About

Thursday, December 13, 2012

Mereka bukan lawan anda. Stop #childabuse!


Tahukah anda bahawa kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat?

Statistik menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak. Tambahan pula, angka ini mungkin hanya mendedahkan sekelumit daripada masalah yang lebih besar kerana banyak kes dipercayai tidak dilaporkan.Sesetengah kes pula mungkin telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tetapi tiada bukti yang mengesahkannya.

Pengabaian merupakan bentuk penderaan kanak-kanak yang paling lazim di Malaysia, diikuti penderaan fizikal dan penderaan seksual. Kegagalan untuk menjaga dan mengawasi kanak-kanak menjadi punca utama kematian kanak-kanak.

Apa yang paling membimbangkan ialah ramai pendera kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, anggota keluarga terdekat, saudara mara atau ibu bapa angkat kepada mangsa itu sendiri.

Penderaan kanak-kanak merupakan suatu kesalahan di Malaysia, boleh dihukum di bawah Akta Kanak-kanak (2001) dan Kanun Keseksaan (pindaan 1997). Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-dua sekali, bergantung pada kesalahan yang dilakukan. Pesalah juga boleh dihukum sebat di samping denda dan/atau hukuman penjara.
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut jantina
Statistik penderaan yang dilaporkan mengikut negeri

Ramai orang merasakan bahawa penderaan kanak-kanak terbatas kepada bentuk penderaan fizikal sahaja. Sebenarnya, empat jenis penderaan kanak-kanak yang lazim boleh dikenal pasti:
Penderaan Fizikal
Penderaan Emosi
Penderaan Seksual
Pengabaian

Penderaan kanak-kanak memberikan kesan kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak, dan menjejaskan maruah mereka. Dalam kebanyakan kes, kesan emosi jangka panjang tidak akan hilang.

Kanak-kanak dan golongan muda yang berkeperluan khas, termasuk kanak-kanak kurang upaya dan mereka yang menghidap HIV dan AIDS, amat terdedah kepada penderaan. Kanak-kanak tanpa dokumen, penghijrah dan kanak-kanak pelarian ialah satu lagi kumpulan kanak-kanak yang begitu terdedah kepada penderaan.

Artikel 19 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) memperuntukkan supaya Kerajaan mengambil langkah untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk penderaan, pengabaian dan keganasan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka atau sesiapa sahaja yang menjaga mereka. Dari segi disiplin, CRC mengesahkan bahawa sebarang bentuk disiplin yang melibatkan keganasan tidak dapat diterima.

Penderaan dan pengabaian kanak-kanak ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO) sebagai penganiayaan kanak-kanak. Untuk mengetahui takrif dan maklumat WHO tentang penganiayaan, lawati laman web WHO.

Nota Kaki:
Dunia maya kebelakangan ini memaparkan perihal seorang bapa berbangsa India mendera anaknya. Dan pada hari ini terpampang di muka hadapan suratkhabar bahawa BINATANG itu telah ditahan Polis bagi membantu siasatan manakala ibu kanak-kanak malang itu telah menghilangkan diri. 

Aku berterima kasih kepada sesiapa juga yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kes penderaan kanak-kanak. Aku sangat berharap agar setiap pendera ini dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar ia menjadi mimpi ngeri pada setiap manusia yang teringin nak mendera kanak-kanak. 

Tiada satu agama pun dalam dunia ini yang mengizinkan penderaan kanak-kanak. Dimana kepercayaan terhadap anutan agama anda jika anda tergamak untuk mendera kanak-kanak yang tidak tahu apa...

Anda boleh sekadar membaca dan tidak berbuat apa-apa atau anda boleh memanjangkan artikel ini buat pemahaman yang lain. 

p/s: anak orang lain kita buat tak reti ajer pasal kita tak kenal..tapi bila kena anak sendiri, satu dunia kita minta simpati..adilkah? 





No comments:

Post a Comment

Post a Comment