About

Friday, October 29, 2010

Gempar!! : Sidang Media Pengumuman & Pendedahan Ng Lam Yong





29.10.2010 - MR1, Level 2, De Palma Ampang


Pengumuman !!


Ng Lam Yong..dikatakan salah seorang dari pengasas awal Parti KeAdilan Nasional. No. Keahlian: 0012 telah mengadakan satu sessi sidang media pada pagi tadi bertempat di De Palma Ampang.  


Tepat jam 11.30 pagi kelihatan Ng Lam Yong berjalan memasuki bilik MR1 dan beliau terus membuat pengumuman iaitu: Beliau berhasrat untuk bertanding jawatan Ahli MPT PKR pada pemilihan PKR yang akan bermula pada Ahad ini. Beliau menyatakan hasrat untuk bertanding sehari selepas mendapat tahu yang beliau telah memenuhi syarat kelayakan bertanding selepas menerima 2 pencalonan dari Cabang Semporna & Kinowik.


Namun begitu beliau meNYATAkan kekesalan mengenai tindakan JPP dan Urusetia PKR yang langsung tidak memaklumkan kepadanya mengenai kelayakan itu. Ulas beliau, tindakan 'MENYEMBUNYIKAN DAN MENDIAMKAN LAYAK BERTANDING' Ahli MPT berkemungkinan dilakukan terhadapnya selepas beliau membuat pendedahan tentang Azmin Ali yang merancang dan menjalankan komplot menjatuhkan MB Selangor, Tan Sri Khalid Gagap baru-baru ini. Ekoran dari pendedahan dan pertanyaan beliau, mana-mana ahli parti yang menegur Azmin Ali PASTI akan dilabel musuh kepada parti dan kepada Anwar Al-Juburi juga dan akibat daripada teguran itu, beliau merasakan seolah-olah beliau telah di anak tiri kan oleh Ibu pejabat Parti PKR.


Ng Lam Yong bersedih kerana PKR langsung tidak mengendahkan pendedahan beliau tempoh hari atau mengambil tindakan susulan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat pendedahan dan penglibatan Azmin Ali dalam merancang menjatuhkan Khalid Gagap. Ini secara tegas menunjukkan bahawa parti PKR adalah hak milik Azmin Ali & Anwar Al-Juburi. Beliau turut menggelar Azmin Ali sebagai Anak Emas PKR.


Tambah beliau lagi, beliau merasa kecewa apabila tindakan PKR Pusat 'MENYEMBUNYI & MENDIAMKAN LAYAK BERTANDING' sebagai Ahli Majlis MPT yang dilakukan terhadapnya adalah sangat tidak adil memandangkan beliau merupakan salah seorang yang mengasaskan Parti ini dahulu..










Batu Sapi: Gambar diatas menunjukkan Calon PKR bagi PRK Batu Sapi telah terjatuh dari jambatan yang membuatkan beliau tersembam ke dalam laut..hahahaha (kat dunia dah kena balasan..belum akhirat lagi)


Pendedahan !!


Ng Lam Yong membuat pendedahan pada sidang media awal tadi bahawa Ansari BUKANLAH calon pilihan PKR Sabah malah keputusan untuk memilih Ansari dibuat oleh beberapa 'high ranker' di dalam PKR Pusat yang didalangi oleh Anak Emas PKR.


Malah lebih mengejutkan lagi, Jawatankuasa Negeri PKR Sabah telah mengambil keputusan untuk 'tidak turun padang berkempen' bagi membantu Ansari sebagai tanda protes kepada pucuk pimpinan PKR.


Beliau turut memberitahu Ansari dipilih oleh Azmin Ali dan bukan dari keputusan PKR Sabah. Malah pada minggu hadapan Ng Lam Yong akan mendedahkan lagi pendedahan mengenai ketidaksefahaman/diskriminasi dalaman PKR..


------------------------------------------------------------------------
Ulasan:


wow! kalau dah antara pengasas pun tak boleh 'makan' Azmin ni, apatah lagi cicak-cicak kobing dalam PKR..nampak gayanya makin kuatlah sangkaan rakyat bahawa PKR di kuasai oleh Azmin & Anwar..entahlah labu...slogan gempak! KeAdilan Untuk Semua tapi realitinya..hampehh!!!


- a s a m -

No comments:

Post a Comment