About

Monday, November 5, 2012

Oi..mau menang ka tamau?

Parti Keadilan Rakyat telah mula menyebarkan poster-poster yang menonjolkan pemimpin mereka Anwar Al-Juburi bersama Kak Jijah. Dari segi artwork, aku dapati poster mereka BISA menyentuh perasaan rakyat walaupun hampir setiap hari ada sahaja masalah moral yang timbul dikalangan PKR. Isu moral Anwar dengan nafsu luar biasanya, Kak Jijah dengan berselindung dengan penampilannya, malah anak kesayangan mereka Nurul Izzah dengan isu 'Melayu sepatutnya BEBAS beragama'.. 

Harga minyak turun, harga kereta turun, PTPTN, kestabilan masa depan anak-anak, keselamatan keluarga merupakan antara motto yang diletakkan. Kepada yang penyokong tegar Barisan Nasional, kita mungkin akan berasakan jelek dengan aksi-aksi posing Anwar di dalam poster tersebut. Kita BUKAN sasaran mereka. Sasaran PKR adalah pengundi baru, pengundi atas pagar, rakyat kelas pertengahan, miskin tegar bandar. Golongan-golongan sebegini yang mahukan kemajuan dalam kehidupan mereka. Golongan yang gajinya begitu payah mencapai angka RM1500 sebulan termasuk overtime bagai nak gila. 

Suka atau tidak propaganda PKR kali ini bisa memancing keprihatinan pengundi di luar sana. Ini baru gambar pemimpin mereka. Kreativiti pereka grafik dalam menghasilkan poster PKR ini aku puji..pandai 'mencetuskan perasaan'. Bayangkan tatkala PRU13, hampir kesemua yang bertanding atas tiket PKR juga akan mempunyai poster yang sama. Tak lupa juga Pihak Berkuasa Tempatan didalam negeri jajahan mereka, sudah pasti akan dipaksa memberikan kebenaran 'khas' untuk menaikkan kempen mereka di billboard jalan-jalan negeri. Billboard, papan kenyataan pangsapuri, flet PPRT, dicermin kereta, peti surat flet akan menjadi sasaran mereka menyebarkan poster maut ini. Bayangkan..
Memang akan ada dikalangan Pro-Kerajaan akan berkata, 'aku pun boleh design macam tu untuk BN malah lagi gempak!', persoalan aku mudah..kenapa ko tak buat? tunggu kepala agong turun baru nak buat?

p/s: Sedar atau tidak kita bakal merisikokan tampuk pemerintahan kepada pembangkang andai Barisan Nasional kalah dalam PRU akan datang. Andai benar...menangis airmata darah sekalipun sudah tidak berguna..wake up! 


2 comments:

  1. kenapa taknak buat? sebab orang orang besar dalam BN semua masih berfikir style 60an..tengoklah logo kemerdekaan baru baru ni..hampeh dan memalukan..

    anak muda kurang diberi perhatian dalam BN..tak payah pkr, dap lagi gempak dalam bab propaganda..tapi sampai sekarang mca masih terkial kial nak lawan propaganda dap..kalau tak ditolong umno, dah lama bungkus mca..

    dalam poster dap, pemimpin diketengahkan semuanya muda muda..guna gambar kartun,warna yang terang dan menarik...tapi mca?

    dalam perang poster time pru nanti, harap BN gunalah idea anak muda..jangan sebab nak bagi projek cetak poster pada kroni, BN masih gunakan style 80an..letak gambar dacing besar besar, kat sebelah letak ayat "undilah BN"

    kalau masih nak buat poster macam tu, rasanya lagi elok BN buat solat hajat je lah minta jangan kalah..

    ReplyDelete
  2. "Sedar atau tidak kita bakal merisikokan tampuk pemerintahan kepada pembangkang andai Barisan Nasional kalah dalam PRU akan datang"

    mana ko tau suma ni mamat? bnda ni org xnmpk lg la..
    yg org nmpk skrg ni BN 55tahun kerajaan tp mcm2 dh jd..start dr Pak Lah smpi skrg berbillion2 duit abis cmtu ja..kemajuan dok sma je..hutang bertmbh2..mmg BN kali bgkus la..

    ReplyDelete