Blogmaster tersenyum apabila terbaca dalam satu website mengatakan, LGB di atas ini telah dicalonkan sebagai salah seorang Ahli Parlimen Paling Teruk Bagi Tahun 2010. Blogmaster bukan tersenyum tanda perli atau sinis..tapi apa yang dikatakan dalam website tersebut ternyata BENAR!.
Sebagai seorang rakyat yang SAH mengundi di dalam Parlimen Kelana Jaya, Blogmaster beberapa kali terserempak dengan LGB..tapi bukan dalam kawasan Kelana Jaya yer, tapi di Restoran Pelita Bangsar. LGB kelihatan sangat santai dengan berbaju ala-Bali dan berseluar paras lutut serta berselipar.
Imbas Kembali:
Kriteria yang dimiliki LGB yang membuatkan beliau layak adalah kerana beliau yang telah mengambil gambar/video VK Lingam satu masa dahulu yang telah menimbulkan kontroversi. Perang Saraf (psy-war) yang dilancarkan oleh Pembangkang begitu hebat sekali sehinggakan rakyat Malaysia hampir-hampir percaya dengan apa juga DOKTRIN yang disebarkan Pembangkang. Keputusan tsunami politik pada masa itu membuatkan Barisan Nasional kalah pada 5 negeri, calon BN telah kalah pada calon PR yang hampir kesemuanya merupakan muka baru di dunia politik..termasuklah ADUN Seri Setia Nik Nazmi & Ahli Parlimen Low Gwo Bourne.
Apa Kemajuan Yang Dibawa LGB?
Sepanjang pemerhatian Blogmaster..TIADA!
Perubahan yang bagaimana yang LGB maksudkan?
Kelana Jaya memang dikenali sebagai satu tempat yang membangun dengan pesat. Blogmaster tidak nampak apa-apa perubahan yang dibawa LGB melainkan banyak apartment/kondominium (mampu milik oleh golongan pertengahan ke atas) didirikan di kawasan Subang.
LGB tidak reti berbahasa Melayu?
Ada kebenarannya juga! Blogmaster TIDAK PERNAH dengar LGB menyatakan walaupun sekali sepotong ayat penuh dalam Bahasa Melayu. Seorang Ahli Parlimen tidak tahu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu? Amat memalukan!
Jika Blogmaster salah, tolong bagi BUKTI berserta fakta, video, gambar yer! Especially part LGB berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.. :)
Follow-up from: KLIK SINI!
p/s: takat amik gambar boleh jadi Ahli Parlimen, Blogmaster pun boleh! hehehehe
PRU 13 SEMAKIN DEKAT
KELANA JAYA JANGAN TERSALAH PILIH LAGI
JIKA UNDI PR..HANCUR BINASA NEGARA!
MP lepasan sekolah tadika...mentaliti pun takat kepala lutut je...
ReplyDelete