan jemaah PAS yang hadir tertunduk bisu menelan air liur masing-masing..


Monday, October 1, 2012

Bajet 2013 - Untungnya Belia..





Untungnya belia sekarang..pelbagai kemudahan dibantu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Usaha kerajaan dalam menaiktaraf kemahiran intelektual belia bagi menepati kehendak pasaran kini begitu nyata. Disamping itu kemudahan memiliki rumah bagi pasangan yang sudah berkahwin amatlah ditagih oleh belia dan kini, syarat untuk memiliki rumah itu dilonggarkan lagi bagi memenuhi kehendak golongan belia.

BRIM bujang, rebat telefon 3G, diskaun Komuter, pinjaman PTPTN dan banyak lagi bantuan kepada golongan belia telah di 'declare' oleh PM Najib kita pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.

p/s: zaman aku takda bantuan-bantuan macam ni..untungnya jadi belia zaman sekarang :)

Pembangkang? apa pun tak boleh....

Friday, September 28, 2012

Skrip lama bakal diguna semula oleh...


Tarikh Pilihanraya ke 13 masih menjadi misteri. Ada yang berpendapat PRU akan dilaksanakan sejurus selepas kepulangan jemaah Haji, ada juga yang berpendapat PRU bakal diadakan pada musim cuti sekolah. Tak kurang bangangnya, ada juga segerombolan manusia yang menetapkan tarikh PRU sejak dari awal tahun 2012.

PRU 13 bakal membuktikan samada Barisan Nasional masih relevan untuk terus mengemudi Malaysia atau tidak. Kita sediamaklum bahawa pembangkang juga sedang berhempas pulas menjatuh kredibiliti Kerajaan sediada dengan pelbagai isu yang selalunya tidak masuk dek akal. Bagi aku, biarlah tarikh sebenar PRU diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib sendiri. Biarlah persoalan tarikh PRU terus menjadi modal pihak pembangkang dalam meneruskan perang saraf mereka sambil kita di dalam Barisan Nasional terus menabur bakti dan jasa kepada rakyat Malaysia. 

Imbas kembali..

Slogan 'Anti Mahathir' suatu ketika dahulu begitu kuat kedengaran. Pelbagai ancaman dan spekulasi riuh diperkatakan. Ada yang sanggup untuk tidak keluar mengundi jika Mahathir masih memegang tampuk  pemerintahan negara. Setelah diambilkira, maka Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai PM pada masa itu dan Pak Lah telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5. Skrip yang sama digunakan pada Pak Lah atas kegagalan mengemudi kerajaan dengan baik dan kini tugas Perdana Menteri Malaysia dipikul oleh DS Najib. Harus diingat bahawa DS Najib menyambung amanat menjadi PM akibat dek kegagalan pemimpin terdahulu ketika beliau masih Timb. Presiden UMNO. 

Semasa DS Najib menjadi Menteri Pertahanan lagi sudah ada usaha untuk menjatuhkan beliau. Tak cukup dengan usaha pembunuhan karektor kepada DS Najib, isteri beliau DS Rosmah pula diserang sehingga ke hari ini. Paling terbaru, ada usaha untuk mengagalkan usaha Kerajaan Barisan Nasional mendapat 2/3 majoriti bagi PRU 13. 'Winnable Candidate' merupakan kriteria bagi memilih calon Barisan Nasional dan kriteria inilah yang digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk mengagalkan 2/3 itu. Jika taktik mereka menjadi, maka skrip yang digunapakai pada Pak Lah akan digunakan semula pada DS Najib. 

Harus diingat, saki-baki totok Anwar masih ada di dalam UMNO sehingga kini. Totok-totok ini juga sedang berusaha untuk memasukkan semula Anwar dalam UMNO. Jelasnya, Anwar hanya boleh menyertai UMNO jika DS Najib sudah undur. 

Persoalannya disini..

1. Siapa yang mengetuai gerakan halus ini?
2. Siapa yang bakal mengisi jawatan Perdana Menteri ke-7?
3. Siapa yang benar-benar layak digelar 'winnable candidate'?

p/s: ini baru mukadimah..ada lagi nak dikongsikan bersama...