Kelana Jaya 07hb. Oktober 2010 - Alhamdulillah..syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya Program PPUKJ telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya..Jamuan Hari Raya PPUKJ telah dibuat di kediaman Ketua Pemuda Ahmad Affandi Hamzah
Hampir semua makanan yang disediakan telah ditapau licin oleh para pengunjung yang hadir. Antara juadah yang disediakan Laksa, Murtabak, Nasi Beriani, Cendol dan macam-macam lagi.. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ketua Bahagian Kelana Jaya Senator Tan Sri Hj. Muhammad bin Mohamad Taib bersama Puan Sri..orang ramai berpusu-pusu mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan Tan Sri..ternyata kami di Kelana Jaya masih rindu kepada Tan Sri..
Sambil menjamu selera, KP PPUKJ juga telah menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 50 orang anak yatim dalam kawasan Kelana Jaya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya..Kelana Jaya telah diberkati dengan kehadiran Sdr. Ahmad Affandi Hamzah untuk mengemudi bahtera Pemuda Kelana Jaya..
Akhir kata dari WKJ, semoga Allah s.w.t. terus memberi hidayah kepada PPUKJ dalam menongkah arus dalam memertabatkan kembali UMNO di kawasan Kelana Jaya dan mengambil kembali kerusi DUN Seri Setia & Parlimen Kelana Jaya khususnya..amin
Sms Text: Salam..Saya amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan Program Rumah Terbuka PPUKJ. Saya juga amat berharap di masa akan datang kita akan seiringan bekerja untuk Parti Keramat kita ini tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Tahniah dan syabas kepada semua atas jemputan yang hadir diluar jangkaan. Semoga kita diberi kekuatan untuk berjuang dari Allah s.w.t. sampai kehujungNya..diharap dipanjangkan ucapan saya ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Terima Kasih.. Assalamualaikum
(Ahmad Affandi Hamzah)
Nukilan Oleh: Pensel 2B
No comments:
Post a Comment