This is default featured slide 1 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 2 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 3 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 4 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
This is default featured slide 5 title
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.
Friday, March 18, 2011
Edisi Gombak: Jika Palsu - LAPOR POLIS..Jika Benar - LEPAS JAWATAN !
Wednesday, March 16, 2011
Edisi Kelana Jaya - Sembang-sembang bersama pengundi
Sunday, March 13, 2011
Demo Aman Desak DNA Anwar Al-Juburit !
Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi, satu demostrasi aman telah dianjurkan oleh badan NGO Selangor iaitu GAPS, PERKASA, MIC Subang dan beberapa NGO lain bagi mendesak Anwar Al-Juburit supaya memberi DNA beliau kepada Polis. Demonstrasi ini diadakan serentak mengikut negeri iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.
Dalam demonstrasi aman ini, Pengerusi GAPS, Sdr. Hamidzun telah mendesak supaya tiada layanan istimewa diberikan kepada Anwar dan beliau mendesak agar Anwar tidak berdolak-dalih dalam memberikan DNA beliau kepada Polis.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Sdr. Armand Azha juga hadir dalam demonstrasi aman ini dan beliau juga memberitahu bahawa rakyat Malaysia semakin bosan dengan sandiwara Anwar melengah-lengahkan perbicaraan. Jika benar Anwar merasakan dirinya tidak bersalah, maka bekerjasamalah dengan pihak Polis supaya perbicaraan dapat dijalankan secepat mungkin. Adalah amat ketara bila tindak-tanduk Anwar melengah-lengahkan perbicaraan dengan sebab-musabab yang sangat banyak, membuktikan bahawa Anwar semakin kecut dengan pertuduhan terhadap beliau.
p/s: Jika tak meliwat..kerjasama ajelah..mangkok! Mana Pemuda Selangor? Tido ker main golf?
Tuesday, March 8, 2011
UMNO..Jangan Sampai Menang Sorak..Kampung Tergadai..
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
salam seDunia..
Jika dilihat senario politik hari ini, ternyata pola strategi menawan hati rakyat kali sangat berbeza dengan pola strategi dahulu. Jika dahulu, cukup dengan kita turun kawasan, bertegur-sapa, menganjur kenduri itu-ini, membantu warga yang susah, kita sudah boleh memancing undi mereka. Namun pada hari ini semua itu masih belum memadai memandangkan pemikiran rakyat semakin celik dewasa ini.
Dengan kebebasan media yang meluas pada hari ini, rakyat lebih mudah terpengaruh dengan doktrin-doktrin yang disebarkan oleh parti politik khususnya pengundi muda. Dan berani juga asam mengatakan di sini, pembangkang telah memonopoli hampir setiap medium yang ada di dalam internet.
Ya..kita berasa semakin yakin dengan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku akhir-akhir ini berpihak kepada BN kembali. Alhamdulillah..namun itu masih belum boleh dijadikan kayu pengukur bagi menentukan kemenangan sebenar BN di Pilihanraya Umum akan datang.
Politics is a game of numbers..
Pernah anda terfikir berapa kemasukan ahli baru dalam UMNO Bahagian / Barisan Nasional sepanjang 2-3 tahun ini? Pernah anda selidik berapa jumlah yang sudah mendaftar SPR pada tahun ini? Pernahkah anda membuat analisa dalam jumlah yang baru didaftarkan itu, berapa pula yang Pro-BN dan UMNO? Pernah anda selidik berapa lama masa yang diperlukan bagi memproses pendaftaran pengundi baru? Jika jumlahnya berpihak pada kita, Alhamdulillah.. jika tidak? apa tindakan yang patut kita buat bagi memastikan kemenangan di PRU akan datang?
Sinar 8hb. Mac 2011
Khalid Gagap dengan konfiden menyatakan bahawa BN sukar tawan kembali Selangor pada PRU-13. Kenapa beliau berani menyatakan sedemikian? Ini adalah kerana pembangkang telah mendahului BN dalam pendaftaran pengundi baru.
Dewasa ini..pemimpin sudah mula turun padang baik ke kawasan PRK mahupun dalam kawasan masing-masing. Hampir semua merekodkan tindak-tanduk mereka baik dalam segi gambar, video mahupun posting di laman sosial seperti facebook, twitter dan mungkin blog. Dari satu sudut, ada baiknya mereka memaklumkan pada dunia tentang perlakuan mereka. Sekurang-kurangnya, dapat juga rakyat menilai tahap bekerja mereka dalam parti. Ini sedikit sebanyak dapat membantu menarik minat orang-orang muda untuk menyertai UMNO. Syabas diucapkan!
Realiti
Strategi peperangan menuju PRU akan datang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dari pemimpin BN. Mereka harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang sangat kuat. Mereka bukan sahaja perlu turun kawasan, bertegur-sapa dengan rakyat, membantu semampu yang boleh pada rakyat yang kesusahan dan pelbagai lagi, malah mereka harus belajar menguasai medan maya. Ini yang seharusnya diterapkan pada semua bahagian. Statistik menunjukkan bahawa pengundi muda lebih gemar melayari internet dari melihat kaca televisyen atau akhbar. Pemimpin BN/UMNO harus mencari pendekatan terbaik bagi menarik minat pengundi muda agar turut bersama BN/UMNO.
