Pakatan Pembangkang atau PR nampaknya sedang berusaha untuk
terus menggugat keutuhan Kerajaan Barisan Nasional apabila sedang merancang
untuk melakukan satu lagi perhimpunan yang katanya akan dibuat secara besar-besaran
yang dikenali sebagai Grand Final PR.
Menurut kata Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, para peserta
yang akan menyertai perhimpunan itu diwajibkan memakai empat warna baju sama
ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berbeza.
Melihat pada kesungguhan PR untuk terus mempropagandakan
isu-isu di atas, jelas sekali ia menuntut jentera BN untuk sentiasa siap siaga
bagi menepis polemik dan propaganda tersebut.
Satu-satunya perkara yang sering menyeronokkan PR bila
mereka memainkan sesuatu isu ialah kelambatan jentera penerangan dan pemimpin BN
sendiri turun ke padang menjawab tohmahan pembangkang.
Seperti ramai kalangan kita sudah maklum, hidup mati PR
banyak bergantung pada isu yang sengaja diputarbelitkan, sama seperti mereka
memutar belit isu Lynas kononnya bakal menghasilkan sisa radioaktif sedangkan
pakar nuklear dari kalangan pemimpin PAS sendiri mengakui Lynas bukannya loji
nuklear.
Walhal, jika benar Lynas yang menghasilkan bahan nadir bumi
untuk kegunaan banyak barangan elektronik itu betul-betul berbahaya, bukankah
lebih elok untuk para pemimpin PR menasihatkan penyokong mereka mencampakkan
saja semua alatan gadget eletronik seperti Iphone, Ipad atau Galaxy Tab yang
mereka miliki.
Begitu jua dalam isu Rapid Pengerang, jika benar dakwaan
pembangkang konon pembangunan projek tersebut bakal membahayak nyawa rakyat dan
alam sekitar, kenapa pula PR tidak membantah ura-ura kerajaan PAS Kelantan
untuk membangunkan kompleks petrokimia di Pantai Senok, Kelantan?
Demikian halnya dalam isu SPR, jika benar badan tersebut
bias atau tidak bebas, bukankah lebih baik semua 4 kerajaan negeri PR sekarang
ini melucutkan segera penguasaan mereka di negeri terbabit? Namun mereka tidak
berbuat demikian, kerajaan adil dan saksama mengikut tafsiran mereka hanya bila
sesuatu keputusan pilihanraya itu memihak pada puak sendiri sahaja.
Bersabit isu royalti Kelantan pula, dalam riuh rendah PAS
mempolitikkan isu yang bukan isu ini, semua pun sudah maklum bahawa Kerajaan
PAS Kelantan atas nasihat Husam Musa telah membawanya ke pengetahuan mahkamah.
Sepatutnya jika PAS serius dan berbiat ikhlas mahu mencari
penyelesaian isu tersebut, mereka sewajarnya menyerahkan saja kepada mahkamah
untuk membuat keputusan. namun ia tidak berlaku sedemikian.
Jelas nampak wujudnya gerakan politik untuk menyemarakkan
semangat kenegerian demi mengaut keuntungan kepartian, kerana PAS tahu secara
perundangannya tuntutan royalti itu tidak mampu direalisasikan selagi pelantar
minyak atau gas wujud jauh dari lingkungan 3 batu nautika.
Tapi pemimpin PAS lupa, jika jalan perundingan diambil,
Perdana Menteri masih boleh menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk
mengarahkan Petronas memberi wang ehsan. Namun PAS menolaknya kerana tidak mahu
penyokong mereka termakan budi dan jasa dengan Kerajaan Pusat.
Bersabit isu FGV dan Felda, PAS dan PKR cukup ke depan
memanipulasi sentimen para peneroka, namun bila FGV diapungkan terbukti tiada
tanah peneroka yang tergadai, tiada rumah peneroka yang dijual sebaliknya para
peneroka mendapat keuntungan durian runtuh malah kebajikan mereka tetap
terbela.
Berbeza sekali dengan isu para peserta Ladang Rakyat anjuran
Kerajaan PAS Kelantan yang hingga kini nasibnya terumbang ambing, tiada rumah
diperolehi sebaliknya tanah yang diusahakan kini menjadi milik syarikat dari
luar Kelantan.
Seandainya benar penyenaraian FGV di BSKL merugikan dan
tidak berdaya maju, kenapa pula berebut-rebut anak syarikat kerajaan negeri PR
membeli sahamnya? Apa perlunya untuk pemimpin PAS Kelantan dan Kedah terbabit
memiliki saham dan mengambil untung dari urus niaga saham FGV? Bukankah itu
hipokrit namanya.
Empat isu diatas, walaupun dari segi kepercayaan umum, orang
ramai sudah semakin muak dengan teknik propaganda PR yang kerap kali memutar
belitkan isu mengikut selera politik mereka, namun BN tetap tidak boleh
memandai mudah.
Penjelasan dan majlis penerangan baik secara bersemuka atau
berkelompok tetap perlu diperhebatkan, propaganda sedemikian perlu diperangi,
lebih ramai yang memahami hujung pangkal sesuatu isu lebih baik untuk BN.
Senario penolakkan ramai terhadap PR perlu dimanfaatkan segera.
p/s: sedih bilamana bangsa Melayu ditipu sebegitu mudah..
No comments:
Post a Comment