Apa khabar rakyat Selangor? Semoga semuanya berkeadaan sihat walafiat hendaknya. Kini tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi untuk kita berkempen. Setelah hampir 5 tahun kita digelar pembangkang di Selangor, pelbagai kekecewaan telah kita rasai. Bumi Selangor yang kita sayangi telah diperkosa oleh Kerajaan Khalid Ibrahim dengan begitu rakusnya.
Kita berasa tertipu bilamana manifesto yang dijaja mereka pada PRU12 dahulu langsung tidak ditepati. Ditambah pula dengan kenyataan MB Selangor paling bangang dalam sejarah "Manifesto Itu Bukan Janji", sedangkan manifesto itulah yang dijaja bagi meraih undi ketika PRU12. Pasir di Selangor dicuri secara terang, janji untuk membantu ibu tunggal langsung tiada. Tiada elaun surirumah, bantuan pada anak kelahiran Selangor dan pelbagai lagi janji-janji manis langsung tidak ditunaikan. Tidak mengapa, barangkali mereka berasakan mereka kekal memerintah Selangor.
Kini mereka datang lagi membawa janji setinggi langit. Bermacam janji manis ditaburi, dijaja, malah dijamin akan ditunaikan jika mereka menang di Selangor. Kita selaku rakyat yang tertindas lagi teraniaya tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Mahukah kita ditipu buat kali kedua? Mahukah kita membiarkan mereka menggadai Selangor sewenang-wenangnya?
Harapan kita agar bumi Selangor kembali diperintah oleh Kerajaan yang mampu membawa kemakmuran, kemajuan, kestabilan Selangor kembali pada yang asal. Disamping itu juga kebajikan rakyat tetap terus terbela. Rakyat Selangor mempunyai masa kurang dari 48 jam untuk menilai mana yang baik untuk Selangor. Aku mengharapkan agar rakyat Selangor tidak mengundi berdasarkan perasaan marah, geram ataupun benci. Setiap perbuatan kita yang berdasarkan 3 sifat ini bakal mengundang sengsara 5 tahun lagi. Tatkala kita hendak memangkah, berfikirlah sejenak untuk memilih parti yang mana mampu menjamin masa hadapan kita dan masa hadapan anak cucu kita..
Demi kestabilan, kemajuan, kemakmuran, keamanan..kita undi Barisan Nasional :)
No comments:
Post a Comment