Fakta
Ini bukan kerja sehari-dua ataupun kerja seorang pemimpin. Gerak kerja sebegini memerlukan seramai yang mungkin dengan kepakaran masing-masing disatukan dengan satu matlamat iaitu menang Pilihanraya ke 13. Fikirkanlah..
p/s: work unusual BN !!
Monday, March 7, 2011
Edisi Kelana Jaya - Pusat Asuhan Kanak-Kanak Sebar Doktrin Benci Kerajaan
asam mendapat maklumat bahawa ada pusat asuhan kanak-kanak yang menyebarkan doktrin negatif anti kerajaan di dalam kawasan Kelana Jaya. Insyallah, asam sedang mengumpulkan fakta-fakta untuk artikel lengkap dalam sehari dua ini..tunggu yer !
Bila Kepimpinan Buta IT & Buta Hati..
Alhamdulillah Barisan Nasional telah menang dalam siri Pilihanraya Kecil Kerdau & Merlimau dengan majoriti yang amat membanggakan. Gerak kerja yang tersusun dan jitu memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan yang cemerlang di Pilihanraya Kerdau & Merlimau.
Okay..bab gerak kerja ni, kita semua faham bahawa strategi turun padang bertemu pengundi memanglah biasa dalam siri pilihanraya. Bukan saja itu..malah siri ceramah, pengedaran flyers, khidmat bantuan kemasyarakatan dan pelbagai program turun padang pasti dilakukan bagi menarik hati pengundi terhadap parti politik. Syabas dan Tahniah asam ucapkan pada jentera Barisan Nasional.
Namun posting kali ini bukan untuk meraikan kemenangan BN. Posting kali ini adalah khas untuk Kepimpinan Media Batu Barisan Nasional. Sepanjang siri Pilihanraya Kecil yang berlaku dalam Malaysia 2-3 tahun ni, apa peranan UMB selaku pemangkin BN dalam Perang Maya?
Setujukah anda jika asam mengatakan, peperangan maya BN selama ini dimonopoli oleh gerakan bebas? Gerakan bebas ini lebih dikenali dengan gelaran NYAMUK. Gerakan ini terdiri dari facebookers, bloggers, twitters, YouTubers. Nyamuk ini pantas dalam menyalurkan maklumat ke alam maya untuk santapan para pembaca maya yang semakin hari semakin berlambak dalam Internet. Ketepatan maklumat yang berterusan baik dari segi maklumat BN mahupun maklumat Pembangkang telah berjaya dihidu oleh Nyamuk ini bagi memecah kebuntuan dalam memenangi hati pelayar Internet.
Apakah ada some sort of appreciation untuk nyamuk-nyamuk ini? jawapannya HARAM !
Asam mengalaminya sendiri dalam beberapa pilihanraya dimana kami seolah dianak-tirikan oleh BN sendiri. Sudahlah nak dapat maklumat susah, at least bagilah sedikit kelonggaran kepada kami untuk membantu BN. Lebih menyedihkan apabila artikel, posting, hasil karya kami di CILOK oleh group elitis. Group elitis ini dengan tanpa rasa malu dengan selamba menggunapakai hasil karya kami dalam laporan-laporan mereka seolah-olah mereka yang membuat kerja itu semata-mata memenuhi laporan mereka pada pihak atasan. Dengan laporan 'lengkap' mereka, maka mereka boleh mendapat habuan imbuhan atas hasil 'kerja' mereka. Hakikatnya, kami yang terpaksa menggunakan kepakaran yang kami ada untuk menyelinap ke dalam kem BN & Pembangkang bagi mendapatkan maklumat.
Kami bukan mahukan apa-apa jawatan mahupun projek. Kami ikhlas berjuang di dalam BN hanya untuk mempastikan kemenangan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang kami harapkan agar ada sedikit penghargaan dari pihak atasan BN kepada kami. Inilah satu-satunya kebolehan yang kami ada bagi membantu BN untuk menang. Kami tahu ramai kepimpinan BN yang masih buta IT..cukuplah sekadar buta IT..janganlah buta hati sekali..
Strategi gerak kerja yang baik melibatkan semua medium yang ada baik dari segi zahir mahupun maya. Jika ada yang masih berpendapat turun padang sudah mencukupi dan peperangan maya ini tidak penting maka confirm lah anda buta kedua-duanya.
Wahai pemimpin BN, kami Nyamuk menyeru agar anda semua dengarlah keluhan kami..kami sayangkan BN dan kami sayangkan UMNO. Bersama-samalah kita bekerjasama untuk kemenangan akan datang..
Tuesday, March 1, 2011
Al-Fatihah
dunia blogging dikejutkan lagi dengan pemergian Allahyarham Dato' Azizan Yaakob atau lebih dikenali sebagai pengendali blog melayurayadaily.blogspot.com
tidak banyak yang hendak diperkatakan disini cuma asam berharap agar roh beliau dicucuri rahmat dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..
































