About

Wednesday, November 28, 2012

#PAU2012 - Semangatku sudah di'cas' semula !


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah! 
Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

- Timbalan Presiden UMNO

Nota Kaki:
Gendang sudah dipalu, parti Melayu terbesar di bumi Malaysia bakal bersidang beberapa hari ini. Parti Melayu inilah yang mengemudi halatuju negara selama ini. Parti Melayu inilah yang telah membantu anak-anak kita mencapai cita-cita sehinggakan bergelar Doktor, Peguam, Professor, Jurutera dan pelbagai gelaran Professional. Parti Melayu ini jugalah yang telah meletakkan negara Malaysia dimata dunia sebagai sebuah negara yang unik dan maju. 

Selamat bersidang para perwakilan sekalian. Bersidanglah, bersidanglah dengan penuh hemat. Bersidanglah dengan penuh professionalisme. Usulkanlah kemajuan pada anak bangsa. Carilah titik persamaan diantara sejuta perbedaan. Rakyat di luar sana sedang memerhatikan halatuju parti keramat ini. Rakyat mahukan stabiliti UMNO sebagai tulang belakang Barisan Nasional. Kita hapuskan petualang bangsa. Kita nyahkan pengkhianat negara. Bersatu kita menuju kejayaan rakyat Malaysia..

p/s: tidak ada sepotong pun ayat doa yang meminta PAS K.O.. :p


No comments:

Post a Comment