korang ni kalau sebut malam pertama..kemain laju lagi korang klik yer..cis kek!
nah..bacalah tang mana yang slurrpp tuh..
Satu perihal sebagai renungan kita bersama..
Untuk merenungkan betapa indahnya malam pertama kita..
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata..
Bukan juga malam pertama masuk ke peraduan Adam & Hawa..
Akan tetapi malam pertama kita di dalam kubur..
Satu malam yang meninggalkan hiba tangis sanak saudara..
Hari itu..kita sangat dimanjakan..
Mandipun..harus dimandikan..
Seluruh aurat badan kita di buka..
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya..
Tidak ada sedikit pun rasa malu..
Seluruh badan kita digosok dan dibersihkan..
Kotoran dari setiap lubang, juga dubur dikeluarkan..
Bahkan lubang-lubang itu pun pasti ditutupi kapas putih..
Itulah 'susuk' kita..
Itulah rupa jasad kita waktu itu..
Setelah kita dimandikan..
Kita dipakaikan pula kain cantik berwarna putih..
Pakaian itu..jarang orang memakainya..
Pabila dipakai..kita tak dapat pula melihatnya..
Pakaian yang sangat terkenal bernama kafan..
Wangian ditaburkan ke baju kita..
Bahagian kepala, badan dan kaki kita diikatkan
Tataplah..renunglah..itulah wajah kita..
Keranda pelamin kita terus disiapkan..
Kita bersanding sendirian..
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga & sanak saudara..
Menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah lemah seluruh keluarga..
Serta rasa haru para handai taulan
Bacaan syahdu bersyairkan azan & kalimah zikir..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba lebih awal..
Siraman air mawar sebagai penghantar akhir kerinduan..
Dan akhirnya..tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggalkan sendirian..
Untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan kita..
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap serangga & cacing tanah..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan selepas 7 langkah telah pergi..
Mungkar & Nangkir menghampiri kita lalu bertanya..
Kita tidak tahu apakah kita akan memperoleh nikmat kubur..
Ataukah kita akan memperoleh seksa kubur..
Kita tidak tahu...
Dan tidak seorang pun yang tahu..
gambar hiasan |
Nota Kaki:
aku berkongsi garapan ini buat sesiapa juga yang sedar bahawa kita sebenarnya sedang menunggu untuk merasakan ''malam pertama'' kita..anehnya kita tidak pernah gentar atau takut akan malam itu..bahkan tidak pernah menangis & berpasrah atas nama ALLAH..
p/s: amacam? slurrp tak? :)
No comments:
Post a Comment