Sedikit analis untuk dikongsi bersama..terima kasih kerana membaca dengan jujur..
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
Kebanyakan manusia meninggal dunia diantara usia 60 tahun - 70 tahun (majoriti).
Puratanya manusia meninggal ± 65 tahun.
“Baligh: Permulaan untuk seseorang diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Lelaki Baligh ± 15 tahun / Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia : 65 tahun - 15 tahun = 50 tahun
Gambaran
kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama yer..
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur
18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya:
Alangkah sayangnya waktu 17 tahun
habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk
selamanya.
Waktu aktiviti
kita di siang hari ± 12 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk
aktiviti: 18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti
disiang hari:
Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar,
ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak
lagi.
Waktu rehat ± 4 jam:
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat
18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat:
Menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……
17
tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah?
Padahal
Allah ada berfirman yang bermaksud;
“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan
untuk beribadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha
Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang
benar!
Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi
kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak
membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar..
Memang
benar!
Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai
orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
“ Jarang ada
yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “
Lalu Bila Nak
Beribadah?
Oh!
mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi..
Kerana
kita fikir;
Solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab,
solat jalan untuk membuka pintu syurga. Benarkah
solat kita itu mencukupi dan diterima?
Berapa
banyak solat kita dalam 50 tahun?
1
solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam
waktu 50 tahun waktu yang terpakai untuk solat = 18250 hari x 1 jam = 18250 jam =
2 tahun
Kesimpulan:
Waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma
2 tahun untuk solat (ini kalau yang solat 10minit! Kalau
solat macam ayam patuk tanah..amacam?) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita..itupun belum
tentu solat kita bermakna berpahala dan diterima. Jika kejap solat kejap tidak? Jika langsung tidak bersolat?
Dan sekiranya pahala solat
kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50
tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun
tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta
kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang fakir, dalam setiap perbuatan
kita yang selalu bergelumang dosa..
Logiknya:
Bukan
satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk
mendapatkan balasan kelalaian..
Terlalu
banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya
itu akan menjadi bencana..
Penyelesaian:
Tiada
kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang
bermanfaat!
Ingatlah
negeri kita…Akhirat
p/s: ini baru solat..belum lain-lain lagi..
*Credit to Pas Beruk
No comments:
Post a Comment