About

Saturday, May 4, 2013

Isi hati seorang pemimpin..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hanya tinggal kurang dari 30 minit sahaja lagi untuk tamat tempoh berkempen bagi PRU13. Begitu cepat terasa masa itu berlalu..Sejak dari hari penamaan calon sehinggalah artikel ini ditulis saya merasakan tempoh bagi saya bersama jentera Barisan Nasional N.32 Dun Seri Setia berkempen begitu pantas berlalu..

Walaupun saya pada mulanya bukanlah calon yang diumumkan untuk bertanding, namun atas dasar sokongan padu dari jentera Seri Setia, maka calon yang asal Tengku Rithwan telah memberikan kerusi Seri Setia kepada saya, terima kasih saya ucapkan..

Pada minit-minit terakhir malam ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, andai selama kami berkempen kami ada terkasar bahasa, terkasar perbuatan mahupun terlepas pandang pada anda semua..saya mengharapkan agar saudara dan saudari dapat memaafkan kami. Sesungguhnya kami begitu serius untuk memenangi Seri Setia. Saya tidak mahu Seri Setia dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak tahu buat kerja seorang pemimpin. Saya tidak mahu pemimpin yang hanya tau sekadar menuding kesalahan pada orang lain..
Selama sepenggal kita ber'YB'kan pemimpin dari parti pembangkang..tak perlulah saya ulaskan setiap butiran mengenai yang telah dia lakukan selama sepenggal ini kerana tiada apa-apa kemajuan dan kenikmatan pun yang kita nikmati dibawah pemerintahan pembangkang. Mereka menabur janji demi janji hanya untuk meraih simpati kita..dan kini mereka datang lagi menabur janji setinggi langit untuk kekal berkuasa di kampung kita..

Kini peluang untuk memilih semula siapa yang layak mengemudi Seri Setia dan Selangor terbuka luas. Saya amat-amat mengharapkan agar saudara, saudari, abang-abang serta kakak-kakak dan juga adik-adik sekalian untuk berfikir..berfikir siapakah yang layak untuk diberi mandat memimpin rakyat Seri Setia..fikirkan masa hadapan anak-anak kita..tatkala saudara-saudari mahu memangkah, fikirkan sejenak selama mereka memerintah, bagaimana kehidupan kita..kesengsaraan kita..janji manis yang ditipu mereka..
Jangan kita ulangi kesilapan memangkah undi mengikut perasaan, fikirkan yang terbaik untuk masa hadapan kita, masa hadapan anak-anak kita, kestabilan, kemakmuran, kemajuan dan yang penting keamanan semua..

Saya Abdul Halim Samad, calon Barisan Nasional N.32 DUN Seri Setia mengucapkan selamat membuang undi esok.. :)

BN Menepati Janji, Membawa Harapan

Assalamualaikum wbt.
Abdul Halim Samad 







1 comment:

  1. InsyaAllah menang lah Dato'...

    Kami doa dari PJS...

    ReplyDelete