About

Wednesday, May 8, 2013

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN NADI RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
1.         Saya Mohd Rafi Awg Kechik selaku Presiden NADI RAKYAT MALAYSIA, sebuah NGO yang mempunyai keahlian di seluruh Malaysia hari ini, bersama rakan-rakan ahli, pengamal2 media sosial yang lain dan orang perseorangan yang memahami denyut nadi rakyat, secara bersama tampil mebuat laporan polis terhadap individu2 yang secara sengaja mengambil kesempatan di atas suasana keputusan pilihan raya untuk membangkitkan sentimen perkauman dalam usaha ingin menggugat kestabilan Negara dan perpaduan rakyat.
 
2.         Pihak NADI RAKYAT, sudah cukup lama bersabar dengan sentimen chauvinist yang dibangkitkan secara berterusan sejak 2008. Kita kesal kerana pihak berkuasa seakan-akan mendiamkan diri dan tidak bertindak tegas dari awal membendung virus ini.  Tetapi apabila individu yang dikatakan PAPAGOMO melalui twitter menulis perkara yang pada tafsiran NADI RAKYAT, tidak  seteruk kenyataan2,tulisan2 dan perbuatan2 yang dilakukan secara provokasi dan bertentangan dengan prinsip perlembagaan,hanya dengan 1 laporan polis, individu yang dikatakan PAPAGOMO telah ditahan pihak polis dan direman.
 
3.         NADI RAKYAT dan rakan2 yang ada pada hari ini menyokong penuh tindakan pihak polis di dalam membendung aktiviti2 yang bertentangan dengan undang2. Namun pihak polis perlu bersikap adil terhadap semua. Kenapa ribuan laporan polis sebelum ini kepada penganjur BERSIH AMBIGA,HIMPUNAN HIJAU,NAMAWEE, TIAN CHUA,NIZAR JAMALUDDIN dan ramai lagi, kenapa pihak polis tidak mengambil tindakan yang sama. Bahkan banyak lagi artikel2 di dalam laman sosial dan akhbar2 Cina yang secara jelas membangkitkan isu perkauman tidak di ambil tindakan sewajarnya.
 
4.         Hari ini NADI RAKYAT bersama rakan2 yang faham  tentang kepentingan kontak sosial yang telah terjalin sekian lama dan diterima oleh semua, mengambil ketetapan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana2 individu atau kumpulan atau parti politik yang cuba menimbulkan ketegangan sama ada melalui tulisan,perkataan dan perbuatan. Pihak polis juga harus bertindak tegas terhadap pihak2 tertentu yang cuba mencetuskan kekecohan dengan menganjurkan aktiviti seperti 'silent walk',perhimpunan2 yg bertujuan membantah keputusan PRU 13, menyebarkan khabar angin akan berlaku lompat parti  dan sebagainya. Semua aktiviti2 ini boleh menjurus kepada ketidakstabilan dan ketakutan kepada rakyat malah akan memberi kesan kepada  ekonomi.
 
Saya juga mengarahkan semua Pengerusi NADI RAKYAT di seluruh negara agar turut membuat laporan polis yang sama di setiap negeri dan menyeru semua NGO dan orang perseorangan di seluruh negara agar turut tampil membuat laporan polis jika mempunyai bukti ada artikel, sebarang tulisan dan perbuatan yang juga mempunyai niat yang sama yang kami NADI RAKYAT terlepas pandang.
 
5.         Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita berdiri teguh di belakang YAB PM di dalam menghadapi cabaran2 semasa dan percayalah YAB PM mempunyai kebijaksanaan di dalam menyelesaikan apa juga isu dengan penuh hikmah.
 
 
 
SEKIAN WASALAM
 
MOHAMAD RAFI AWANG KECHIK
PRESIDEN PERTUBUHAN NADI RAKYAT MALAYSIA
8HB MEI 2013

6 comments:

  1. Buat laporan kepada pihak polis dan polis akan membuat siasatan. Jangan berhenti untuk terus membuat laporan terhadap pihak2 yang durjana itu.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin umno semua dh jadi bangang.. Perayu undi cina. Bangsa sendiri dilatam ! Bacoldana pengecut dgn cina yg terang2 menghina kdaulatan melayu. Kalau akmampu tegas , syorr najib letak jawatan. Hsham pun sama. Sy sedih dgn kemusnahan bangsa sy sendiri kerana klemahan pemimpin melayu.

    ReplyDelete
  3. pihak yang menghasil dan mengeluarkan risalah yang berbaur perkauman bagaimana pula?
    Sedangkan orang yang mengedarkan untuk dikongsi bersama pembaca lain ditangkap.
    Pihak penguatkuasa jangan hanya pandang pada satu pihak sahaja, ini akan menambahkan lagi kebencian dan ketidak percayaan masyarakat asal Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  4. Syabas NADI. Dalam masa 7 hari jika PDRM tidak tahan reman pihak2 yang disebutkan dalam laporan,panggil sidang media melibatkan TV 3. Biar message ini disampaikan ke PM.

    ReplyDelete
  5. syabas Nadi Rakyat...wa sokong

    ReplyDelete
  6. SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL

    ReplyDelete