About

Monday, October 18, 2010

Cetusan Rasa: Mengapa Mencemuh & Membelakangkan Blogger



Tidak adil bagi GWM tidak membangkitkan isu ini, jika sekiranya masih ada pihak yang berulang kali menganggap dan menjadikan para blogger pro kerajaan sebagai musuh setiap kali ditegur.

Bukan bermaksud mahu bermusuh, jauh sekali membenci. Namun jauh di sudut hati, acap kali para blogger sering diperlekehkan dan dipandang remeh oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Agak sukar jika teguran dan pendedahan yang melibatkan pihak pemerintah terus dianggap sebagai musuh dalam selimut. Lantas, lebih afdal blogger berkenaan yang mengkritik ini terus dimatikan sahaja karektor dan imej atau dihumban ke dalam penjara.

Majoriti blogger pro kerajaan tidak pernah meminta baik UMNO mahupun Barisan Nasional mengangkat martabat para blogger ke satu tahap yang perlu diagung agungkan. Walaupun terdapat beberapa picisan blogger yang kemaruk bertuhankan wang dan kuasa, namun jumlah mereka ini adalah minoriti.
Lebih teruk lagi apabila blogger pro kerajaan ‘di angkat’ sebagai sampah oleh sesetengah pihak. Walaupun pernah di anggap sampah, namun tidak pula para blogger ini merajuk atau memboikot parti pemerintah.

Cukup besar peratusan di kalangan blogger pro kerajaan yang bergerak secara solo atas dasar sayangkan parti dan kerajaan yang memerintah. Dan mereka ini bergerak dengan menggunakan dana sendiri dan hasil pendapatan pekerjaan harian atas nama perjuangan.

Bukan mahu mengungkit, tetapi para pejuang alam maya ini sentiasa aktif mendominasi alam siber sejak dari tahun 2008 dan mungkin lebih awal lagi barangkali. Tidak pernah terdetik sekalipun didalam hati mereka ini mahu memboikot atau menjahanamkan imej dan sokongan kepada parti pemerintah.

Para blogger berjuang kerana percayakan kepada kerajaan yang memerintah, percayakan kepada falsafah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Terlalu banyak masa dan tenaga yang dikorbankan demi mengembalikan imej dan maruah UMNO dan Barisan Nasional. Maaf disebut, para blogger pro kerajaan lebih banyak membuat kerja dan homework jika dibandingkan dengan mereka yang selesa berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Mengapa GWM menganggap sedemikian rupa ...

Kerana hakikatnya, para blogger ini juga terdiri dari mereka yang berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Mereka ini juga terdiri dari golongan yang berada di atas ‘pagar’ UMNO dan Barisan Nasional. Dan mereka ini yang masih skeptikal terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka ini berjuang melalui alam siber ! Mereka ini adalah pejuang di alam siber !

Para pejuang alam siber ini sentiasa bergerak secara konsisten. Setiap hari wajib ada artikel yang dikeluarkan berdasarkan liputan yang dibuat secara langsung (live). Artikel yang dikeluarkan adalah berdasarkan fakta, kaji selidik (research) malah ada yang menjadi ‘private investigator’ semata mata untuk mendapatkan kesahihan berita sebelum dikeluarkan.

Ada juga blogger yang hebat melakukan ‘psy war’ terhadap pihak pembangkang sehingga termakan umpan! Sudah ramai blogger pro kerajaan yang menghasilkan artikel yang ternyata mantap dan berkaliber sehingga dipaparkan di ruangan akhbar dan media pro kerajaan.

Dan setiapkali berlangsungnya pilihanraya, para blogger inilah yang juga membuat tinjauan awal di kawasan tersebut tanpa di suruh oleh parti pemerintah. Dan setelah tamat pilihanraya, mereka ini juga yang paling akhir meninggalkan kawasan pilihanraya untuk membuat post mortem !

Walaupun serba serbinya kekurangan, tanpa ada bantuan dana dan sebuah ‘war room’, hakikatnya, para blogger ini adalah mereka yang cukup patriotik dan mempunyai semangat dedikasi yang cukup tinggi.

Dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk belaka ... Tidak dinafikan, ada juga artikel yang dikeluarkan oleh sesetengah blogger lebih bersifat provokatif dan menjaja kepentingan peribadi.
UMNO dan Barisan Nasional perlu melihat dengan lebih jauh harapan dan cabaran yang digalas oleh para blogger. Terlalu banyak cacian dan makian yang diterima oleh blogger pro kerajaan. Lihat sahaja dalam ruangan komen oleh para pembaca.

Tidak ada satu pun komen dari pembaca yang ditapis bulat bulat. Walaupun diisytihar dan di’cop’ sebagai barua kerajaan, namun inilah hakikat perjuangan yang perlu dilalui. Setiap komen di anggap sebagai satu medan dan cabaran untuk menarik sokongan pengundi terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Berikanlah sedikit ruang kepada para blogger untuk menegur dan memberi pendapat terhadap parti pemerintah. Berbeza pendapat adalah kawan yang cukup baik. Bukan menjadi tabiat semulajadi para blogger untuk mensensasikan isu hangat parti pemerintah. Ini tidak benar !

Tidak ada gunanya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengilhamkan dan melaungkan ‘Model Politik Baru’ jika sekiranya UMNO dan Barisan Nasional masih belum demokratik mindanya.

Anggaplah teguran dan kritik dari para blogger pro kerajaan sebagai seorang adik yang mahukan ‘Abang Long’nya lebih bersifat terbuka, telus dan berani menghadapi kenyataan.

Anggaplah teguran dan kritikan sebagai cetusan rasa ‘generasi muda’ yang mahukan anjakan paradigma minda parti pemerintah.


Sumber Dari: Gelombang Wangsa Maju

------------------------------------------------------------
UMNO dan BN dan kepimpinannya harus sedar bahawa zaman telah banyak berubah dan teknologi media semakin canggih sekarang. Seharusnya UMNO dan BN menggunakan semua medium yang ada dalam memenangi hati rakyat kembali. Memang ada segelintir pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri dimana mereka takut dengan kebolehan orang-orang muda seperti kami bisa merampas jawatan mereka. Namun bukan itu matlamat perjuangan kami..


Kami BLOGGERS sayangkan UMNO, sayangkan BN, sayangkan Malaysia..bersifat terbukalah !


- E M S -

No comments:

Post a Comment