About
Wednesday, October 13, 2010
Bersabarlah Panglima Ibrahim Ali..
Rabu - 13hb. Oktober 2010
Sultan Kelantan telah menarik semula gelaran DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' pada Panglima Ibrahim Ali..menurut dari sumber sahabat WKJ 'Gomo' yang telah menemubual Tok Him di Grand Seasons Cafe, Tok Him tidak terkejut dengan penarikan pingat tersebut. Tok Him menambah lagi tiada sebab dikemukakan tentang penarikan pingat tersebut. Tok Him terima penarikan itu dengan hati terbuka dan perjuangan beliau untuk terus memartabatkan Institusi Raja dan Hak Melayu tetap tidak berganjak..
Tok Him selaku Presiden PERKASA meminta kepada seluruh Ahli dan pimpinan Perkasa untuk tidak mempertikaikan apa yang berlaku di atas penarikan Balik Pingat DMSK ini. Tok Him masih mempunyai 2 pingat iaitu Gelaran Datuk dari Melaka dan Gelaran Dato Paduka dari Selangor.
p/s: WKJ berasa amat bannga dengan Tok Him yang tidak mengambil hati dengan penarikan pingat malah beliau tetap akan bersemangat untuk memperjuangkan Hak Melayu dan Institusi Raja Melayu..bila dipandang dari satu sudut, agak sama seperti lagenda Hang Tuah..kepada Panglima Ibrahim Ali..teruskan berjuang! Pepatah Melayu ada berkata..harimau mati meninggalkan belang, dan andai perginya Tok Him satu hati nanti..WKJ pasti nama Tok Him akan terpahat sebagai Panglima Melayu Terbilang !!
Perhimpunan PERKASA di Kelantan 2 minggu lepas nampaknya benar-benar telah membuat Nik Najis tak senang duduk...hehehehe
untuk cerita penuh: klik sini! dan klik sini!
coretan: Pensel 2B
Labels:
Perkasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment