About

Monday, October 8, 2012

padan muka kau Aziz Bari..


Pada 23 September 2012 yang lalu, Mesyuarat Agong Tahunan Cabang Parlimen Sabak Bernam yang telah diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara untuk menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan yang calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.

Klik Sini untuk lebih lanjut..

sumber: jawabernam

No comments:

Post a Comment