About

Thursday, January 20, 2011

Edisi Selangor: Amanat KP Selangor pada Blogger

assalamualaikum seDunia..


asam mohon maaf sebagai pembuka kata kerana atas kesibukan kerja, maka tiada posting dari Wadah Kelana Jaya untuk beberapa hari ini..


Satu perjumpaan suai kenal Ketua Pemuda Selangor (Engku Salleh) dengan para bloggers telah diadakan pada awal malam tadi di satu tempat yang tak perlulah diberitahu. Susulan dari pertemuan ini, ramailah pejuang-pejuang siber telah hadir untuk mengenali lebih dekat lagi KP Selangor. Pertemuan sebegini memang dinanti-nantikan oleh pejuang alam siber untuk mengetahui perancangan seterusnya bagi usaha Barisan Nasional khususnya UMNO  menawan kembali bumi Selangor. Antara soalan yang diajukan pada KP Selangor..


Soalan: Adakah Engku merancang untuk menubuhkan unit media baru yang berkesan bagi Selangor?
ES: Saya berpendapat tidak perlu untuk menubuhkan unit media yang baru bagi Selangor kerana bagi saya, anda-anda semualah yang berhak untuk mengerakkan media baru bagi Selangor. Kami memantau media maya selama ini dan saya sendiri kagum dengan konsistensi anda semua dalam perjuangan kita untuk melakar kejayaan di pilihanraya umum akan datang.


Soalan: Jadi Engku merasakan perjuangan kami di alam maya selama ini perlu? 
ES: Sebenarnya hari ini, kita tidak nafikan bantuan dan support daripada dari media baru..dalam kita nak melakarkan kejayaan, masing-masing ada peranan..kita memerlukan bantuan dari pelbagai aspek termasuklah media alam maya. Kita sedia maklum bahawa, salah satu cara efektif bagi membuka mata rakyat adalah melalui alam maya..maka kita seharusnya berterima kasih kepada para pejuang siber Pro-Kerajaan yang selama ini telah berjuang habis-habisan untuk melawan dakyah-dakyah songsang Pembangkang selama ini.


Soalan: Bagaimana dengan segelintir blogger yang Pro-Kerajaan tapi pada masa yang sama menghentam pemimpin?
ES: Ini bukan masa untuk kita bergaduh sesama kita..ini bukan masa untuk kita hentam pemimpin-pemimpin kita. Saya rasa adalah lebih baik jika ada kecacatan pada pemimpin atau pada pegawai-pegawai pemimpin, tegurlah dengan cara yang beretika dan berhemat..jika boleh menghubungi terus maka hubungilah mereka. Andaikata setelah ditegur dan dinasihat namun masih tiada apa-apa perubahan..maka terserahlah pada anda semua. Namun saya sarankan agar kita menjaga tuturkata dalam menegur seseorang itu dengan etika yang baik, supaya masyarakat siber akan melihat blogger yang menyokong kerajaan ini ada mempunyai disiplin dan budaya yang baik.


Ulasan:
Syabas KP Selangor! bersama kita melakar kejayaan akan datang..InsyAllah!





2 comments: